- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

SUK Raikan Rombongan dari Brunei

Must read

YB Datu
Wilson Baya Dandot, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada 14 Februari 2007 yang
lalu telah meluangkan masa meraikan
Setiausaha Majlis Mesyuarat
Menteri-menteri Kabinet/Jurutulis Majlis-Majlis Mesyuarat Negara Brunei
Darussalam dan rombongan pada satu majlis jamuan malam.

Turut
hadir ialah YBhg. Datin Teressa Toyad, YBhg. Datuk Haji Morshidi bin Abdul
Ghani, Timbalan SUK (Pentadbiran, Keselamatan dan Hal Ehwal Korporat), YArif
Datuk JC Fong, Peguam Besar Negeri, Ketua-ketua jabatan Kerajaan Negeri dan
pegawai-pegawai kanan lain.

YB Datu
SUK dalam ucapan aluan beliau pada majlis jamuan malam ini, mengucapkan terima
kasih di atas kesudian rombongan dari Brunei ini meluangkan masa melawat
Sarawak khasnya Kuching dan khususnya SAINS dan DUN Sarawak.

“Diharapkan
lawatan seperti ini akan mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin di
antara Negara Brunei Darussalam dan Negara Malaysia khususnya negeri Sarawak.”


YB SUK
seterusnya menyatakan harapan beliau agar lawatan seperti ini akan menjadi
platform bagi membolehkan pertukaran idea, komen dan kritikan yang membina di
antara kedua-dua pihak yang mana dengannya ia akan merancakkan lagi proses
pembelajaran berterusan sama ada di peringkat organisasi mahupun pada individu
itu sendiri.

“Saya
berharap, ilmu yang diperolehi melalui taklimat berkaitan e-DUN serta progres
bangunan baru DUN Sarawak akan memberikan sedikit gambaran tentang usaha-usaha
penggunaan ICT di Negeri Sarawak,”
jelas Datu Wilson lagi.

Rombongan
seramai sembilan (9) dari Brunei ini diketuai oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang
Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin Bin Haji Asar adalah dalam
rangka lawatan kerja selama 3 (tiga) hari ke Kuching bermula 13 Februari 2007.

Dalam sesi
lawatan ini, rombongan ini telah mengadakan
kunjungan hormat ke atas YB Datu
Wilson di pejabatnya pada 14 Februari 2007
dan diikuti dengan menghadiri
taklimat tentang SAINS, e-DUN dan aplikasi ICT
dan rangkaiannya di bangunan baru DUN.

Rombongan
ini turut dibawa melawat ke Pusat Data Negeri Sarawak di mana mereka turut
diberikan taklimat tentang operasi, pengurusan dan aspek keselamatan kemudahan
ini.

Pada 15
Februari 2007, rombongan dari Brunei ini mengadakan kunjungan hormat ke atas
Speaker DUN Sarawak yang kemudiannya diikuti dengan taklimat tentang bangunan
baru DUN Sarawak serta demonstrasi mengenai aturan kerja elektronik bagi
saluran soalan-soalan dan jawapan-jawapan persidangan DUN selain demonstrasi
mengenai pangkalan data elektronik Hansard.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article