- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

PNS Pertingkat Koleksi Serahan

Must read

Semua penggiat seni, karyawan dan media di Sarawak disarankan supaya terus menyumbang hasil penerbitan mereka bagi dijadikan Koleksi Serahan Bahan dan Sarawakiana di Pustaka Negeri Sarawak (PNS).



Usaha itu amat penting dan amat dialu-alukan bagi menjadikan PNS sebagai gedung ilmu dan pengetahuan yang lengkap untuk rujukan pengguna khususnya di negeri ini.



Sehubungan itu, sambutan baik terhadap langkah itu sebelum ini perlu diterus dan dipertingkat bagi menambah sumbangan koleksi PNS yang bukan sahaja dalam bentuk penerbitan akademik malahan hasil seni kreatif.



Pada hari ini harga bahan bacaan semakin meningkat sehingga menjejaskan minat orang ramai membeli buku. Namun dengan adanya usahasama di antara PNS dan pihak yang terbabit, bahan-bahan bacaan terutamanya yang diterbitkan di Sarawak dapat diletakkan di PNS untuk rujukan dan bacaan orang ramai.



Demikian dijelaskan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Amar (Dr) Haji Hamid Bugo, Pengerusi Lembaga Pengurusan PNS pada Majlis Penghargaan Penggiat Seni, Karyawan dan Media di Sarawak bertempat di PNS baru-baru ini.



Majlis anjuran PNS itu merupakan yang pertama kali diadakan sebagai menghargai sumbangan dan terima kasih PNS kepada mereka yang telah menyumbang hasil penerbitan untuk dijadikan Koleksi Serahan Bahan dan Sarawakiana PNS. Sebelum ini PNS telah beberapa kali mengadakan majlis tahunan penghargaan yang hanya melibatkan pihak media.



Pada majlis yang sama Encik Zaini Ozea, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Sarawak turut menyampaikan ceramahnya yang bertajuk ‘Encouraging Publication in Sarawak’ yang menekankan betapa pentingnya usaha penghasilan pelbagai genre penerbitan, tidak mengira karya kreatif mahupun akademik.



Para hadirin yang seramai kira-kira 100 orang pada majlis itu turut berpeluang menyaksikan penyampaian beberapa hasil seni lukis daripada penggiat seni lukis tempatan kepada kepada pihak PNS. Orang ramai boleh melihat hasil seni lukis berkenaan di Galeri Pameran PNS.


Penerimaan Bahan-Bahan Legal Deposit (LD) Berdasarkan Tajuk





















































































Tahun
Buku Bersiri
Terbitan
Epemeral
Kertas Kerja
Tesis
Bahan Bukan Bercetak
SGG
2000
97
137
35
76
1


2001
60
157
48
38
1
10

2002
46
349
59
18

12

2003
53
329
72
13

58

2004
56
209
148
11

107
119
2005
59
173
82
10

34
92
2006
68
242
108
7

46
122
Jumlah
439
1,596
552
173
2
278
333


Epemeral – brosur, risalah
Bahan bukan bercetak – lukisan, seni kreatif

SGG – Sarawak Gazette



Selain itu, PNS turut menerima bahan dalam bentuk suratkhabar daripada penerbit suratkhabar tempatan harian seperti Utusan Sarawak, Sarawak Tribune, Eastern Times, International Times, Berita Petang, The Borneo Post, Utusan Borneo dan See Hua Daily News.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article