- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Kuih Sepit Judan

Must read

Sebut
sahaja kawasan Mukah sering terlintas difikiran kita tentang Tebaloi, Namun
tahukah anda ada satu lagi produk Makanan dari Mukah yang tidak kurang enaknya
dan mendapat sambutan yang menggalakkan ?

Produk
yang dimaksudkan itu ialah kuih sepit dan jika anda berkunjung ke Mukah, maka
jangan lupa singgah di Kampung Judan.

Di
kampung ini terdapat pengeluaran kuih sepit yang dikatakan menggunakan resepi
asli masyarakar Melanau dan diakui ramai akan keenakkannya.

Anda
pasti merasa “kelainan”nya kerana menurut penduduk di sini, kuih sepit kampung
ini berbeza sebab rasanya yang lebih asli dan ranggup.

Rahsianya
terletak pada ramuan yang digunakan iaitu tepung sagunya dan sedikit bijan.
Anda boleh menikmati rasa “lebih” ramuan tersebut dalam setiap kuih sepit yang
dihasilkan. Daya penarik lain ialah ia bersaiz yang kecil yang memudahkan ia
dimakan.

Malah
penulis sendiri dapat merasakan perbezaan ketaranya jika dibandingkan dengan
rasa kuih sepit lain yang turut diusahakan oleh kebanyakan industri desa di
negeri ini.

Puan
Raani Bt Tusup, salah seorang wanita di kampung tersebut yang juga Pengerusi
bagi Projek Kuih Asli berkata projek membuat kuih sepit ini sering mendapat
sambutan yang mengalakkan terutama ada
pembeli yang sanggup datang dari Bintulu dan Sibu hanya untuk mendapatkan
bekalan kuih sepit dari mereka. Sebabnya tidak lain, kerana kesedapannya.

Faktor
tersebut juga antara sebab mengapa projek kekal sehingga ke hari ini, malah
pengeluarannya juga ditingkatkan. Secara purata penjualan sebulannya mencecah
ke nilai RM800, malah ada ketikanya sekiranya musim perayaan mereka boleh
mendapat sehingga ke RM1,000.

Pasaran
tempatan mereka pula, datangnya dari Bandar Mukah, disamping ada pembeli dari
Matu/Daro, Dalat dan Balingian.

Jelasnya,
projek yang dimulakan sejak tahun 1993 melalui program Jabatan Pertanian (Unit
Pembangunan Ekonomi Wanita) atau WEDA secara tidak langsung telah menjana
sumber pendapatan tambahan kepada kaum wanita di sini selain kegiatan
pertanian.

Kepercayaan
terus diberi kepada Raani bersama Masnona Bt Usup, Sapiah Bt Seruji, Jamayah Bt
Uran, Fatimah Bte Abdullah, Rakbah Bt Ahmad, Hamiah Bt Ahmad, Oraiah Hj Bohari
apabila ia diserahkan sepenuhnya kepada mereka pada tahun 2004.

Sehingga
penghujung tahun 2005, sejumlah hampir RM40,000 diperolehi melalui usaha
tersebut.

Menurut
Raani, disebabkan permintaan yang mengalakkannya mereka terpaksa membahagikan
tenaga kerja kepada dua (2) kumpulan dengan setiap kumpulan terdapat empat (4)
orang ahli.

Setiap
kumpulan tersebut juga akan bekerja berselang seli hari bagi memenuhi
permintaan daripada pelanggan.

Ini
menurutnya, disebabkan kemudahan peralatan membuat kuih sepit yang agak terhad.
Pihaknya juga akan “turun” bekerja pada hari Ahad, sekiranya terdapat permintaan
pelanggan.

Kebanyakan
harga kuih sepit dijual berdasarkan saiz tin daripada serendah RM5 hinggalah
paling tinggi RM49 di samping turut dijual pelbagai saiz bungkusan.

Jelas Raani, kebanyakan
pekerja yang semuanya terdiri daripada wanita begitu bangga menjalankan projek
kuih sepit, kerana pada masa yang sama mereka mengekalkan tradisi budaya ini,
dengan cara mempopularkan produk makanan.

Keadaan
ini menurutnya adalah cara paling mudah untuk memperkenalkannya kepada generasi
muda agar terus diminati.

Dia
mengakui beberapa perkara seperti aspek pembungkusan di samping promosi boleh dipertingkatkan lagi bagi menarik
lebih ramai pelanggan.

Lokasi Kampung Judan yang strategik iaitu terletak kira-kira 8 km
dari Bandar Mukah dengan jaringan jalanraya yang lebih baik juga mampu menyedia
kelebihan kepada kampung ini dari segi pasaran produknya.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article