- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Sasaran Utama Daerah Dalat

Must read

Pembangunan
Daerah Dalat telah mengalami perubahan yang drastik setelah diletakkan dalam
pentadbiran Mukah sejak lima (5) tahun yang lepas.

Berkeluasan kira-kira 905.29
km persegi, Daerah Dalat merangkumi kawasan dari Oya ke Ulu Pakoh, Kampung
Penat ke Oya, Muara Sungai Kut ke Ulu Baoh.

Berdasarkan kepada keadaan
ini, walaupun kini Dalat boleh dihubungi dengan mudah melalui jalan darat namun
pengangkutan sungai masih lagi memainkan peranan penting disebabkan kebanyakan
kampung terletak berhampiran dengan sungai.

Keadaan
ini turut menyebabkan tempo pembangunan di kawasan ini mengambil lebih sedikit
masa untuk dilaksanakan.

Walaupun mungkin berhadapan
dengan sedikit “cabaran” akibat kebanyakan perkampungan agak terletak jauh,
namun kerajaan berusaha untuk meningkatkan keperluan asas termasuk jaringan
jalan raya dan kemudahan bekalan air bersih yang mencukupi.

Kerajaan menyedari bahawa dengan
bertambahnya jumlah penduduk maka meningkatlah keperluan serta permintaan
terhadap kemudahan ini.

Tanggungjawab inilah yang dipikul
oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Mukah dengan dibantu oleh JKR Pejabat Dalat.

Antara
beberapa projek prasarana yang sedang dilaksanakan yang memainkan peranan
penting merancakkan semula aktiviti ekonomi penduduk di daerah Dalat ialah
projek pembinaan Jambatan Batang Oya di
Dalat, Bahagian Mukah,

Projek yang mula dilaksanakan
itu adalah sebahagian daripada projek dalam
Rancangan Malaysia kelapan (RMK 8) yang dijangka dapat meningkatkan
akses penduduk luar bandar ke bandar

Projek Jambatan Batang Oya
kini sedang dalam pembinaan yang telah pun bermula pada penghujung tahun ini
(2006) dan dijangka siap pada tahun 2008. Struktur pembinaannya terdiri daripada
6 spans dengan panjang keseluruhan 432.9 meter. Jambatan yang melibatkan kos
RM15.6 juta tersebut turut dilengkapi dengan saluran untuk kemudahan paip air,
kabel telekomunikasi serta lampu jalan.

Pembinaan jambatan ini
penting bagi menghubungkan kedua-dua belah kawasan di Dalat agar pergerakan
penduduk ke seberang berjalan dengan lebih lancar. Ini turut memudahkan
penduduk untuk memasarkan hasil pertanian mereka.

Penduduk
yang ingin ke seberang kini perlu bergantung kepada perkhidmatan feri
persendirian. Keadaan ini telah sedikit sebanyak memperlahankan tempo
pembangunan di kawasan seberangnya.

Selain daripada pembinaan
jambatan baru, satu lagi projek yang telah dan sedang dilaksanakan yang banyak
memberi manfaat kepada penduduk di kawasan luar bandar dalam daerah ini ialah
pembinaan Jalan Kampung Brunei/ Kampung Baru/ Kampung Kut/ Kampung Kut Muara
yang akan memudahkan perhubungan kampung-kampung
berdekatan seperti Kampung Brunei, Kampung Kut Tengah, Kampung Baru dan Kampung
Kut Muara dengan Pasar Dalat dan juga Mukah.

Dalam
Rancangan Malaysia kelapan (RMK 8), kesemua peringkat kerja termasuk pembinaan
jalan raya serta tiga (3) buah jambatan konkrit di sepanjang jalan terbabit
tersebut berjaya disiapkan pada tahun 2003 dengan peruntukan RM7 juta.

Projek
tersebut diteruskan lagi dalam Rancangan Malaysia kesembilan (RMK9) dengan
tumpuan diberi kepada pembinaan jalan/simpang ke sekolah-sekolah berhampiran
seperti Sk St Jude, SK Kampung Kut Tengah dan SK St Kevin dan Kut Muara yang
menelan belanja sebanyak RM28 juta.

Projek
tersebut melibatkan pembinaan jalan sepanjang 15.5 km yang menghubungkan Pasar
Kut Muara, Kampung Brunei, Kampung Baru, Kampung Kut Tengah dan Kampung Kut
Muara dengan Pasar Dalat.

Apabila
siap kelak, penduduk akan dapat berhubung dengan lebih mudah lagi terutamanya
untuk menjual hasil tanaman ke Pasar Dalat, di samping memajukan lagi kawasan
luar bandar yang terpencil.

Penduduk
di kampung terbabit juga boleh berhubung dengan lebih cepat dan selesa ke
bandar terutamanya ke bandar Mukah bagi melaksanakan urusan harian. Segala
masalah pengangkutan selamai ini akan berjaya dikurangkan apabila siapnya jalan
raya itu nanti.

Peningkatan
infrastruktur tersebut juga akan membuka lebih banyak peluang ekonomi
terutamanya dengan wujudnya ladang-ladang kelapa sawit dan rumbia terutamanya
ke kawasan luar bandar.

Kemudahan
jaringan jalan raya itu turut memudahkan penduduk menikmati lebih capaian
kemudahan kesihatan terutama untuk mendapatkan rawatan kesihatan dengan lebih
baik, berkualiti, efisien dan segera di klinik atau hospital yang berhampiran.

Ini
turut memudahkan perancangan agensi kerajaan yang berkaitan untuk membawa
“masuk” pelbagai kemudahan asas yang lebih baik di kawasan terbabit seperti
meningkatkan akses bekalan elektrik, bekalan air serta liputan telekomunikasi

Selain projek pembinaan jalan
kampung, antara projek utama lain yang dilaksanakan dalam RMK 8, ialah projek
pembinaan dan penyiapan Projek Bekalan Air Dalat (Fasa 2) Bahagian Mukah -Peringkat ke-4 (Pembekalan Air dari Dalat
ke Oya)

Projek tersebut yang siap
pada awal tahun 2005 telah membolehkan penduduk Dalat dan kawasan sekitarnya
menerima bekalan air terus dari Mukah serta meningkatkan kapasiti bekalan air
kepada penduduk setempat.

Ia melibatkan pembinaan paip
D.I utama yang bersaiz 500 mm diameter dari Dalat ke Oya.

Projek tersebut berjaya
menjamin bekalan air bersih yang tetap bagi penduduk di daerah ini selain
berupaya meminimumkan risiko daripada merebaknya penyakit berjangkit bawaan air
akibat dari air yang tidak terawatt.

Sebelum ini, penduduk Dalat
serta kawasan sekitarnya mendapat bekalan air bersih dari Loji Mengepam Air di
Lebasau, Batang Oya. Air daripada sumber ini dirawat di Loji Perawatan Air
Dalat yang terletak di Kampung Sungai Ud, Dalat, yang hanya mampu membekalkan
hingga 1.84 MLD sehari serta tidak
menampung permintaan pada masa hadapan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article