- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Permudah Kerja di Kebun Nanas

Must read

Cuba anda bayangkan banyak inovasi yang boleh
dihasilkan bagi meningkatkan tugas pengurusan tanaman, sekiranya kita
menggunakan sepenuhnya kepakaran yang ada dalam menghasilkannya.

Berbekalkan sedikit kreativiti dan usaha, tidak ada
perkara mustahil dilakukan sekiranya sepenuh tumpuan dan kesungguhan diberikan.

Begitulah kesungguhan sekumpulan 10 orang
kakitangan Universiti Teknologi MARA (UiTM Sarawak) yang terdiri daripada
gandingan para akademik dan pekerja di Unit Perladangan memanfaatkan segala
ilmu kepakaran mereka untuk menghasilkan sejenis alat yang mampu menjadikan
tugas mengendalikan tanaman nanas kini menjadi semakin mudah.

Pasukan
yang “bernaung” di bawah Kumpulan Belian (kumpulan yang ditubuhkan untuk
Kumpulan Meningkat Mutu Kerja –KMK) ini menghasilkan Belitech Applicator yang telah pun berjaya mendapat pengiktirafan
mendapat tempat ketiga kategori teknikal dalam Konvensyen Meningkat Mutu Kerja
Sektor Awam Peringkat Negeri Sarawak 2006 baru-baru ini.

Hasil
ciptaan mereka- Belitech Applicator adalah sejenis alat yang memudahkan penanam meletakkan pil penggalak (hormon)
ke tanaman nanas berkenaan.

Penghasilannya
amat mudah yang terdiri daripada tiga (3) komponen utama iaitu satu injap (sebagai
bekas), penolak injap berkenaan dan corong pil (tempat meletakkan tablet pil).

Cara
penggunaannya juga mudah, hanya masukkan bekas corong pil di badan injap
tersebut, dan masukkan pil penggalak ke bekas corong pil serta halakan ke
kawasan yang sepatutnya, ia telahpun sedia untuk digunakan.

Menurut
Zulkifli Aswan selaku Fasilitator kepada kumpulan Belian yang membawa amanah
merealisasikan inovasi ini berkata Belitech
Applicator
mampu mengendalikan sekurang-kurangnya 50 biji pada satu-satu
masa

Menceritakan lebih lanjut, Zulkifli berkata Belitech Applicator dapat mengelakkan
sebarang kerugian besar yang dialami oleh pengusaha dan penanam.

Ia dipercayai dapat mengelakkan pil rosak dan
tersasar dari tempat sepatutnya, di samping mengurangkan kecederaan pada
tangan.

“Kita kerapkali menghadapi masalah dari segi ketepatan memasukkan pil ke
atas tanaman ini yang boleh mengakibatkan tanaman tersebut lambat
berbunga,” jelas Zulkifli.

Inovasi ini jelasnya boleh mengekalkan kualiti pil
pada tahap terbaik kerana sentuhan tangan semasa memegangnya berjaya
dikurangkan yang sebelum ini (kaedah lama) dipercayai boleh menjejaskan kualiti
pil akibat terkena peluh.

Jelas
beliau, pada mulanya idea penghasilan alat ini timbul setelah mendapati
terdapatnya ketidakserataan tanaman nanas ketika pengeluaran hasil, yang boleh
menyebabkan berlakunya pembaziran.

Apabila
diselidiki, salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah ini adalah tanaman
nanas tidak mendapat pil penggalakkan (hormon NAA) yang sempurna menyebabkannya tidak berbunga serentak.

Menurutnya inilah antara masalah yang selalu dihadapi
penanam iaitu tanaman nanas mereka tidak berupaya mengeluarkan hasil serentak.
Apabila keadaan ini berlaku, kualiti dan kuantiti hasil tanaman terjejas dan
ini boleh mengurangkan keyakinan pembeli.

Bermula daripada situlah, jelas Zulkifli, mereka mengenalpasti masalah ini dan cuba
mencari pendekatan terbaik berdasarkan sumber yang sedia ada menyelesaikannya
sehingga terhasilnya Belitech
Applicator.

“Dengan
hanya kos ciptaan serendah RM62.90, kita cuba untuk memanfaatkan sumber yang
ada serta melihat sejauhmana kemampuan alat ini,” jelas Zulkifli.

Menurutnya, yang penting bagaimana kita ingin menjadikan pertanian suatu yang mudah. Melalui rekaan dan inovasi
kesemua itu boleh dicapai dan berupaya juga bagi menjamin mutu tanaman.

Pantas,
murah, mudah dan selamat digunakan, itulah kesimpulan yang dapat Abdul Rahman
Saili jelaskan mengenai kelebihan Belitech
Applicator.
Abdul Rahman Saili adalah ketua kumpulan KMK Belian.

Melalui Belitech Applicator, tambah Abdul
Rahman kerja di ladang akan bertambah baik dan efisien.

Menurutnya,
berdasarkan tinjauan dan komen daripada pekerja di situ, kebanyakan pekerja
berasa selesa dengan penggunaan alat ini yang rata-rata mereka menyifatkannya
berupaya meningkatkan kualiti kerja mereka.

Berkongsi
pendapat yang sama, Encik Abdul Karim Othman yang juga seorang pekerja di Unit
Ladang menjelaskan penggunaan kaedah Belitech
Applicator
lebih menjimatkan iaitu dapat menyelesaikan tugas membubuh pil
hormon pada 100 sampel ujian tanaman
nanas dalam masa kurang 4 minit (3.9 minit) berbanding 16 minit (15.8
minit) mengguna kaedah lama.

Jelas
Abdul Karim, ini memberikan mereka lebih penjimatan semasa berada di ladang
sebaliknya lebihan masa tersebut boleh digunakan untuk melakukan lebih banyak
penyelidikan serta menyelesaikan tugasan lain di Unit Ladang.

Menurut
salah seorang pekerja lain, Encik Abdul Rahim Mohd Noor setelah menggunakan
alat tersebut kini tidak timbul lagi masalah dari segi kualiti tuaian nanas
kerana hampir 90 peratus mengeluarkan hasil serentak.

“Apabila hasil tuaian nanas ini dapat dijalankan
serentak ini akan memudahkan pengurusan penanaman semula,” jelas Encik Abdul
Rahim.

Beliau
berkata keadaan kini bertambah mudah setelah menggunakan Belitech Applicator.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article