- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Pengisian Jawatan Perkhidmatan Awam

Must read

Jawatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang dipertanggungjawab untuk mengurus proses pengisian jawatan akan mempertingkatkan usaha mereka untuk mempercepatkan proses pengisian jawatan di seluruh negara, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam.

Menurutnya, lebih 20,000 jawatan kosong oleh siswazah telah berjaya diisi setelah kerajaan mengarahnya agensi kerajaan terbabit berbuat demikian Julai lepas.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Penggunaan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak pada 5 Disember yang lepas.

Jelas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, sehingga November 2006 terdapat kira-kira 8,000 jawatan kosong yang masih belum diisi berbanding dengan 30,000 pada awal tahun lepas.

Katanya lagi, dalam beberapa keadaan di mana jawatan tertentu tidak diisi dan masih kosong disebabkan kementerian dan agensi mendapati jawatan tersebut tidak diperlukan lagi dan kurang relevan.

Mengulas mengenai majlis pelancaran HRMIS serta pelaksanaannya HRMIS ke 32 agensi Kerajaan Negeri Sarawak, beliau menyifatkan ia menunjukkan kesungguhan Kerajaan Negeri Sarawak menjayakan hasrat ke arah status kerajaan elektronik menjelang tahun 2008.

Menurut beliau, pelancaran penggunaan HRMIS tersebut juga menunjukkan kerajaan berusaha untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam melalui pengaplikasian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Projek EG-HRMIS diwujudkan adalah bertujuan untuk menyediakan satu Antara Muka Utama (Single Interface) untuk anggota perkhidmatan awam menjalankan kerja-kerja pengurusan Sumber Manusia dengan lebih efektif dan berkesan.

Tambah beliau, dengan adanya sistem tersebut ia berupaya menjadikan pengurusan sumber manusia kerajaan negeri lebih sistematik serta meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap sistem penyampaian kerajaan.

Menjadi antara agensi perintis dalam projek Koridor Raya Multimedia di bawah kerajaan elektronik, Jabatan Ketua Menteri Sarawak juga antara “model” agensi kerajaan berstatus kerajaan negeri yang boleh digunapakai untuk kerajaan negeri lain di negara ini.

Sembilan agensi perintis lain turut terlibat dalam projek ini ialah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH), Pejabat Perdana Menteri (PPM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article