- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Kunjungan SUKP ke Perkampungan Nyalau

Must read

Kunjungan oleh Setiausaha
Persekutuan Sarawak YBhg. Tuan Haji Ngah Bin Senik berserta dengan ahli
rombongan dari Kuching ke Kampung Nyalau Ulu dan Nyalau Kuala pada tarikh 14
September 2006 lalu sudah pastinya mencoretkan kenangan dan sejarah kampung
yang tersendiri.

Bagi Tuan Haji Ngah Bin
Senik, ini merupakan kunjungan yang pertama kalinya ke Kampung Nyalau Ulu dan
Nyalau Kuala. Turut hadir sama semasa kunjungan ini ialah Encik Ibrahim Othman,
Ketua Penolong Pengarah (Pemantauan) di Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak,
Kuching.

Encik Ibrahim sebelum
berpindah ke Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak, Kuching sempat bertugas selama
tiga tahun di Pejabat Residen Bintulu.

Ketibaan ahli rombongan pada
jam 11.55 pagi telah disambut oleh beberapa orang penduduk kampung Nyalu Ulu
berserta dengan Ahli Jawatankuasa JKKK Kampung yang dipengerusikan oleh TK Haji
Sabtu Bin Bunut.

SAO Peleadzman Ahip dari
Pejabat Residen, Bahagian Perancangan & Pembangunan turut hadir bagi
mengiringi ahli rombongan Setiausaha Persekutuan Sarawak.

Setibanya di Dewan Pudayan,
Kampung Nyalau Ulu, ahli-ahli rombongan
telah dijemput untuk berehat sambil menikmati juadah istimewa iaitu makan “Buah
Raja”. Dalam bahasa tempatan iaitu Bahasa Ba’ie, Buah Raja dikenali
sebagai Ong Bukek (Ong bermaksud buah iaitu Buah Bukek). Selain
itu, Durian Raja juga dikenali sebagai Durian Pulo, Durian Pakun (Bahasa Melayu
sebelah Kuching), atau Buah Nyekak dalam bahasa kebiasaan.

Tujuan
lawatan oleh YBhg. Tuan Haji Ngah Senik, beserta ahli-ahli rombongan Ahli
Jawatankuasa Pemantauan Projek-projek Pembangunan RMK-9 Persekutuan adalah
untuk melawat Projek Jalan Simen di bawah peruntukan Projek Infrastruktur Asas
Luar Bandar (PIAS) di Kampung Nyalau Ulu.

Di bawah peruntukkan
tersebut, Kmapung Nyalau Ulu telah diberi peruntukan sebanyak RM200 ratus ribu
untuk membina jalan simen yang menghubungkan rumah-rumah di kawasan sekitar
dengan jalan utama dalam kampung.

Setelah selasai mengadakan
tinjauan ke atas projek jalan simen tersebut, Tuan Haji Ngah Senik seterusnya
dibawa oleh penduduk kampung untuk berkunjung ke lokasi air terjun Begiam yang
terletak lebih kurang 1 km dari Dewan Pudayan, Kampung Nyalau Ulu, Bintulu.

Air Terjun Begiam adalah
antara lokasi dan produk pelancongan yang cukup menarik terdapat di Kampung
Nyalau Ulu. Menurut ketua Kampung, Haji Sabtu Bin Bunut, ramai pengunjung yang
bertandang ke air terjun tersebut pada musim hujung minggu.

Setelah penat berjalan
melihat hasil projek jalan serta meninjau keadaan sekitar di lokasi air terjun Begiam, ahli rombongan seterusnya
dijemput untuk menikmati jamuan tengahari di Dewan Pudayan

Selesai jamuan tengahari di
Dewan Pudayan, destinasi seterusnya ialah berkunjung ke Taman Riadah Mini
Nyalau iaitu tapak Kolam Ikan yang diusahakan oleh salah seorang anak muda
Kampung Nyalau Ulu. Semasa membuat kunjungan ke tapak kolam ini, YBhg. Tuan
Haji SUP telah dihadiahkan cenderahati berupa satu Tongkat Hujan Panas dan satu
anak pokok Tongkat Ali sebagai kenang-kenangan oleh saudara Calon Bin Ahat selaku usahawan muda kampung
yang mengusahakan Taman Riadah Mini Nyalau yang berkenaan.

Semasa mengadakan kunjungan
ke tapak kolam ini, kesemua ahli rombongan yang hadir juga telah dihidangkan
dengan juadah Ikan Patin Panggang dengan gulai sambal Cili Padi A1.

Selesai berehat sambil
menikmati juadah ikan patin panggang di kolam ikan Calon, ahli rombongan
seterusnya meneruskan perjalan untuk melawat dan meninjau kawasan persekitaran
kampung di Kampung Kuala Nyalau. Perjalanan dari Kampung Nyalau Ulu mengambil
masa lebih kurang 25 minit menggunakan pacuan empat roda melalui jalan berbatu
sejauh lebih kurang 10 kilometer. Kampung Nyalau Kuala dilengkapi dengan
kemudahan-kemudahan seperti sebuah Dewan Serbaguna, Bangunan Koperasi Kampung,
Bangunan Bilik Gerakkan dan ICT JKKK, Bangunan Tadika dan Perpustakaan serta
Pusat sumber Kampung. Kampung Nyalau Kuala juga dilengkapi dengan beberapa
jenis kemudahan infrastruktur seperti jeti, jambatan serta jalan simen dalam
kampung.

Memandangkan lokasi kedudukan
kampung ini masih agak jauh dari pusat bandar dan Grid SESCo iaitu kira-kira 90
kilometer dari bandar Bintulu, maka penduduk kampung masih bergantung dengan
bantuan janakuasa generator elektrik untuk mendapatkan bekalan elektrik. Turut
disediakan ialah dua unit telefon satelit untuk kegunaan penduduk kampung.

Manakala bagi kemudahan air
luar bandar, penduduk masih sehingga kini bergantung dengan bekalan air hujan.
Kampung Nyalau Kuala mempunyai daya tarikan pelancongan yang menarik. Selain
daripada pemandangan pantai yang menarik, Tanjung Bergam juga menjadi tapak
bersantai yang baik di Nyalau Kuala.

Bagi menampung kemasukan
pengunjung yang ingin bermalam di kampung ini, JKKK dengan bantuan pihak
Pejabat Residen & Daerah Bintulu telah menyiapkan sebuah bangunan rumah
rehat bernilai RM40 ribu pada tahun
2003.

Projek Homestay juga ada
disediakan di kampung ini dan antara aktiviti yang menarik dalam program ini
ialah bersama-sama dengan penduduk kampung memukat ikan di laut, memanjat pokok
kelapa, menanam pokok Tongkat Ali, bekerja di kebun sayur dan lada penduduk,
menangkap bubuk (anak udang) pada musim bubuk
dan banyak lagi.

Bagi
penduduk kampung kunjungan oleh rombongan ini adalah sangat bermakna dan
bersejarah dalam hidup mereka. Pastinya banyak kenangan manis yang diperolehi
oleh semua ahli rombongan yang turut serta dalam sesi lawatan tersebut.

Artikel oleh Jeffrey Jalong

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article