- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Temui Kejayaan

Must read


Berbaloi…usahanya
kini membuahkan hasil dengan
memiliki 5 buah kolam ikan

Sayuran
jenis buah turut ditanam dijadikan sebagai tanaman sampingan, bersebelahan
dengan projek sayuran dalam kelambu
Mempelbagaikan
kegiatan pertanian dengan
tanaman buah-buahan

Empat (4) tahun lalu, seperti kebanyakan penduduk lain di perkampungan nelayan di daerah Daro, seorang penduduk bernama Solhi Bin Salleh dari Kampung Teba’ang menjalani rutin hariannya turun ke Batang Lassa untuk menangkap ikan.

Kini, keadaan sudah berubah, Solhi menyedari bahawa dia tidak boleh lagi bergantung hidup hanya kepada hasil tangkapan ikan sahaja untuk menyara keluarganya.

Percaya bahawa peluang dan rezeki itu ada di mana-mana, Solhi, 53 memberanikan dirinya berjinak-jinak dengan bidang pertanian.

Dia yakin keputusannya untuk mengusahakan pertanian adalah keputusan yang bijak, berdasarkan situasi semasa yang menunjukkan penurunan bilangan nelayan daripada 100 orang kepada 10 orang.

"Memang sukar untuk beralih kepada kegiatan pertanian pada mulanya kerana telah lama mengabdikan diri dengan mencari rezeki melalui hasil tangkapan ikan", jelasnya

Menurutnya, masyarakat masih menganggap bidang pertanian kurang menguntungkan kerana kebanyakannya ingin menikmati “pendapatan segera” hasil daripada penangkapan ikan.

Jelasnya, sejak meninggalkan kerja sebagai nelayan, rutin hariannya juga berubah, di mana sepenuh masa ditumpukan kepada pertanian yang kini menyumbangkan kebanyakan hasil pendapatan tetapnya.

Menurut Solhi, dia berserta isterinya kini boleh berbangga kerana berjaya mengusahakan tanah seluas 10 ekar yang dahulunya terbiar.

Bermula dengan hanya dua (2) kolam ternakan ikan pada awal penglibatannya, Solhi mempunyai lima (5) buah kolam ikan tilapia. Beliau turut mengusahakan skim projek sayur dalam kelambu berhampiran dengan kolam ikannya.

Keputusan berani Solhi menceburkan diri sepenuhnya dalam pertanian tersebut ternyata telah membuahkan hasil.

Hampir kebanyakan sumber sayuran segar di kampungnya dibekalkan oleh Solhi.

Menurut beliau, hampir setiap hari kebanyakan pembeli datang ke kebunnya untuk mendapatkan bekalan sayur segar seperti sawi, kacang panjang, terung bulat, cili, pegaga dan labu air.

Begitu juga dengan bekalan ikan kolamnya, mendapat sambutan yang mengalakkan dari penduduk setempat sehingga tidak mampu “menjengah” ke Pekan Daro.

Malah jelasnya pendapatan yang diperolehinya melalui kegiatan pertanian lebih baik dan terjamin jika dibandingkannya hasil tangkapan ikan yang pernah dilakukannya dulu.

Mengenai rahsia kejayaannya, dia mengamalkan prinsip tidak mudah berputus asa, bersabar dan yakin dengan apa yang dilakukannya. Ini sedikit sebanyak telah memberinya semangat untuk berjaya dalam usahanya setakat ini.

Walaupun tidak mempunyai apa-apa pengetahuan mengenai pertanian di awal pem babitannya, dia tanpa mengenal erti putus asa telah menghadiri pelbagai kursus anjuran beberapa agensi kerajaan untuk meningkatkan pengetahuannya mengenai selok-belok dalam pertanian.

Menurut Solhi, apa yang mendorong beliau untuk menceburkan diri dalam pertanian bertitik tolak daripada keinginan yang timbul pada kira-kira lima (5) tahun yang lalu, (ketika itu) apabila menyertai Projek Penyertaan Masyarakat Dalam Pengurusan Mapan Ikan Terubok di Daro kendalian Sarawak Development Institute (SDI) di mana di antara komponen pelaksanaannya ialah kegiatan dalam skim pertanian.

Atas dasar ingin mencuba sesuatu yang baru, beliau bersedia mempelajari selok-belok pertanian yang kemudiannya mendapati pertanian mampu mendatangkan pendapatan yang terjamin berbanding menangkap ikan.

Dari situlah dia mula “bertatih” dalam perkumpulan 20 orang di atas tapak projek seluas satu ekar di kampungnya. Ketika itu, mereka dilatih bagaimana untuk menternak ikan dan udang dalam kolam serta mengusahakan skim sayur dalam kelambu.

Setelah benar-benar yakin dengan kejayaan projek tersebut, Solhi memberanikan diri mengusahakan tanah miliknya yang terletak kira-kira 1 km daripada kampungnya.

Kini Solhi bukan sahaja salah seorang daripada contoh peserta yang berjaya malah telah membuktikan bahawa dengan merebut peluang dan memanfaatkan setiap sumber yang sedia ada mampu mendatangkan sumber pendapatan yang terjamin.

Berkat hasil titik-peluhnya juga telah berupaya memberikannya sedikit “keselesaan” kepada bagi dirinya dan keluarganya.

Beliau bersyukur kerana berkat usahanya, hampir kesemua anaknya berjaya dalam pendidikan.
Tanpa perubahan daripada segi sikap dan pemikiran, menurutnya mungkin dia masih lagi turun ke sungai untuk menangkap ikan dengan pendapatan yang tidak menentu.

Paling penting kejayaannya telah sedikit sebanyak menyedarkan masyarakat setempatnya untuk bergiat aktif mengusahakan tanah terbiar untuk pertanian, katanya yang sedang merancang untuk menjalankan projek ternakan dan projek tanaman nanas.

Berita RAKAN Sarawak

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article