- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Jabatan Persekutuan Beroperasi Sembilan Jam Sehari

Must read

Tan Sri Ismail Adam, Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam, Malaysia dalam pekeliling perkhidmatan bilangan 2,
tahun 2007, bertarikh 29 Mac 2007 telah memaklumkan pelaksanaan keputusan
Kerajaan mengenai Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) di semua agensi Kerajaan
Persekutuan di seluruh negara berkuat kuasa 1 Jun 2007.

WBB telah dilaksanakan di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur mulai 1 Mei 1998 dan diperluaskan ke Wilayah
Persekutuan Putrajaya pada tahun 1999.

Objektif utama pelaksanaan WBB
adalah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan
dan memanjangkan tempoh masa perkhidmatan kepada orang awam selaras
dengan usaha penambahbaikan berterusan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

WBB ialah satu sistem kerja dengan
tiga Waktu Peringkat (WP) di mana tempoh masa Waktu Pejabat agensi Kerajaan
adalah dibuka mengikut Jadual 1 berikut:

Jadual 1: Tempoh Waktu Pejabat WBB

Negeri
Hari
Tempoh Waktu Pejabat (Sehari)
Perlis, Pulau Pinang,
Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak dan
Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya)
Isnin hingga Khamis
9 Jam

Jumaat
7 jam 30 minit
Kedah, Kelantan dan
Terengganu
Isnin hingga Khamis
9 Jam

Ahad
7 jam 30 minit


Bagi pejabat di negeri Perlis,
Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, dan
Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya) di mana hari Sabtu dan Ahad
merupakan Hari Rehat Mingguan, Waktu Pejabat ialah dari jam 7.30 pagi hingga
jam 5.30 petang.

Walau bagaimanapun, pejabat akan
ditutup untuk Waktu Rehat dari jam 1.00 petang hingga jam 2.00 petang (Isnin
hingga Khamis) dan jam 12.15 tengah hari hingga jam 2.45 petang (Jumaat). Sila
rujuk Jadual 2.

Bagi pejabat di negeri Sabah,
Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak, Waktu Pejabat ialah dari jam 7.30 pagi
hingga jam 5.30 petang. Sila rujuk
Jadual 3 dan Jadual 4.

Walau bagaimanapun, pejabat akan
ditutup untuk Waktu Rehat dari jam 1.00 petang hingga jam 2.00 petang (Isnin
hingga Khamis) dan jam 11.30 pagi hingga jam 2.00 petang (Jumaat) bagi negeri
Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, manakala bagi negeri Sarawak ialah dari
jam 11.45 pagi hingga jam 2.15 petang (Jumaat)

Bagi pejabat di negeri Kedah,
Kelantan dan Terengganu, Waktu Pejabat ialah dari jam 7.30 pagi hingga jam 5.30
petang. Sila rujuk Jadual 5.

Walau bagaimanapun, pejabat
akan ditutup untuk Waktu Rehat dari jam 1.00 petang hingga jam 2.00 petang
(Isnin hingga Khamis) dan dari jam 12.15 tengah hari hingga jam 2.45 petang
(Ahad).

Jadual 2: Waktu
Bekerja Berperingkat di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan,
Melaka, Johor, Pahang, dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya)

Waktu Peringkat (WP)
Hari
Waktu Bekerja
Waktu Rehat
Waktu Bekerja
WP1
Isnin hingga Khamis
7.30 pg – 1. 00 ptg
1.00 ptg – 2.00 ptg
2.00 ptg – 4.30 ptg

Jumaat
7.30 pg – 12.15 tgh
12.15 tgh – 2.45 ptg
2.45 ptg – 4.30 ptg
WP2
Isnin hingga Khamis
8.00 pg – 1.00 ptg
1.00 ptg – 2.00 ptg
2.00 ptg – 5.00 ptg

Jumaat
8.00 pg – 12.15 tgh
12.15 tgh – 2.45 ptg
2.45 ptg – 5.00 ptg
WP3
Isnin hingga Khamis
8.30 pg – 1.00 ptg
1.00 ptg -2.00 ptg
2.00 ptg – 5.30 ptg

Jumaat
8.30 pg – 12.15 tgh
12.15 tgh – 2.45 tgh
2.45 ptg – 5.30 ptg


Jadual 3: Waktu Bekerja
Berperingkat di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan

Waktu Peringkat (WP) Hari Waktu Bekerja Waktu Rehat Waktu Bekerja
WP1
Isnin hingga Khamis 7.30 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 4.30 ptg

Jumaat
7.30 pg – 11.30 pg 11.30 pg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 4.30 ptg
WP2
Isnin hingga Khamis 8.00 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 5.00 ptg

Jumaat
8.00 pg – 11.30 pg 11.30 pg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 5.00 ptg
WP3
Isnin hingga Khamis 8.30 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 5.30 ptg

Jumaat
8.30 pg – 11.30 pg 11.30 pg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 5.30 ptg


Jadual 4: Waktu
Bekerja Berperingkat di Sarawak

Waktu Peringkat (WP) Hari
Waktu Bekerja
Waktu Rehat
Waktu Bekerja
WP 1
Isnin hingga Khamis 7.30 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 4.30 ptg

Jumaat 7.30 pg – 11.45 pg 11.45 pg – 2.15 ptg 2.15 ptg – 4.30 ptg
WP 2
Isnin hingga Khamis 8.00 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 5.00 ptg

Jumaat 8.00 pg – 11.45 pg 11.45 pg – 2.15 ptg 2.15 ptg – 5.00 ptg
WP 3
Isnin hingga Khamis 8.30 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 5.30 ptg

Jumaat 8.30 pg – 11.45 pg 11.45 pg – 2.15 ptg 2.15 ptg – 5.30 ptg


Jadual 5: Waktu
Bekerja Berperingkat di Kedah, Kelantan dan Terengganu

Waktu Peringkat (WP) Hari
Waktu Bekerja
Waktu Rehat
Waktu Bekerja
WP 1
Isnin hingga Khamis 7.30 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 4.30 ptg

Jumaat 7.30 pg – 12.15 tgh 12.15 tgh – 2.45 ptg 2.45 ptg – 4.30 ptg
WP 2
Isnin hingga Khamis 8.00 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 5.00 ptg

Jumaat 8.00 pg – 12.15 tgh 12.15 tgh – 2.45 ptg 2.45 ptg – 5.00 ptg
WP 3
Isnin hingga Khamis 8.30 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 5.30 ptg

Jumaat 8.30 pg – 12.15 tgh 12.15 tgh – 2.45 ptg 2.45 ptg – 5.30 ptg

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article