- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Contohi Cara Sibu Bangunkan Taman Komuniti

Must read


Datu Wilson (pertama dari kanan) mendengar taklimat perkembangan projek Taman Tasik Fasa 3 (tiga)


Pendekatan proaktif dengan bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan masyarakat serta badan korporat telah membuahkan hasil kepada Majlis Perbandaran Sibu (MPS) dalam usaha mewujudkan lebih banyak taman-taman rekreasi.

Kini terdapat banyak, taman komuniti di sekitar Bandar Sibu yang dibina hasil tajaan atau sumbangan komuniti di situ yang terdiri daripada badan-badan korporat serta pertubuhan-pertubuhan masyarakat.

Bukan sahaja ia membantu MPS mewujudkan lebih banyak taman rekreasi, malah ia berupaya menjimatkan kos pengurusan dan pembangunan organisasi terbabit.

Kejayaan MPS, ini mendapat pujian daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datu Wilson Baya Dandot yang baru-baru ini diberi taklimat mengenai perkembangan Taman Tasik dan Taman komuniti, Sibu daripada pegawai Kanan MPS, Hii Chang Kee ketika mengadakan kunjungan singkat ke Taman Tasik Sibu.

Beliau dalam rangka lawatan dua (2) hari (14 hingga 15 Mac 2007) ke Bahagian Sibu sempat juga meninjau dua (2) buah taman lain yang dibangunkan oleh MPS bersama komuniti iaitu Kutien Memorial Park, di Jalan Bukit Lima, Upper Lanang dan Chiang Chuan Garden, Tebingan Rejang, di Bandar Sibu.

Sambil melahirkan rasa puas hati beliau terhadap usaha MPS itu beliau turut berharap langkah ini perlu dicontohi oleh Bahagian lain.

Katanya dalam merancang pembangunan, aspek kualiti hidup juga perlu diambil perhatian selain pembangunan fizikal dengan menyediakan lebih banyak kawasan riadah atau rekreasi.

Apa yang pasti, menurutnya, usaha ini bukan sahaja dapat memberi keselesaan kepada penduduknya serta mengalakkan gaya hidup sihat malah sekiranya dipakejkan dengan baik ia berpotensi menjadi daya tarikan unik bagi Bahagian Sibu.

Taman Tasik Sibu dibina di atas tapak seluas 130 ekar, adalah di bawah pengurusan MPS dengan kerjasama Jabatan Landskap Negara dibawah Skim Taman Awam. Ia terletak berhampiran kawasan kediaman Taman Permai atau Taman Soon Hup.

Di Sibu sahaja, terdapat 20 buah taman rekreasi dan 13 daripadanya dilaksanakan serta ditaja bersama pertubuhan-pertubuhan komuniti.

Antara taman komuniti tersebut ialah Kutien Memorial Park, Wong Nai Siong Square, Hii’s Garden, Hing Hua Memorial Park, Hui Ning Memorial Park, Friendship Memorial Park, Su Kouk Garden, Chiang Chuan Garden, Ling Clan Swan Garden, Sungai Merah Herritage Walk.

Rentetan membawa kepada usaha pembangunan Taman Komuniti

  • MPS berasakan amat penting bagi organisasi tersebut berganding bahu dengan semua pihak yang terbabit dari peringkat pembuat dasar sehinggalah akar umbi sebagai sebuah kumpulan yang bersatu atau dalam istilah lain sebagai "rakan kongsi"

  • Idea untuk pelaksanaan itu muncul setelah masyarakat Cina Foochow menyambut ulang tahun keseratus kehadiran nenek moyang mereka di Sibu pada tahun 2001.

  • Ketika itu MPS mengutarakan cadangan supaya sebidang tanah kosong berhampiran Sungai Merah dibangunkan. Tapak itu merupakan tempat di mana nenek moyang masyarakat Cina Foochow mula-mula mendarat di Sibu kira-kira seabad yang lalu.

  • Cadangan itu mendapat sambutan positif Persatuan Cina Foochow sehingga membawa kepada pembinaan Wong Nai Siong Memorial Garden

  • Kejayaan usahasama itu telah membawa kepada pembinaan lebih banyak taman di sekitar Bandar Sibu. Ketika ini terdapat 13 buah taman yang dibina hasil sumbangan atau kerjasama daripada komuniti di Sibu. Ia telah membantu MPS menjimatkan sejumlah kira-kira RM6.44 juta.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article