- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Malam Anugerah Kecemerlangan 2006

Must read

Sistem
penyampaian perkhidmatan awam yang cekap dan berkualiti amat penting bagi
menjamin kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan
negara dan negeri.

Maka kerana itu.
pihak Kerajaan Negeri amat menitikberatkan pembudayaan kualiti dan ia harus
diamalkan di setiap jabatan dan agensi Kerajaan. Amalan budaya kualiti yang
menyeluruh akan mewujudkan kumpulan kakitangan awam yang lebih berintegriti,
beretika, berdedikasi serta dapat melaksanakan urus tadbir yang baik di dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai penjawat awam.

Usaha ini dapat
direalisasikan dengan mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni dan selesa dan
memiliki sumber yang mencukupi serta ditunjangi oleh kakitangan membudayakan
nilai-nilai murni dalam melaksanakan tugas masing-masing.

Oleh yang demikian sebagai satu bentuk
penghargaan dan pengiktirafan terhadap sumbangan bakti semua warga Perkhidmatan
Awam Negeri Sarawak maka Kerajaan Negeri telah menganjurkan Sambutan Malam
Kecemerlangan 2006 pada 7 Disember yang lalu.

lanya juga menandakan kejayaan dalam
menyatukan semua golongan anggota Perkhidmatan Awam yang sentiasa berganding
bahu dalam menjalankan tugas dengan penuh kesefahaman dan dedikasi untuk
memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan penduduk di negeri
ini.

Pada malam
itu beberapa anugerah telah disampaikan oleh tetamu kehormat iaitu YAB Pehin
Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak.

YAB Pehin
Sri Haji Abdul Taib Mahmud dalam ucapannya pada majlis itu mengingatkan warga
kerja perkhidmatan awam di negeri ini tentang jangkaan atau pengharapan
masyarakat yang pada masa kini semakin tinggi terhadap keupayaan perkhidmatan
awam menyampaikan perkhidmatan yang bermutu, cekap dan cepat.

YAB Pehin
Sri Ketua Menteri juga menyatakan adalah penting jentera pentadbiran negeri ini
menetapkan penanda aras yang tinggi terhadap kualiti kemasukan baru ke dalam
perkhidmatan awam negeri supaya pada peringkat akhirnya kelak, perkhidmatan
awam dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik selaras dengan kemampuan
terbaik dan berkualiti yang dimiliki pada sumber manusianya.

Beliau
juga menyatakan bahawa selama ini perkhidmatan awam negeri telah menjalankan
peranannya dengan baik (dan mempunyai hubungan dan komunikasi yang baik dengan
ahli politik) yang mana pada pandangan beliau adalah ditunjangi oleh tiga (3)
kriteria utama iaitu keupayaan atau kekuatan dalam perancangan yang mana
pentadbiran negeri mampu menjangkakan atau meninjau kemungkinan-kemungkinan
yang akan dicapai dan kesulitan yang mungkin dihadapi pada masa hadapan. Ini membolehkan pengubahsuaian boleh
dilakukan agar apa yang dirancang untuk kepentingan bersama (kerajaan dan
rakyat) dapat tercapai.

Kriteria
kedua ialah keupayaan pentadbiran negeri untuk mengendalikan urusan kewangannya
dengan cekap dan berhemah. Keadaan ini
telah membawa kepada situasi yang mana kerajaan negeri kini mampu membiayai
sendiri projek-projek pembangunannya.
Menurut YAB Pehin Sri, kini, Sarawak adalah satu-satunya negeri di
Malaysia yang mampu ‘berdiri di atas kakinya sendiri.’

Kriteria
ketiga ialah keupayaan dan kesungguhan pentadbiran negeri melaksanakan
inisiatif e-government dengan
menggunakan sebaik mungkin kemudahan ICT.

YAB Pehin
Sri Ketua Menteri juga memuji usaha jentera pentadbiran kerajaan negeri yang
diterajui oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Haji Abdul Aziz bin Dato
Haji Hussain yang telah banyak memperkenalkan dan melaksanakan beberapa
inisiatif baru dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan dan penyampaian
kerajaan. Ini merangkumi
inisiatif-inisiatif kualti yang telah diperkenalkan sejak 1990an lagi selain
menitikberatkan tentang tadbir urus yang cemerlang dalam perkhidmatan awam
negeri.

Anugerah-anugerah
yang disampaikan seperti Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam, Anugerah
Pegawai Contoh dan Pensijilan ISO diharap akan dapat meningkatkan semangat dan
keinginan para penjawat awam untuk berkhidmat dengan lebih cekap dan adil.

Justeru itu, para penerima
anugerah kualiti perkhidmatan awam diharap dapat menjadi role model
kepada agensi-agensi perkhidmatan awam yang lain supaya lebih, cekap bagi
memenuhi kehendak masyarakat yang sentiasa meningkat.

Penerima Anugerah Pegawai Contoh/ Tokoh Perkhidmatan Negeri Sarawak Tahun
2006

  1. Datuk Amar Haji Abdul Aziz bin Dato Haji Husain – Pegawai Contoh / Tokoh Perkhidmatan Awam Negeri (Kumpulan Pengurusan Tertinggi)
  2. Encik Henry Ginjom Lajim – Pegawai Contoh (Kumpulan Pengurusan & Profesional)
  3. Encik Gabriel Teo Ah Sah @ Gabriel Ah Sah – Pegawai Contoh (Kumpulan Sokongan I – Kategori V-VII)
  4. Encik Morshidi Pehi Awet – Pegawai Contoh (Kumpulan Sokongan I – Kategori VIII-XI)
  5. Encik Sa’id bin Zain – Pegawai Contoh (Kumpulan Sokongan II)

Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (AKPANS) 2006

Kategori Pertama : Staf lebih dar 200 orang

Tempat Pertama : Universiti Teknologi MARA Kampus Samarahan

Tempat Kedua : Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC)

Sijil Penyertaan :

  1. Hospital Miri
  2. Jabatan Tanah dan Survei
  3. Lembaga Pelabuhan Rajang
  4. Lembaga Kemajuan Bintulu
  5. Jabatan Laut Sarawak

Kategri Kedua : Staf antara 51 dan 200 orang

Tempat Pertama : Pejabat Pergigian Sibu

Tempat Kedua : Lembaga Air Sibu

Sijil Penyertaan

  1. Ibu Pejabat, Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak
  2. Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Sibu
  3. Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Limbang

Agensi Penerima Sijil MS ISO 9001:2000

  1. Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC)
  2. Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber, Sarawak
  3. Jabatan Pertanian Sarawak
  4. Jabatan Pengairan dan Saliran, Sarawak
  5. Jabatan Tanah dan Survei, Sarawak
  6. Pejabat Residen dan Daerah Sri Aman
  7. MAMPU, Cawangan Sarawak

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article