- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Kapit Buka Tirai Tahun 2007

Must read

Sambutan Maal Hijrah 1428 H Peringkat Negeri di Kapit


Lakaran Artis…Tersergam indah..Pandangan Udara.Masjid Jabal Nur,
Kapit

Masjid Jabal Nur, Kapit
Pejabat Agama Islam Kapit dan Jabatan Kehakiman Syariah

Bahagian Kapit membuka tirai acara rasmi pada tahun 2007 dengan sambutan rasmi perayaan Maal Hijrah 1428 H Peringkat Negeri pada 20 Januari yang lepas. Ini adalah kali pertama Bahagian Kapit menjadi tuan rumah bagi majlis ini. Bertemakan “Insan Gemilang Ummah Terbilang”, ia disambut dengan suasana sederhana di Dewan Suarah Kapit dengan penyertaan 12,000 penduduk di bahagian tersebut.

Acara sambutan kali lebih bermakna selepas berlangsung acara perasmian serentak bangunan Jabatan Islam Sarawak (JAIS), Mahkamah Syariah dan Masjid Bahagian yang baru dibina dengan kos kira-kira RM9 juta terletak di KM3 Jalan Beleteh.


Pelbagai aturcara telah dijalankan seperti Persembahan Nasyid, Deklamasi Sajak, Ceramah Agama, Penyampaian Anugerah Ma'al Hijrah, Penyampaian Cenderamata dan Persembahan Nasyid. Syabas atas gandingan kerjasama Jawatankuasa Tetap serta Jawatankuasa Pengelola termasuk dari Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Pejabat Daerah Kapit, Jabatan Kerja Raya Kapit, Jabatan Tanah dan Survei Kapit, Jabatan Penerangan, Majlis Daerah Kapit dan pemimpin masyarakat yang “membawa” serta menjayakan program tersebut di Bahagian Kapit.

Penghargaan turut diberikan kepada Urusetia dan Jawatankuasa Kecil seperti Jawatankuasa Majlis Doa Akhir Tahun Hijrah 1428H, Jawatankuasa Sambutan Bulan Dakwah, Jawatankuasa Keselamatan Lalulintas, Jawatankuasa Pengangkutan, Jawatankuasa Kecemasan, Jawatankuasa Jamuan dan Jawatan-kuasa Kelengkapan dan Peralatan.

Sambutan Ma'al Hijrah 1428H pada kali ini juga menyaksikan seramai lapan orang penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1428 H menerima pengiktirafan masing-masing daripada Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin.

Penghargaan turut diberikan kepada dua orang kakitangan awam melalui kategori kakitangan kerajaan contoh (beragama Islam) yang disandang oleh Haji Abang Mohammad Atei Abang Medaan manakala penghargaan kepada kakitangan kerajaan contoh (bukan Islam) turut diberi kepada Residen Kapit, Hang Tuah Merawin. Mereka masing-masing menerima sijil, pingat, wang tunai RM1,000 serta hadiah iringan.

Tiga penerima Anugerah Surau/Masjid Kampung Baru Islam Contoh ialah Surau Sheikh Sulaiman, Kampung Jebungan Mukah dan Surau At-Taqwa, Kampung Narum Marudi, Miri yang meraih wang tunai RM1,000, manakala Masjid Ikhwanul Islam, Taman Sukma, Kuching menerima RM2,000, masing-masing berserta sijil, plak, pingat dan hadiah iringan.

Bagi kategori Anugerah Saudara Kita Contoh diterima oleh Tantiana Abdullah manakala kategori Anugerah Pelajar STPM dan SPM Contoh pula dimenangi oleh Siti Khadijah bt. Bahaudin dan Siti Kamilah bt. Wahbi. Masing-masing mereka menerima RM800, RM500 dan RM700 berserta sijil, pingat dan hadiah iringan.

Sementara itu, di Kuching selain beberapa sambutan di surau dan masjid di bahagian tersebut, tidak kurang meriahnya sambutan Maal Hijrah anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) yang diserikan dengan pelbagai program antaranya program kerohanian, larian kesihatan, pertandingan hadrah, pameran dan pemeriksaan kesihatan, kempen derma darah, bimbingan kerjaya, pameran dan jualan buku-buku agama dan akademik serta pameran ketenteraan.

LAKMNS turut mengadakan gerai-gerai pameran dan jualan, pertandingan pencak silat, street soccer, street basket ball, bola jaring dan jualan car boot. Ia disempurnakan Setiausaha Kehormat LAKMNS, YBhg Tan Sri Datuk Amar Haji Bujang Mohammad Nor.

Di Sarikei, sambutan turut diadakan sehari sebelumnya di Masjid Al-Mutaqqin yang dihadiri oleh Menteri Muda (Hal Ehwal Belia) dan Pelancongan, YB Hamden Haji Ahmad dengan pengisian program persembahan zikir, ceramah agama, doa akhir tahun dan doa awal tahun.

Begitu juga di Sri Aman, di sambut dengan beberapa aktiviti antaranya ceramah Khas sempena dengan Sambutan Maal Hijrah 1428h/2007 M anjuran ahli jawatankuasa Pengurusan Masjid Besar di Sri Aman di Masjid Besar Sri Aman yang dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri Lingga, YB Hajah Simoi Haji Peri.

Manakala di Miri dan di Sibu, selain aktiviti yang diadakan di surau dan masjid, Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) kedua bahagian tersebut turut tidak ketinggalan mengadakan ceramah agama di Rumah PERKIM Piasau Kem dan Pusat PERKIM di Sibu.


Bahagian yang dipilih untuk Sambutan Perayaan Tetap Islam Tahun ini (2007)
• Maal Hijrah di Kapit
• Maulidur Rasul di Kuching
• Festival Nasyid di Limbang
• Majlis Tilawah Al-Quran di Sarikei
• Nuzul Al-Quran di Bintulu

AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK 1428 H / 2007 M
(15 Januari sehingga 03 Mac 2007)


Tarikh Aktiviti
15 – 18 Jan
Pertandingan Bertuntung Bandar Kapit
18 Jan
Seminar Pembangunan Keluarga Dewan Suarah Kapit
18 Jan
Larian Maal Hijrah Bandar Kapit
19 Jan Majlis Perasmian Masjid Baru Bahagian Kapit dan Bangunan BaruPejabat Agama Islam Bahagian Kapit dan Jabatan kehakiman

Syariah Sarawak Bahagian Kapit Masjid Baru Bahagian Kapit
19 Jan Majlis Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah Masjid Baru Bahagian
20 Jan Majlis Perhimpunan Maal Hijrah Dewan Suarah Kapit
21-31 Jan
Siri Ceramah dan Forum Maal Hijrah Bahagian Kapit
3 Mac Seminar Kecemerlangan Pelajar

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article