- Advertisement -spot_img
4,843
published news
and counting

Program 4K Majukan Kampung Tradisional

Must read

Pelbagai
strategi program yang bersifat pembangunan dianjurkan kebanyakan agensi
kerajaan yang mempunyai matlamat teras iaitu ke arah meningkatkan pengupayaan
masyarakat luar bandar.

Ini
dilaksanakan bagi memastikan kawasan luar bandar sentiasa mendapat perhatian
yang sewajarnya daripada kerajaan disamping memastikan mereka tidak terpinggir
dari arus pembangunan.

Bagi
Bahagian Bintulu, agensi kerajaan di bahagian tersebut mempunyai strategi
tersendiri untuk meningkatkan usaha memajukan perkampungan tradisional termasuk
rumah panjang.

Usaha
tersebut juga sebahagian daripada mencapai matlamat ke arah wawasan menjadikan
Bintulu sebagai Bandar Sejahtera.

Pejabat
Residen Bintulu mula memperkenalkan program 4K pada Jun 2000 yang lebih
bersifat sivik tetapi lebih menjurus kepada pembangunan dan pengembangan
Kampung dan Rumah Panjang. Ia bukanlah bersifat pertandingan tetapi lebih
bersifat kepada mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat luar bandar.

Teras
Program 4K melibatkan elemen-elemen 4K iaitu Kebersihan, Keindahan,
Keselamatan
dan Kemesraan

  • Kebersihan (Healthy): Elemen kebersihan
    ditekankan dari aspek kebersihan persekitaran Kampung/Rumah Panjang,
    kesihatan dan moral/sosial.
  • Keindahan (Beautification): Elemen ini diperkenalkan
    melalui aktiviti-aktiviti landskap di mana adunan diantara penanaman
    pokok-pokok perhiasan, buah-buahan dan bunga dititikberatkan supaya bersifat functional dan aesthetical.
  • Keselamatan (Safety & Security): Elemen ini memberi
    penekanan kepada aspek-aspek pencegahan, kerosakan harta benda akibat bencana
    alam sekitar seperti runtuhan tanah, kebakaran termasuk keselamatan am dan
    sosial.
  • Kemesraan (Friendly): Elemen ini menekankan
    keperluan mengekalkan dan memperkuatkan semangat perpaduan, kerjasama dan
    saling membantu di antara satu sama lain. Dalam masa yang sama
    unsur-unsur pemeliharaan alam sekitar yang bersih dan mesra alam

Objektif-objektif
utama Program 4K :

  1. Untuk memperkenal,
    membangun dan mengekalkan persekitaran kehidupan yang menitikberatkan
    unsur-unsur bersih, indah, selamat dan mesra terutama di kawasan luar bandar.
  2. Untuk menanam dan
    mengekalkan semangat sense of place dan sense of belonging kepada semua penduduk tanpa mengira strata,
    bangsa, keturunan, agama dan kebudayaan.
  3. Untuk menggalakkan
    pertumbuhan sosio, ekologi dan pelancongan (sosio-ecotourism)
    masyarakat desa supaya menikmati kualiti hidup yang lebih sempurna.
  4. Untuk membantu dalam
    menggalakkan pembangunan produk pelancongan.

Sasaran Utama

Kawasan sasaran utama
Program 4K adalah Kampung- Kampung Tradisional dan Rumah-Rumah Panjang. Pada
peringkat awal perlaksanaannya, tumpuan akan diberikan kepada Perkampungan/
Rumah Panjang yang terletak di sepanjang jalan utama Bintulu/Miri dan
Bintulu/Sibu.

Selain daripada itu
tumpuan juga diberikan kepada sekolah-sekolah, balairaya, surau, masjid, gereja
dan taman-taman rekreasi

Mekanisma Perlaksanaan

Kerjasama
Antara Jabatan, NGO, Swasta

Perlaksanaan Program 4K
adalah berteraskan kepada kerjasama erat di antara agensi-agensi kerajaan,
pihak swasta, NGO dan penduduk-penduduk Kampung/Rumah Panjang.

Ahli Jawatankuasa Induk
Program 4K peringkat Bahagian adalah terdiri daripada R&DO Bintulu, Lembaga
Kemajuan Bintulu (BDA), Jabatan Kerjaraya (JKR), Jabatan Polis, Jabatan
Pertanian (DOA), Jabatan Perhutanan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Penerangan dan
Jabatan Pendidikan. Agensi-agensi Kerajaan yang lain merupakan agensi sokongan
dan akan dijemput turut serta dari semasa ke semasa, berdasarkan keperluan.

Penglibatan Penduduk Kampung/Rumah Panjang

Perbincangan dengan
penduduk Kampung/ Rumah Panjang akan diselaras oleh Pejabat Daerah melalui
JKKK. Di antara agenda penting ialah
untuk menyelaras pelaksanaan Program termasuk membuat persediaan
peralatan, kawasan menanam pokok dan lain-lain keperluan logistik.

Pejabat Daerah,
Pertanian, Hutan dan JKR akan bertindak sebagai fasilitator dalam perancangan
aktiviti peringkat Kampung/Rumah Panjang.

Mekanisma Pemantauan

Pemantauan Program 4K
diselaras oleh Pejabat Residen dengan bantuan Pejabat Daerah Bintulu dan Tatau.

Pegawai-Pegawai
Daerah pula akan membuat lawatan susulan (revisit)
premis-premis yang telah dilaksanakan Program 4K sekurang-kurangnya sebulan
sekali, untuk memastikan program tersebut berjaya dan memberi faedah kepada
penduduk.

Hasil lawatan akan
dibincangkan dalam Mesyuarat Pagi atau Mesyuarat Bulanan untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan Program yang telah
dilancarkan.

Insentif

Semua Kampung/Rumah
Panjang yang terpilih akan diberikan bantuan khidmat nasihat dan kepakaran secara percuma oleh pelbagai agensi
dalam AJK Induk mengikut bidang kuasa/tugas masing-masing.

Mereka juga turut
diberikan anak-anak pokok buah-buahan, pokok kayu dan pokok bunga sebagai asas
untuk memulakan pembangunan landskap/dusun.

Bagi Kampung/Rumah
Panjang yang menunjukkan komitmen cemerlang, akan diberikan khidmat pengukuhan (strengthen).
Mereka akan dibekalkan lebih banyak anak-anak pokok buah-buahan, bunga dan kayu
perhiasan bagi meningkatkan lagi keindahan landskap dan meluaskan dusun
buah-buahan.

Jabatan Residen akan
mencalonkan Kampung/ Rumah Panjang tersebut dalam Pertandingan Desa Cemerlang Peringkat Daerah, Bahagian dan Negeri,
sebagai mengiktiraf komitmen penduduk terhadap Program 4K.

Selain daripada itu
Kampung/Rumah Panjang yang cemerlang juga akan diberikan keutamaan dalam
rancangan-rancangan pembangunan Kerajaan seperti MRP, PPRT dan VIDP.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article