- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Enam Strategi Percepat Pertumbuhan Ekonomi

Must read

Kerajaan negeri telah
merancang enam strategi belanjawan bagi mempercepat pertumbuhan ekonomi negeri
yang diunjurkan sebanyak 5.8 peratus pada tahun hadapan berbanding sebanyak 5.5
peratus pada tahun ini.

Enam strategi belanjawan itu adalah
membiayai lebih banyak projek pembangunan, meningkatkan sistem penyampaian dan
pengurusan kewangan, menyediakan insentif kepada sektor swasta sebagai jentera
pertumbuhan, pemantauan rapi bagi perbelanjaan, belanjawan lebihan dan
menghadkan perbelanjaan operasi.

Bagi mencapai sasaran itu, kerajaan negeri telah
mengenalpasti sektor perkhidmatan, pembuatan, perlombongan dan kuari serta
komoditi sebagai sektor yang perlu diberi tumpuan bagi mempercepat pertumbuhan
ekonomi negeri.

Demikian menurut, Ketua Menteri yang juga Menteri Kewangan,
YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud ketika membentangkan Rang Undang-undang
Perbekalan (2007) 2006 pada persidangan Dewan Undangan Negeri November lalu.

Beliau turut mengumumkan belanjawan
lebihan sebanyak RM96 juta untuk tahun 2007.

Sementara itu,
perbelanjaan berulang dijangka susut sebanyak 9.3 peratus daripada RM1.158
bilion pada 2006 kepada RM1.050 bilion pada 2007.

Berkenaan peruntukan Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMK9), kira-kira RM2.294 bilion adalah untuk perbelanjaan
pembangunan dengan RM2.064 bilion dibiayai oleh kerajaan negeri, sementara
RM230 juta akan dibiayai melalui pembayaran semula Kerajaan Persekutuan dan
pinjaman.

Sebahagian besar daripada perbelanjaan pembangunan akan
dibelanjakan untuk perdagangan dan industri yang menguasai RM1.317 bilion (57
peratus), diikuti oleh sektor pengangkutan dan komunikasi RM261 juta (11
peratus), pentadbiran umum dan pembangunan bandar sebanyak RM221 juta (10
peratus), sektor pertanian dan pembangunan sebanyak RM180 juta (lapan peratus),
utiliti sebanyak RM157 juta (tujuh peratus) dan pembangunan sosial dan
perkhidmatan masyarakat sebanyak RM158 juta (tujuh peratus).

Sementara itu, kutipan perolehan negeri diunjur berjumlah
RM3,246 juta dengan penyumbang utama daripada sektor minyak dan gas yang
dianggarkan pada RM1.189 juta (36.6 peratus) diikuti oleh sektor perhutanan
sebanyak RM723 juta (22 peratus).

Turut menyumbang kepada kutipan itu ialah pulangan daripada
pelaburan yang dijangka RM560 juta dan kutipan cukai jualan sebanyak RM171
juta.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article