Sebagai
manusia biasa, pegawai atau penjawat awam tidak dapat melarikan diri daripada
membuat kesalahan mahupun kesilapan.
Kesalahan
itu pula boleh dikategorikan sebagai kecil atau ringan dan berat atau
memudaratkan.
Walau
apapun kategorinya, dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam, melakukan
sesuatu yang dianggap sebagai kesalahan adalah suatu yang tidak boleh dipandang
remeh.
Maka,
pelbagai peraturan dan prosedur telah disediakan bagi memastikan seseorang penjawat
awam itu melaksanakan tugasnya dengan betul
dan dapat mengelak daripada terjebak dalam melakukan kesalahan.
Kerajaan
juga tidak boleh bertolak ansur dalam situasi yang memerlukan tindakan
tatatertib diambil.
Antara kesalahan berat atau pelanggaran disiplin yang boleh memudaratkan
perkhidmatan awam adalah seperti pecah amanah, salah guna kuasa dan rasuah.
Tiga jenis pelanggaran disiplin itu sentiasa menarik perhatian
masyarakat dan menjadi isu besar di dada akhbar sekiranya berlaku.
Sehubungan
itu disiplin memainkan peranan penting dan amat ditekankan dalam perkhidmatan
awam kerana ia menjadi penentu kepada corak pembangunan negara keseluruhannya.
Sebelum itu mungkin kita perlu
memahami apa yang dikatakan sebagai ‘disiplin’ dan tiga jenis kesalahan berat
di atas.
‘Disiplin’ adalah peraturan atau
ketertiban. Sehubungan itu, tidak disiplin bermakna melanggar peraturan dan
tidak tertib dalam menjalankan tugas sebagai seorang penjawat awam.
‘Pecah amanah’ pula merupakan
pelanggaran atau penafian ke atas kepercayaan yang diletakkan kepada seseorang.
Sementara ‘salah guna kuasa’ pula bermaksud tidak menggunakan sesuatu seperti daya, kemampuan,
keupayaan, tenaga, perintah, amanah dan sebagainya sebagaimana yang
sepatutnya.
Rasuah – pemberian untuk menumbuk
rusuk seperti menyogok atau menyuap. (Disesuaikan dari Kamus Dewan Edisi Tiga).
Definisi itu sudah tentu memudahkan
orang ramai memahami istilah pelanggaran disiplin di kalangan penjawat awam.
Namun, bagi seorang penjawat awam definisi itu terlalu umum untuk
dimengertikan.
Oleh itu, dua sumber yang harus
menjadi rujukan ialah Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 bagi penjawat awam
Persekutuan dan Perintah Am Perkhidmatan Awam Negeri
1996 bagi penjawat awam Negeri.
‘Seseorang pegawai tidak boleh
(a) membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya;
(b) berkelakuan dengan sedemikian cara
yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas
awamnya;(c)
berkelakuan dengan apa-apa cara yang
mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa –(i)
dia telah membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah
dengan tugas awamnya sehingga menjejaskan kebergunaannya sebagai seorang
pegawai awam; atau(ii)
dia
telah menggunakan kedudukan
awamnya bagi faedahnya sendiri;(d) berkelakuan dengan sedemikian cara
sehingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam;(e)
kurang cekap atau kurang berusaha;(f)
tidak jujur atau tidak amanah;(g)
tidak bertanggungjawab;(h) membawa
atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong
atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau terhadap perkhidmatan
awam, sama ada tuntutan itu ialah tuntutannya sendiri atau tuntutan mana-mana
pegawai lain;(i) ingkar
perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan
munasabah sebagai ingkar perintah; dan(j) cuai dalam melaksanakan
tugas-tugasnya.’
Sumber:
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) (Pindaan) 2002
Sumber
yang sama juga menjelaskan bahawa ‘Jika
seseorang pegawai didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib, mana-mana
satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman yang berikut, bergantung
kepada keseriusan kesalahan itu, boleh dikenakan ke atas pegawai itu:
(a)
amaran;(b) denda;
(c) lucut hak emolumen;
(d) tangguh pergerakan gaji;
(e)
turun gaji;(f) turun pangkat;
(g) buang kerja.’
Bab 4 Perintah Am
Perkhidmatan Awam Negeri 1996 pula menerangkan bahawa ‘Sesuatu kemungkiran atau pelanggaran terhadap mana-mana daripada peruntukan
dalam Perintah-Perintah Am atau pelanggaran terhadap surat aku janji yang
ditandatangani oleh seseorang pegawai boleh menyebabkan dirinya dikenakan
tindakan tatatertib mengikut Kaedah-Kaedah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, 1996.
‘Jika Setiausaha Kerajaan Negeri berpendapat bahawa
kemungkaran atau pelanggaran yang dilakukan itu tidak mewajarkan tindakan
tatatertib diambil terhadap pegawai itu, tetapi difikirkan perlu untuk
mengeluarkan surat amaran kepada pegawai itu, maka Setiausaha Kerajaan Negeri
boleh mengeluarkan surat amaran itu tanpa merujukkan perkara itu kepada
Suruhanjaya. Sungguhpun demikian, surat amaran itu tidak boleh disifatkan
sebagai hukuman tatatertib.
Sementara
‘…seseorang pegawai yang gagal untuk menjalankan kawalan dan pengawasan ke atas
pegawai bawahannya, atau untuk mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya
yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan ini hendaklah disifatkan cuai
dalam melaksanakan tugasnya dan tidak bertanggungjawab, dan dia boleh dikenakan
tindakan tatatertib.’
Kedua-dua sumber
itu telah menjelaskan peraturan dan tatatertib yang perlu dipatuhi penjawat
awam. Namun, seperti yang sering terpampang pada dada akhbar, masih terdapat
penjawat awam yang gagal dalam menempuh cabaran berkenaan.
Mantan Setiausaha Kerajaan
Negeri, YBhg. Datuk Amar Haji Abdul Aziz dalam Ucapan Perdana 2005 mendedahkan bahawa
dalam tempoh tahun 2000 hingga 2004, sejumlah 210 kes berkaitan perkhidmatan
awam telah dilaporkan.
Sebanyak 68 kes adalah tidak hadir bertugas, 56 kes
kemalangan melibatkan kenderaan kerajaan, 24 kes rasuah, 23 terlibat dalam
pecah amanah dan 16 kes muflis.
Sebuah
lagi saluran talian aduan bagi orang ramai ialah Perkhidmatan TALIKHIDMAT. Bilangan aduan yang
dicatatkan di Sarawak untuk sektor awam Persekutuan dan Negeri serta swasta
dapat dilihat dalam jadual seperti di bawah.
Kategori Aduan |
2003 |
2004 |
2005 |
Kegagalan Mengikut Prosedur / Penguatkuasaan | 12 |
5 |
6 |
Kelewatan / Tiada Tindakan | 9 |
19 |
7 |
Khidmat Nasihat / Cadangan / Aduan | 91 |
609 |
1,356 |
Perkhidmatan Yang Tidak memuaskan | 27 |
21 |
9 |
Salah Guna Kuasa / Penyelewengan (Rasuah) | 6 |
7 |
7 |
Salah Laku Anggota Awam / Sektor Swasta | 0 |
0 |
5 |
Jumlah Bilangan |
393 |
979 |
1,603 |
Walaupun angka itu
kelihatan meningkat, masalah disiplin di kalangan penjawat awam sebenarnya
masih terkawal. Ia berikutan pelbagai usaha serta langkah yang diambil oleh
kerajaan dalam merencana serta melaksanakan Pelan Integriti Nasional (PIN) yang dilancarkan pada bulan April
2004, serentak dengan pelancaran TEKAD
2008.
Ia merupakan fasa
pertama ke arah meningkatkan tahap etika dan integriti serta memastikannya
menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat.
Malah, pelbagai
saluran mudah seperti Talikhidmat
yang disediakan oleh kerajaan bagi orang ramai membuat aduan juga telah
meningkatkan kesedaran mereka untuk menggunakan pelbagai saluran sedia ada
untuk menyampaikan sebarang kelemahan yang berlaku.
Mengapa Disiplin dan Integriti
Penting?
Bagi penjawat
awam, integriti bermaksud melaksanakan amanah dan kuasa yang
dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Justeru, penjawat jawatan itu tidak boleh menyalahgunakan
kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat
sendiri.
Apabila berlaku konflik kepentingan, ia mesti diselesaikan
dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam. Dengan demikian penjawat itu perlu
telus dan tulus, harus memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang di
bawahnya dan kepada pihak lain.
Sesungguhnya usaha itu menuntut disiplin diri yang tinggi
supaya tidak terjerumus dalam pancaroba yang dapat memusnahkan karier mereka
dan membantutkan pembangunan negara.
Kerana itu kerajaan dan perkhidmatan awam sentiasa mempunyai
azam, iltizam serta komitmen yang diterjemahkan melalui usaha untuk
meningkatkan integriti dan memerangi jenayah rasuah, penyelewengan dan salah
guna kuasa di semua peringkat sehingga ke akar umbi.
Komitmen itu juga diterjemahkan melalui peruntukan sumber
kewangan bagi melaksanakan pelbagai aktiviti dan program yang terancang serta
bersesuaian.
Di samping slogan ‘Bersih, Cekap, Amanah’, penerapan
nilai-nilai murni, pembentukan budaya dan etika kerja cemerlang juga amat
ditekankan.
Kerajaan juga telah mengarahkan semua Ketua Jabatan menjadi role model untuk terus menanam
budaya dan etika kerja cemerlang di kalangan semua anggota kerja.
Aspek penyeliaan dan pemantauan turut ditekankan untuk
memperlihatkan ketelusan dan usaha bersungguh-sungguh kerajaan ke arah
penyampaian perkhidmatan yang efisyen, efektif dan terbaik.
Penelitian semula prosedur kerja pula bertujuan
mengurangkan karenah birokrasi dan mempercepatkan proses membuat keputusan.
Aspek ini ditekankan kerana tindakan itu akan meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan, sekali gus memantapkan integriti agensi-agensi kerajaan dan
penjawat awam, di samping mengurangkan ruang dan peluang gejala disiplin seperti
rasuah.
Dengan cara itu, pembangunan negara keseluruhannya akan
terlaksana dengan lebih lancar, teratur dan cekap.
Ramai daripada kita pasti bersetuju bahawa semua tindakan
itu mampu menjadi daya penarik kemasukan pelabur dan menggalakkan aktiviti
perniagaan. Suasana itu seterusnya akan membantu memacu pembangunan ekonomi dan
menyediakan pelbagai ruang pekerjaan untuk masyarakat.
Pelaksanaan PIN dalam Perkhidmatan Awam Sarawak
Idea tentang
integriti mula menjadi sebutan dan dibincangkan pada tahun 1998. Dalam
perkhidmatan awam, kerajaan telah melancar dan melaksanakan Gerakan Pemantapan
Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia.
Gerakan ini
dilaksanakan melalui Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 1998, khususnya
melalui penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) di semua Kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan
dan Kerajaan Negeri.
Semua idea dan
usaha itu akhirnya membawa kepada pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN) pada bulan April 2004. PIN merupakan suatu pelan induk yang
memberikan hala tuju dan bimbingan multi-sektor kerajaan, sektor swasta, parti
politik, pertubuhan bukan kerajaan, media, belia dan pelajar serta pelbagai
lapisan masyarakat.
Pembentukan dan
pelaksanaan pelan itu bertujuan supaya semua sektor ini dapat bekerjasama dalam
usaha membina dan mempertingkatkan suatu masyarakat yang bermoral, beretika dan
berintegriti tinggi.
Ia juga bertujuan
menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat dengan
mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti,
memerangi rasuah dan gejala tidak beretika yang lain.
Pelaksanaan PIN akan memantapkan lagi integriti
masyarakat, daya saing dan daya tahan Malaysia di arena global supaya negara
dapat menangani cabaran abad ke-21 dengan lebih berkesan, khususnya cabaran
globalisasi.
Kerajaan Negeri
juga memandang serius usaha berkenaan dan menerima pakai PIN dengan melaksanakan pelan tersebut bagi memantapkan tadbir urus
di negeri ini.
Antara pencapaian
dan aktiviti yang sedang dalam pelaksanaan di Sarawak ialah :
Gerakan Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran
Kerajaan MalaysiaPenubuhan
Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan Kerajaan Negeri (JKPKN) untuk peringkat Negeri Sarawak dipengerusikan oleh YAB Ketua
Menteri SarawakJawatankuasa Kerja
Kepada Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan Kerajaan Negeri (JKPKN) yang dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan SarawakJawatankuasa
Keutuhan Pengurusan (JKP) Peringkat
Jabatan yang merangkumi pihak Kementerian, Jabatan Kerajaan Negeri, Badan
Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan yang menghantar laporan ke
sekretariat JKPKN setiap suku
tahunMinggu Integriti Peringkat Jabatan
Tempoh seminggu
diisi dengan pelbagai program ceramah dan kempen peningkatan integriti yang
melibatkan semua kakitangan. Perbadanan
Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) telah menganjurkan Minggu Integriti mereka
pada 2 September 2004 di Kuching.Konvensyen, Seminar, Ceramah dan Taklimat berkenaan
Integriti‘Seminar
Kebangsaan Ke Arah Pengisian Pelan Integriti Nasional’ yang turut dikenali
sebagai ‘Sidang Kenyalang’ telah diadakan di Kuching pada 2004. Bersempena
dengan Hari Perkhidmatan Awam 2005, Kerajaan Negeri juga telah menganjurkan
Seminar Kecemerlangan Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak. Pelbagai tajuk
berkaitan integriti telah disampaikan oleh beberapa pihak seperti Badan
Pencegah Rasuah (BPR) dan Institut
Integriti Malaysia (IIM).Hari Integriti Peringkat Negeri dan Peringkat Jabatan
Setiap program dan
aktiviti diadakan dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran pentingnya
integriti disemai dalam diri penjawat awam serta organisasi keseluruhannya.
Hari Integriti Peringkat Negeri telah diadakan pada Februari 2006 sementara
pelbagai Jabatan Kerajaan telah mengadakan Hari Integriti Peringkat Jabatan
masing-masing sejak tahun 2005.Anugerah Integriti
Setiap Ketua
Jabatan adalah digalakkan untuk mencalonkan mana-mana pegawai yang mempunyai
nilai-nilai integriti yang tinggi dan difikirkan layak untuk menerima
pengiktirafan integriti terutamanya di kalangan pegawai-pegawai kumpulan
sokongan. Pegawai yang dipilih akan menerima anugerah tersebut pada Hari
Integriti Peringkat Negeri Sarawak.Tapisan Integriti bagi pengisian jawatan dalam Perkhidmatan
Awam NegeriSebagai usaha
menggalak serta meningkatkan budaya integriti dalam Perkhidmatan Awam Negeri
Langkah
Terbaru: Penubuhan Seksyen Disiplin dan Integriti
Kerajaan
Negeri menyedari keperluan mewujudkan sebuah seksyen yang bertanggungjawab khas
kepada isu disiplin dan integriti di
kalangan penjawat awam.
Penubuhannya
itu juga perlu memandangkan agenda utama kepimpinan YAB
Perdana Menteri yang
sentiasa memberi penekanan kepada ‘Keutuhan dan
Integriti’ terutama sejak PIN
dilancarkan pada tahun 2004.
Di samping faktor di atas, inisiatif
kerajaan itu turut digerakkan oleh kesepakatan yang dicapai dalam Mesyuarat
Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke 93 yang telah berlangsung pada Mei 2005 yang
turut membawa kepada penubuhan Institut Integriti Negeri.
Setelah melalui semua proses itu,
akhirnya sebuah seksyen baru yang dikenali sebagai Seksyen Disiplin dan
Integriti yang ditubuhkan pada 6 Oktober 2006.
Seksyen baru itu diletakkan di bawah
Unit Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Ketua Menteri dan akan diketuai oleh
seorang Ketua Penolong Pengarah (KPP).
Sebelum
ini fungsi ‘Disiplin, Keutuhan dan Pengisytiharan Harta’ dilaksanakan oleh Seksyen Pengurusan
Perkhidmatan dan Kerjaya di bawah Unit Pengurusan
Sumber Manusia.
Pewujudan seksyen itu telah
dimaklumkan melalui Surat Pekeliling (Perj. BiI.20/2006) yang dikeluarkan oleh
Setiausaha Kerajaan Negeri pada November 2006.
Lihat juga : Seksyen Disiplin dan Integriti