- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Perlu Sentiasa Kekal Cergas dan Bersih

Must read

Kempen kesihatan dan kecergasan yang
telah dilaksanakan sebanyak dua kali di peringkat Wisma Bapa Malaysia, pada Januari
(27/1/2007) dan Februari (24/2/2007) lepas nampaknya telah berjaya menarik
perhatian warga kerja “Baitul Makmur” untuk
turut serta memperluaskan aktiviti tersebut ke bangunan kerajaan tersebut.

Satu jawatankuasa yang dikenali
sebagai Jawatankuasa Kecergasan Warga Baitul Makmur telah dibentuk yang diterajui
Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi sebagai menyahut cabaran Setiausaha
Kerajaan Negeri (SUK) yang sebelum ini telah menggalakkan aktiviti kecergasan
diaktifkan semula di peringkat negeri, bahagian,daerah termasuk di beberapa
kompleks atau bangunan milik kerajaan.

Semasa merasmikan Program Warga Sihat
Baitul Makmur 2007 pada 9 Mac 2007 yang lalu, Setiausaha Kerajaan Negeri, YB
Datu Wilson Baya Dandot telah menggalakkan semua pihak termasuk ketua-ketua
jabatan menganjurkan aktiviti dan program kecergasan seperti senamrobik, larian
kesihatan atau pelbagai aktiviti sukan untuk kakitangan mereka.

Beliau memuji langkah yang diambil
jawatankuasa tersebut yang disifatkannya menyokong usaha Kerajaan Negeri untuk
memastikan setiap kakitangan awam sentiasa berada pada tahap kecergasan tinggi yang pastinya dapat menyumbangkan
peningkatan produktiviti kerja.

“Melalui aktiviti ini juga turut membentuk
satu semangat berpasukan, walaupun ada di kalangan kakitangan awam yang
berlainan kementerian dan jabatan kerajaan dalam satu bangunan ”,jelasnya

Katanya selain beberapa aktiviti
berkonsepkan riadah dan kempen kesihatan, program seperti kebersihan dan
keindahan perlu juga diambil perhatian.

Sambil menyarankan, agar kakitangan
di Baitul Makmur berkerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (Dewan Bandaraya
Kuching Utara) untuk mengindahkan landskap kawasan sekitar bangunan disitu.

Bagi merancakkan persaingan yang
sihat dalam usaha mengekalkan aspek kebersihan dan keindahan, beliau turut
mencadangkan agar pertandingan seumpamanya diadakan di antara bangunan-bangunan
kerajaan.

Jelasnya lagi, usaha ini diharap
dapat mewujudkan budaya kebersihan, kesihatan dan kecergasan yang menyeluruh
untuk kebaikan dari sudut fizikal dan mental kakitangan awam.

Program Warga Sihat Baitul Makmur,
aktiviti pertama dilaksanakan tahun ini adalah bermatlamat antara lain memberi peluang kepada warga
kerja untuk mengamalkan aktiviti sihat dan cergas melalui aktiviti senamrobik,
mewujudkan suasana harmoni dan ceria dikalangan kakitangan awam disamping
mengeratkan silaturrahim

Seramai 150 orang kakitangan awam termasuk
Setiausaha Tetap dan Ketua Jabatan di bangunan berkenaan menyertai aktiviti
senamrobik yang diadakan jam 4.30 petang diperkarangan Bangunan Baitul Makmur,
Petra Jaya.

Selain itu program tersebut turut
dihiasi dengan persembahan fitball, senamrobik dan power walk, ceramah
kesihatan, persembahan tarian poco-poco, persembahan sport aerobic oleh Juara
Pertandingan Sport Aerobic Peringkat Kebangsaan dan Wakil Malaysia ke Sukan SEA
Vietnam 2004 dan Lompat Tali Untuk Jantung.

Info

  • 25 peratus rakyat Malaysia mengalami berat badan
    berlebihan dan obesiti
  • 3 juta menderita akibat pengambilan kolestrol yang tinggi
  • 2.1 juta menderita akibat penyakit diabetes
  • 10,000 maut akibat penyakit hypertension (strok dan serangan
    jantung)
  • Hampir setiap hari 110 menderita oleh penyakit strok
    disamping penemuan 40,000 kes kanser
  • Jutaan ringgit dibelanjakan untuk perbelanjaan perubatan

Sila lihat SUK Saran Aktiviti Kebersihan dan Kecergasan


Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article