- Advertisement -spot_img
4,827
published news
and counting

Sambutan Petani Jayakan Perancangan IADP Samarahan

Must read


Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP) Samarahan telah merancang pelbagai strategi untuk dilaksanakan dalam usahanya meningkatkan produktiviti, memaksimumkan pendapatan golongan petani dan memodenkan sektor pertanian khususnya di kawasan Samarahan.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), IADP Samarahan akan terus mempergiat program-program kerjasama dengan para petani di kawasan projek serta membangunkan kawasan-kawasan baru untuk projek-projek pertanian.

Kawasan baru yang akan dibangunkan adalah berkonsepkan ‘Ladang Merdeka’. Ladang Merdeka ialah ladang yang mengamalkan pengurusan ladang mengikut manual tanaman seperti pembajaan, pengawalan rumpai, perosak, penyakit dan aktiviti cantasan pembentukan. Minimum keluasan setiap ladang adalah 10 hektar.

Ladang Merdeka sedia ada terdapat di Kampung Semilang/ Beradek (Ladang Merdeka I dan Ladang Merdeka II) dengan keluasan 79.35 hektar yang ditanam dengan tanaman limau nipis tanpa biji.

Selain itu, tapak-tapak semaian juga akan diwujudkan untuk memenuhi keperluan bahan tanaman sepanjang tempoh rancangan.

Seiring dengan pembangunan pertanian, penyediaan infrastruktur yang lengkap juga akan dilaksanakan dalam menggalakkan lagi pembangunan pertanian secara in-situ dengan tanaman yang mempunyai pasaran dan nilai proses (industri hiliran).

Bagi tujuan itu, IADP Samarahan akan memberi penekanan kepada pembangunan usahawan tani dan aktiviti pemprosesan berasaskan hasil pertanian.

Bagi memastikan kejayaan dan kesinambungan projek, pembangunan sumber manusia juga akan diperkukuh dengan menerapkan nilai-nilai keusahawanan melalui latihan, kursus dan seminar yang akan diadakan dari semasa ke semasa.

Memandangkan Samarahan terkenal dengan pengeluaran nanas, penanaman nanas secara ‘matriks’ dan ‘singkat masa’ akan diperkenal bagi memastikan pengeluaran yang berterusan dan memenuhi keperluan pasaran semasa.

Penanaman secara ‘matriks’ ialah kaedah menanam mengikut jarak tanaman seperti yang disyorkan di dalam manual tanaman. Aktiviti menanam dilakukan secara berperingkat terutama untuk tanaman nanas dan ‘singkat masa’ seperti tembikai, pisang, jagung, halia, melon, labu manis, keladi cina, keladi Thailand, keledek dan ubi kayu. Tujuannya adalah bagi memastikan hasil yang berterusan dapat dinikmati sepanjang tahun.



Projek IADP Samarahan Dalam RMK9

Nama Projek

Peruntukan (RM)

Keluasan (Ha)/Hasil

Bil. Petani

Pembangunan Tanaman Nanas

6,000,000

850

1,000

Pembangunan Tanaman Limau

2,800,000

500

500

Pembangunan Tanaman Mangga

2,500,000

340 (samb. RMK8)


Pembangunan Dusun Campuran

2,140,000

800

1000

Tanaman Singkat Masa

3,000,000

600

600

Projek Ternakan/Ternakair

850,000

120 kolam

120

Industri Hiliran & Pemprosesan

500,000

Berasaskan
bahan mentah
seperti tepung

50 usahawan

Pembungkusan & Perlabelan

500,000


50 usahawan

Pembangunan Usahawantani

500,000

Industri
berasaskan
hasil pertanian

50 usahawan

Projek Saliran Kampung Mang

500,000

80

40

Projek Kawasan Beliong

5,185,000

50 km jalan ladang

Penduduk
Pulau Ambang

Penyelenggaraan Infrastruktur

7,400,000

348.85 km parit
275.3 km jalan ladang


Pembaikan Jalan Ladang

4,000,000



Jumlah

35,875,000





Sasaran Tahun 2007

Dalam tahun 2007, IADP Samarahan akan memberi penekanan kepada kepada aktiviti pembangunan tanaman nanas, limau nipis tanpa biji (variasi SI), mewujudkan usahawan pembenihan ikan serta memesatkan aktiviti tapak semaian nanas.

Selain itu, pembangunan komoditi pertanian secara komersil melalui pewujudan plot-plot contoh pengurusan ladang dengan konsep Ladang Merdeka juga akan dilaksanakan.

Pada tahun ini, tiga Ladang Merdeka akan diwujudkan untuk tanaman Limau Nipis Tanpa Biji (variasi SI), Nanas dan buah-buahan berkonsepkan dusun campuran.

Kawasan yang telah dikenalpasti ialah Ladang Merdeka III di Kampung Tiang Api dengan keluasan 24.3 hektar yang akan ditanam dengan tanaman limau nipis tanpa biji, Ladang Merdeka IV di Meranek dengan keluasan 80.9 hektar yang akan ditanam dengan tanaman nanas dan Ladang Merdeka V di Kampung Panchor Dayak yang akan ditanam dengan buah-buahan campuran.

Kemunculan Ladang Merdeka itu akan menjadi pemangkin dan tanda aras dalam kejayaan pelaksanaan sistem berkenaan di kawasan IADP Samarahan.

Seiring dengan pembangunan tanaman, industri hiliran juga akan diperkukuh dengan mewujudkan pusat-pusat inkubator (lokasi), penghasilan produk nilai ditambah serta promosi untuk produk-produk berkenaan.

Pusat inkubator adalah untuk aktiviti Industri Asas Tani dan dimulakan di pusat pemprosesan IADP Samarahan. Peserta akan menggunakan kemudahan pusat ini bagi memulakan aktiviti pemprosesan sehingga boleh berdiri sendiri pada masa hadapan.

Pembinaan infrastruktur asas seperti sistem perparitan dan jalinan jalan ladang untuk kawasan Beliong juga akan dilaksanakan yang dijangka mampu menjadi nadi kepada pertumbuhan aktiviti pertanian di kawasan Beliong.

Projek IADP Samarahan Dalam Tahun 2007

Nama Projek

Peruntukan (RM)

Keluasan (Ha)/Hasil

Bil. Petani

Pembangunan Tanaman Nanas

1,000,000

100

50

Pembangunan Tanaman Limau

691,000

100

150

Pembangunan Tanaman Mangga

608,300

222.7

290

Pembangunan Dusun Campuran

661,700

182

150

Tanaman Singkat Masa

400,000

117.9

169

Projek Ternakan/Ternakair

100,000

4 kolam

4 usahawan

Industri Hiliran & Pemprosesan

100,000


20 usahawan

Pembungkusan & Perlabelan

100,000


6 usahawan

Pembangunan Usahawantani

100,000


20 usahawan

Projek Saliran Kampung Mang

3,000,000

200 ekar


Projek Kawasan Beliong

1,000,000

2 km jalan ladang


Penyelenggaraan Infrastruktur

2,000,000

24 TCG*/ 8 lock gate**


Pembaikan Jalan Ladang

500,000

9 km jalan ladang


Jumlah

10,261,000




*
Tidal Control Gate – Bersaiz lebih kecil dan kawal air semasa pasang dan surut serta beroperasi secara automatik.

** Lock gate dikendalikan oleh penjaga pintu air dan berfungsi sebagai tempat keluar masuk perahu-perahu kecil yang diguna oleh penduduk tempatan. Ia juga berfungsi bagi mengawal pasang surut air. Lokasi yang dikenal pasti ialah di Semawang, Sg Sui, Tg Apong, Sangkap, Beradek, Loba Batu Belat dan Sg Pinang.

Info IADP Samarahan

Penubuhan: Tahun 1986
Kawasan: Kira-kira 86,170 hektar
Daerah terlibat: Daerah Kuching, Daerah Kecil Siburan, Daerah Samarahan dan Daerah Serian
Bilangan terlibat: Kira-kira 13,200 keluarga tani atau 66,000 penduduk
Pendekatan: Mengutamakan pendekatan integrasi dalam segala usaha dan aktiviti di antara pelbagai Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia serta agensi-agensi dari kementerian lain. Pendekatan bersepadu ini diperlukan dalam penyediaan kemudahan insfrastruktur pertanian dan khidmat-khidmat sokongan yang berkaitan di kawasan IADP


Objektif IADP

  • Meningkatkan produktiviti dan memaksimumkan pendapatan golongan sasar supaya perbezaan pendapatan dengan sektor-sektor lain dapat dikurangkan
  • Memodenkan sektor pertanian supaya sistem pengeluarannya cekap, menjimatkan tenaga manusia dan mampu bersaing dengan pasaran dalam dan luar negeri
  • Membangunkan golongan sasar supaya menjadi masyarakat yang berdisiplin, berdikari, progresif dan bersemangat keusahawanan

Skop dan Fungsi IADP

  • Meningkatkan insfrastruktur pertanian terutamanya sistem pengairan dan saliran bagi kawasan pertanian tertentu
  • Memperkukuhkan dan mengembangkan khidmat sokongan pertanian dan pengurusan pertanian.
  • Menyelaraskan aktiviti khidmat nasihat dan perkhidmatan pengembangan kepada golongan sasar melalui program pembangunan manusia/latihan
  • Mengukuhkan perkhidmatan Agensi pelaksanaan dalam pembangunan institusi pertanian dan peladang


Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article