- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Pendedahan Pengendalian Senjata PLKN

Must read


Langkah-langkah keselamatan sentiasa diambil perhatian Salah
seorang pelatih PLKN (Kem Juara, Serian) sedang menerima bimbingan
daripada jurulatih dalam Latihan Pendedahan Pengendalian Senjata
(Amali) yang diadakan pada 30 Januari 2007.Turut turun padang menyaksikan latihan tersebut ialah
YBhg Kol (Kehormat) Tan Sri
Lee Lam Thye, Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara.

Satu pengalaman baru, mungkin itulah apa yang dapat dikatakan mengenai latihan pendedahan pengendalian senjata yang dialami oleh 99 orang pelatih Program Khidmat Negara (PLKN) Siri 4/2007 yang diadakan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuching baru-baru ini.

Selain menjadi antara tarikan terbaru, latihan tersebut yang merupakan lanjutan modul fizikal yang memberikan kesempatan kepada pelatih tanpa perlu menyertai pasukan keselamatan atau beruniform.

Latihan pendedahan pengendalian senjata adalah lanjutan modul fizikal, dimulakan pada tahun 2005 (Kumpulan 3 Siri 2/2005) sebagai projek perintis yang ketika itu di enam (6) buah kem PLKN melibatkan 997 pelatih. Ternyata, maklum balas positif yang diterima turut menjadikan latihan ini diteruskan bagi tahun ketiga.


Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara, Kol (K) Tan Sri Dato’ Lee Lam Tyre berkata latihan tersebut dilihat secara tidak langsung berupaya membentuk keberanian diri serta menanam semangat sayangkan negara.

Ini jelas beliau, tergambar daripada sambutan pelatih walaupun ia sekadar satu pendedahan yang mengambil masa hanya dua hari dengan sehari diperuntukkan untuk kelas teori dan hari berikutnya latihan amali.

Tan Sri Dato’ Lee Lam Tyre berkata demikian sewaktu mengadakan lawatan ke Kem Juara, Serian dan turun padang menyaksikan pelatih PLKN menjalani latihan pengendalian senjata di PULAPOL,Kuching.

Sambil menegaskan, PLKN bukan satu pusat latihan ketenteraan atau tempat membentuk pelatihnya untuk menjadi anggota keselamatan. Beliau berkata Iatihan tersebut hanyalah sebagai pendedahan kepada asas penggunaan senjata.

Pada sesi latihan tersebut seramai 99 orang pelatih PLKN menjalani latihan menembak menggunakan senjata jenis Colt M16 dengan pengawasan rapi anggota tentera.

“Aspek keselamatan tetap dititikberatkan kerana sepanjang sesi latihan, setiap pelatih akan diiringi oleh seorang jurulatih”, katanya

Bagi memastikan sesi latihan ini berjalan lancar serta jaminan aspek keselamatan, anggota Angkatan Tentera Darat (ATM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah membantu serta menyelaras latihan pengendalian senjata pelatih PLKN.

Beliau menasihatkan ibu bapa para pelatih supaya tidak perlu risau atau bimbang mengenai keselamatan anak-anak mereka kerana sukatan latihan pengendalian digubal sepenuhnya oleh Tentera Darat Malaysia yang telah diluluskan oleh Kementerian Pertahanan pada tahun 2005.

PLKN Siri 4/2007 bermula 29 Januari hingga 2 Mac 2007. Kesemua pelatih di 78 buah kem di seluruh negara berpeluang melalui pengalaman latihan pendedahan pengendalian senjata.

Walaubagaimanapun, tiada paksaan untuk pelatih mengikuti latihan ini, jika mereka tidak bersedia atau kurang berminat.

Bagi Kem Juara, Serian, terdapat 12 orang pelatih tidak mengikuti latihan pengendalian senjata kerana tidak mendapat kebenaran ibu bapa.

Sehubungan itu, sebelum menyertai PLKN, Jabatan Latihan Khidmat ada mengeluarkan satu surat pelepasan sama ada mereka membenarkan atau tidak anak mereka mengikuti latihan.

Dalam perkara berkaitan, PLKN Kumpulan 1 Siri 4/2007 bermula pada 1 Januari lepas dan tamat pada 11 Mac 2007, yang masih mengekalkan empat (4) modul teras iaitu modul fizikal, pembinaan karektor, kenegaraan dan khidmat komuniti.

Seramai 31,905 pelatih iaitu hampir 93 peratus kehadiran kini berada di 78 buah kem PLKN seluruh negara.

Info Ringkas mengenai Latihan Pendedahan Senjata Pelatih PLKN

Latihan Pendedahan Senjata Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dijalankan pada minggu ke 5 (29 Januari 2007) dan berakhir pada minggu ke 9 latihan PLKN (2 Mac 2007)

Latihan Teori telah bermula 29 Januari 2007 di 24 buah kem berikut dan seterusnya dijalankan latihan menembak. Kem-kem dan lapang sasar yang terlibat adalah seperti berikut :-

Negeri Kem Lapang Sasar
Perlis Kem Tasik Meranti Wang Kelian
Kerajaan Negeri Genting Kabu
Kedah Kem Beringin Beach Resort Langkawi
Kem Dusun Minda Kuala Nerang
Kem Rimba Taqwa Sik
Kem Keselamatan Dalam Negeri (LISRAM)
ATM Bukit Pinang
ATM Kem Harbart
Pulau Pinang Kem Sri Impian Seberang Prai ATM Sungai Dua
Perak
Kem Kepimpinan Gemilang Gopeng
Kem Teluk Rubiah, Manjung
Kem Jiwa Murni Semanggol, Perak
ATM Kem Syed Putra
ATM, Lapang Sasar Abdul Samad
ATM Kem Kemunting
Selangor
Kem Paya Indah, Kuala Langat
Kem Setia Ikhlas, Semenyih
ATM Lapang Sasar Jugra
ATM Sungai Besi
Negeri Sembilan Kem PDS Resort
Kem Karisma, Kuala Pilah
ATM MENYALA , PD
Kerajaan Negeri Lapang Sasar Mantin
Melaka Kem Lagenda Gunung Ledang Asahan ATM Terendak

Johor Kem PTH Kluang
Kem Teluk Sari Mersing

ATM Bt 13 Keluang
ATM PULADA
Pahang Kem Pinggiran Pelangi Muadzam Shah
Kem Cahaya Gemilang Cherating
Kem Chamang Bentong
ATM Mentakab
ATM Tg Gelang
PDRM Bentong
Terengganu Kem Peladang Setiu Agro Resort Setiu ATM Bt Merbau
Sarawak Kem Miri Sungai Rait
Kem Junaco Park Sibu
Kem Juara, Serian
PGA Lambir
PDRM Bt 13 Oya
PDRM –PULAPOL Kuching
Sabah Kem KK Dibawah Bayu, Tawau
Kem San Shui Tawau
ATM Kota Belud
ATM KD Sri Semporna

Kesemua 78 buah kem PLKN akan terlibat dalam Latihan Pendedahan Pengendalian Senjata dengan menggunakan kemudahan menembak di 29 buah lapang sasar Angkatan Tentera Darat (ATM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Kerajaan Negeri


Sukatan latihan pendedahan senjata meliputi :-

  • 1 hari kelas teori di dalam kem PLKN
  • 1 hari latihan menembak di lapang sasar

Latihan Teori

  • Latihan dijalankan dalam kumpulan kecil (20 pelatih) dan dikendalikan oleh 3 orang jurulatih tentera setiap kumpulan
  • Sukatan pelajaran meliputi mengenal, membuka, mencuci dan memasang senjata
  • Pelatih-pelatih turut diajar cara-cara memegang senjata dengan betul, serta menenang (fokus) kepada sasaran untuk menembak.
  • Pelatih turut didedahkan dengan langkah keselamatan semasa mengendalikan senjata dan arahan-arahan yang perlu dipatuhi semasa berada di lapang sasar


Latihan Menembak

  • Sepanjang tempoh menembak, pelatih adalah di bawah kawalan pasukan tentera yang dilantik oleh Markas Angkatan Tentera Malaysia
  • Satu sesi ulangkaji diadakan sebelum latihan menembak dimulakan.
  • Setiap pelatih diiringi oleh seorang jurulatih / pengasuh sepanjang waktu menembak dan 10 orang pelatih akan menembak mengikut giliran dalam satu masa.
  • Kemudahan penghadang telinga/ penyumbat telinga disediakan dan diwajibkan bagi setiap pelatih untuk menggunakannya bagi mengelakkan gangguan pendengaran.
  • Setiap pelatih diberi peluang satu kali sahaja menembak (30 butir peluru)


Dari Lensa RAKAN (lagi foto)

Info yang anda perlu tahu mengenai PLKN di Sarawak

LOKASI KEM PLKN DI SARAWAK

Kem Alamat
Kem PLKN Bukit Saban Km 290, Kuching-Sarikei Road, Jalan Ulu Sg Paku, 95700 Betong
Kem PLKN Miri Sooh Hup Villa, Lot 13, Lambir Land District, Jalan Sg Rait, Off Bakam Road, 98000 Miri
Kem PLKN Junaco Park Batu 16, Jalan Oya, 96000 Sibu
Kem PLKN Similajau Taman Negara Similajau, Jln Likau Off Jln Saberkas, Tanjung Kidurong, 97000 Bintulu
Kem PLKN Putra Sentosa Munggu Belian, Pekan Kecil Sematan, 94100 Lundu, Kuching
Kem PLKN Bumimas Wong Nai Siong Memorial Buildong, Lorong Ubah, Off Jalan Lanang, 96000 Sibu,
Kem PLKN Juara Batu 33, Jalan Kuching, 94700 Serian
Kem PLKN Puncak Permai                     
Senggi-Poak Land District, Tondong, 94000 Bau


PURATA SETIAP KEM

  • Menempatkan diantara 350 hingga 450 orang pelatih

(Sumber Jabatan Program Khidmat Negara)

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article