- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Program Pembangunan Kerajaan di Sebauh

Must read

Cabaran untuk membangunkan kawasan luar bandar tetap menjadi
keutamaan kerajaan, dengan harapan ia dapat menganjak ekonomi kawasan luar agar
seimbang dengan kawasan bandar.

Tumpuan terus diberikan di kawasan luar bandar kerana di
kawasan ini banyak “sumber baru” yang boleh dibangunkan di samping memiliki
sumber tenaga kerja yang kos efektif untuk dibangunan.

Pelbagai program dan bantuan telah disediakan kerajaan,
namun tiada gunanya kerajaan melaksanakan sesuatu program, sekiranya ia gagal
dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat.

Oleh yang demikian perlu wujud hubungan dua hala di antara
agensi kerajaan dengan masyarakat agar dengan itu tahap kesediaan masyarakat
untuk berubah adalah berada pada kedudukan yang memberikan manfaat kepada semua
pihak.

Untuk itu, beberapa program telah disusun semula agar ia
dapat meningkat pengupayaan (empowerment)
masyarakat bagi membolehkan mereka mendapat lebih manfaat secara terus daripada
setiap program yang dilaksanakan.

Malah Y.A.B Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad
Badawi pernah menekankan bahawa betapa kritikalnya pengupayaan (empowerment) di kalangan masyarakat
luar bandar bagi meletakkan sesebuah kampung atau desa ke tahap cemerlang.

Berdasarkan pengalaman sebenar Cik Norlela Haji Ulis,
pegawai tadbir di salah sebuah daerah kecil (Daerah Sebauh) dalam Bahagian
Bintulu perkara tersebut ada kebenarannya.

Menurutnya, sesebuah perkampungan yang cemerlang boleh dilihat bukan
sahaja daripada faktor fizikalnya tetapi juga “maju” dari aspek kerjasama di
kalangan masyarakatnya.

Dalam erti kata lain, masyarakat inilah yang akan menjadi
“pencetus” kepada segala kemajuan dalam masyarakat di sesebuah perkampungan.
Apabila keadaan ini wujud, secara tidak langsung ia mampu memberi kesan kepada
pembangunan daerah itu secara keseluruhannya.

Jelasnya, mengambil contoh program 4K (Kebersihan, Keindahan, Keselamatan
dan Kemesraan), satu usaha
bersepadu di antara agensi kerajaan, pihak swasta, NGO dan Wakil-Wakil Rakyat tempatan dengan penduduk kampung
tradisional/rumah panjang.

Malah melalui program tersebut, ia telah berupaya
mendekatkan serta mengalakkan interaksi antara pegawai dengan ketua di rumah
panjang.

Ia
dilihat secara tidak langsung
berupaya menjalin kerjasama sesama penduduk dalam sebuah kawasan rumah
panjang di samping mencapai objektif asal
meningkatkan
kualiti persekitaran kediaman di luar bandar dan tahap sosio-ekonomi penduduk.

Keberkesanan
program ini pastinya akan memudahkan perancangan dan perlaksanaan
program-program pembangunan seperti PPRT, MRP
dan VIDP di kawasan-kawasan luar
bandar.

Dalam masa yang sama, agensi kerajaan dapat membantu melatih penduduk
luar bandar untuk merancang pembangunan yang lebih besar dan tersusun bagi kampung/rumah
panjang mereka.

Ia juga membolehkan agensi kerajaan “turun padang” atau
meninjau keperluan masyarakat di satu-satu tempat.

Kini, beberapa buah rumah panjang mendapat manfaat daripada
program 4K tersebut.

Antaranya, apa yang dapat disaksikan ialah di Rumah Dana, rumah panjang yang bukan
sahaja dapat mengekalkan keindahan landskapnya dengan pelbagai tumbuhan indah
tetapi juga tetap memelihara aspek kebersihan dan kesihatan.

Kesungguhan tersebut yang ditunjukkan seramai 130 orang
penduduk bukan sahaja menyebabkan kediaman mereka selesa untuk didiami malah
rumah mereka turut dijadikan rumah panjang contoh yang sentiasa menerima
kunjungan daripada pelancong ataupun menjadi tempat pilihan untuk mengadakan
aktiviti kemasyarakatan.

Malah bermula dengan program 4K, secara tidak langsung Rumah
Dana telah berupaya membentuk seterusnya mengerakkan ahli Jawatankuasa Kemajuan
Kampung (JKKK) serta mengambil bahagian dalam pembangunan sehinggakan dapat
mengaktifkan semula aktiviti di rumah panjang berkenaan.

Perkumpulan wanita yang ditubuhkan melalui biro-biro wanita
dan kebajikan di rumah panjang terbabit turut dapat diadakan. Projek
penghasilan kraftangan atau tenunan, adalah hasil daripada aktiviti utama di
kalangan ahlinya untuk menyokong aktiviti kebudayaan atau keramaian yang boleh
dibanggakan serta berpotensi dikomersilkan.

Menurut Norlela, pihaknya sentiasa
mendapat sokongan yang kuat daripada rumah panjang apabila ingin melaksanakan
beberapa aktiviti malah aktiviti keceriaan seperti gotong-royong dilakukan
hampir setiap minggu jelas Norlela.

“Kita turut memastikan agar ahli jawatankuasa di peringkat
rumah panjang sentiasa bergerak aktif serta melaksanakan aktivitinya”, katanya.

Sebuah lagi, rumah panjang yang aktif dalam program
4K, ialah
Rumah Michael Lanyau yang pernah mendapat
Johan dalam Pertandingan Keindahan Kampung Tahun 2001.

Menurut Tuai Rumahnya, aktiviti gotong-royong sudah menjadi
amalan penduduk di situ yang dilaksanakan setiap sebulan sekali.

Malah katanya lagi, melalui program 4K yang pernah
dilaksanakan dahulu, pihaknya dapat mengutarakan keperluan rumah panjang yang
kini telah menyaksikan Pusat Sumber JILAN telah didirikan di rumah panjang
berkenaan.

Pusat Sumber tersebut yang menelan belanja RM75,000
akan memudahkan penduduknya untuk mengadakan sebarang aktiviti berbentuk
keraian dan kebudayaan.

Malah beberapa buah rumah panjang di Bintulu turut mencapai
berjaya mencapai tahap kampung sejahtera antaranya seperti Rumah Lapie yang turut menerima bantuan projek pembinaan jalan
kampung.

Berlainan rumah panjang yang lain, di Rumah Assan pula terkenal dengan projek kraftangan daripada rotan
yang dijalankan secara berkelompok bermula pada tahun 2003 dengan bantuan
Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).

Kesediaan penduduknya menjalankan projek tersebut ternyata
menyediakan peluang pekerjaan serta menjana ekonomi penduduk di rumah berkenaan
dengan cara tersendiri.

Begitu juga dengan program pembangunan Jabatan Pertanian
seperti di Rumah Bana, Serakit yang
terletak di KM36 Jalan Bintulu, Sebauh yang melibatkan diri dalam projek
tanaman cempedak secara berkelompok.

Penerimaan positif penduduk rumah panjang dalam mengusahakan
tanah serta memperuntukkan tanah mereka untuk pertanian terutama penanaman
buah-buahan turut ‘membuka langkah’ kepada jabatan pertanian untuk membantu 40
orang peserta terlibat dalam penanaman tanaman cempedak baka baru iaitu jenis
CH 28, Cempedak Durian dan Nanchem (kombinasi Nangka dan Cempedak) ditanah
seluas 40 hektar.

Yang pastinya, itu adalah sebahagian faktor menjadikan
penduduk atau masyarakat di rumah panjang di Sebauh boleh ditingkatkan lagi
dengan pembangunan modal insannya atau dengan erti kata lain pembangunan
pengupayaan sumber manusianya yang melayakkanya mencapai kemajuan seperti
dialami kini.

Mungkin pembangunan masa depan daerah kecil Sebauh selepas
ini, memerlukan lebih banyak usaha mengenalpasti “sumber ekonomi baru” bagi
membolehkan ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan pada masa yang sama membantu
penduduk di kawasan luar bandar.

Penduduk di daerah kecil ini sungguh beruntung kerana
peluang dan kemudahan yang disediakan kerajaan kepada mereka berjaya
dimanfaatkan sepenuhnya.

Daerah
Sebauh turut bersempadan dengan 4 (empat) daerah lain iaitu daerah Kapit,
Belaga, Baram dan Miri secara keseluruhannya berpotensi besar untuk berkembang
pada masa hadapan memandang daerah juga merupakan laluan keluar/masuk untuk ke
kawasan Sungai Assap dan Belaga yang bakal dibangunkan menjadi kawasan
pengeluar tenaga berintensif tinggi.

Walaupun berstatus sebuah daerah kecil, namun mengambil kira
kedudukan strategik lokasinya, tidak mustahil suatu hari nanti, daerah ini
bakal menjadi tumpuan utama pengunjung ditambah pula usaha kerajaan untuk
membangun Bahagian Bintulu sebagai Koridor Wilayah Tengah yang pastinya daerah
Sebauh menerima tempias pembangunannya.

Dilengkapi dengan banyak rangkaian rumah panjang yang
menarik, dengan masyarakat Iban yang merupakan kaum majoriti di sini dengan
populasi seramai kira-kira 12,875 orang, daerah ini berpotensi untuk membangun
lebih maju.

Berdasarkan
statistik Bancian pada tahun 2000, jumlah penduduk yang bermastautin di Daerah
Kecil Sebauh ini ialah kira-kira 21,535 orang.

Kegiatan ekonominya di sini juga boleh dibangunkan lagi
dengan mempelbagaikan penghasilannya dengan mengalakkan penyertaan masyarakat
dalam sektor pertanian, industri desa dan pelancongan.

Kini kegiatan
ekonomi di daerah kecil ini lebih tertumpu kepada pertanian sara diri, bekerja
di ladang-ladang kelapa sawit dan ladang akasia, perkilangan kayu, peniaga,
bekerja di agensi kerajaan dan menjadi nelayan.

Kemudahan
kesihatan di daerah ini agak lengkap dengan sebahagian besar penduduk
dapat menikmati rawatan kesihatan di tiga (3) pekan kecil utama iaitu mendapat
rawatan kesihatan di Klinik Desa Sebauh, Klinik Desa Lubuk Tapang, Pandan dan
Klinik Desa Tubau.

Hampir sebahagian
besar kawasan ini mampu mendapatkan kemudahan pendidikan. Daerah ini kini
mempunyai sebuah sekolah menengah dan 13 buah sekolah rendah.

Kerjasama rapat Pejabat Residen dan Daerah Bintulu bersama
Pejabat Daerah Kecil Sebauh serta disokong oleh pelbagai agensi kerajaan lain
berkaitan dilihat berjaya membawa “masuk” pembangunan untuk dimanfaatkan
sepenuhnya masyarakat dalam daerah kecil ini.

Antara projek kemudahan sosial yang banyak memberi manfaat
kepada masyarakat ialah Pembinaan Pusat Sumber/Komputer, Rumah Michael Lanyau,
Sungai Gelam, Sebauh menelan kos RM75,000, Pembinaan Pusat Gunasama, Rumah
Kenai, Sungai Sebutin dengan kos RM 100,000 disamping projek bekalan air dan
elektrik di beberapa buah rumah panjang.

Beberapa program pembangunan masyarakat lain ialah Program
Pembangunan Minda Insan (PPMI-SPKR) dan Kursus Ibu Tunggal–Kelompok (PPMI).

Pada penghujung
Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8), antara projek pembinaan jalan kampung dan
menaiktaraf beberapa buah jalan kampung dalam daerah Sebauh yang telah
dilaksanakan ialah pembinaan jalan Rh Igai, Ulu Sebauh, Rh Jam, Jalan Bakun, Rh
Alip, Long Unan, Tubau, Rh Gawan Jalan Ulu Sebauh, Rh Awai dan Rh Joshua, Rh
Joseph Abak, Rh Beta.

Manakala program lain seperti program bantuan rumah (PBR),
sejumlah 8 (lapan) orang keluarga telah mendapat manfaat daripada projek
tersebut disamping 13 projek jalan kampung (PJK) kaedah alternatif telah
dilaksanakan di sini.

Pekan Sebauh boleh dihubungi melalui jalanraya dan sungai. Jalanraya
merupakan nadi perhubungan yang utama bagi penduduk sekitar Pekan Sebauh ke
Bandar Bintulu (50 km) dan ke Pekan
Pandan sejauh 15.5 km. Sebelum siapnya jalan raya, perhubungan dari Bintulu ke
Sebauh memakan masa selama 2 jam.

Sungai
utamanya iaitu Sungai Kemena pula menghubungkan penduduk-penduduk yang tinggal
di kawasan pedalaman Pekan Tubau dan Lubok Tapang dengan menggunakan bot laju.
Walau bagaimanapun penduduk lebih cenderung menggunakan jalanraya.

Daerah
kecil Sebauh adalah satu-satu daerah kecil yang termasuk dalam pentadbiran
daerah Bintulu. Daerah lain yang membentuk Bahagian Bintulu ialah daerah Tatau.

Fakta Terkini Yang Perlu Anda Ketahui Mengenai Daerah Sebauh

  1. Terdapat
    cadangan untuk mewujudkan akses Jalan
    Tubau – Jelalong (dalam perancangan)
  2. Jarak dari
    Tubau –Bakun adalah sejauh 100 km
  3. Jalan
    ladang masih digunakan bagi menghubungkan
    Maskat –Labang dan Pandan – maskat
  4. Tekanan air
    rendah disebabkan kebanyakan kawasan ini terletak pada kawasan tinggi
  5. Kemunculan
    dan potensi daerah Sebauh banyak dipengaruhi daripada kegiatan ekonomi yang
    lebih berorintasikan pembalakan, sehingga kepada kewujudan pekan-pekan kecil
    juga banyak di sokong kepada pertumbuhan ini.
  6. Daerah Kecil ini juga merupakan akses terdekat
    ke kawasan Sungai Assap dan Belaga.

Fakta Daerah Kecil Sebauh

Keluasan 2,032
batu persegi
Kedudukan 50
km bandar Bintulu
Bilangan
Penduduk
21,754 (tahun 2000)
Kegiatan
Ekonomi
Pertanian
(70%),
Pembalakkan
(25%),
Bekerja
Sendiri (5%)
Kemudahan
Asas
Bekalan
Air, Elektrik, Telefon, Sekolah Rendah (13),
Sekolah Menengah (1), 3 Klinik kesihatan dan
Perpustakaan Awam (BDA) dan Balai Raya
Perhubungan
Utama
Perjalanan darat (Bas, Van dan Kenderaan sendiri)
Agensi
Kerajaan
Pejabat Daerah Kecil
Sebauh, Jabatan Pertanian, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Perhutanan, Lembaga Kemajuan Bintulu, Jabatan Kerja Raya, Pos Malaysia, Telekom Malaysia
dan SESCO

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article