- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Pemantauan Berkesan Pastikan Projek

Must read

Pertemuan lebih kerap …
Datu Wilson bersalaman dengan
mereka yang terlibat secara langsung di tapak projek


Maklum balas awal diperlukan …
Vincent Tang menjelaskan terperinci projek berkenaan


Aspek pemantauan berkesan dapat menjamin setiap projek pembangunan berjalan lancar tanpa menghadapi sebarang masalah, kata Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datu Wilson Baya Dandot.

Jelasnya, pihak yang terbabit dalam melaksanakan projek harus kerap turun padang bagi memastikan projek berkenaan berjalan mengikut jadual.

Demikian menurut beliau setelah mendengar taklimat perkembangan projek Jalan Bawang Assan/Serdeng/Tanjung Manis di Sibu.

Katanya lagi, kerjasama kedua belah pihak (di peringkat JKR Sarikei dan JKR Sibu) berserta kontraktor perlu dipertingkatkan bagi memastikan projek dilaksanakan dengan lancar dan menepati spesifikasi dan kualiti yang telah ditetapkan.

Perbincangan juga perlu diadakan dengan lebih kerap untuk mengenalpasti masalah yang berlaku serta langkah untuk menyelesaikannya.

Hanya dengan pemantauan berkesan dan menyeluruh dapat memberi gambaran sebenar mengenai perkembangan sesebuah projek.

Ini menurut beliau lagi, adalah penting terutama projek yang memberi manfaat besar kepada rakyat seperti pembinaan jalan persisir Sibu/ Bawang Assan/Serdeng/Tanjung Manis sepanjang 88 km yang bernilai RM420 juta itu.

Projek tersebut juga adalah sebahagian projek penting dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMK9) yang apabila siap nanti bakal memanfaatkan serta merancakkan pembangunan Wilayah Tengah Sarawak.

Lawatan ke tapak projek, menurut Datu Wilson adalah usaha untuk mendapatkan laporan sebenar serta gambaran jelas mengenai perkembangan projek tersebut.

Terdahulu, Vincent Tang, Jurutera Jabatan Kerja Raya Bahagian Sibu telah menyampai taklimat Projek Jalan Sibu/Bawang Assan/Serdeng/Tanjung Manis.

Beliau berkata jambatan yang bakal dibina (merentasi Sungai Lebaan) dengan jarak 1,240 meter, adalah antara komponen penting projek tersebut yang termasuk dalam pakej pertama.

Pakej pertama bernilai RM222 juta dilaksanakan oleh sebuah syarikat tempatan, Trans Resources Corporation Sdn Bhd .Ia turut merangkumi pembinaan jalan raya sepanjang 37.5 km dari tapak projek ke Sungai Satubah Satu serta dua (2) buah jambatan sepanjang 260 meter, masing-masing di Sungai Legan dan Sungai Loba Satubah.

Manakala pakej kedua pula, dipertanggungjawab kepada Inai Kiara Sdn Bhd dengan nilai kontrak RM152.2 juta bagi menyambung pembinaan jalan raya dari Sungai Loba Satubah ke Serdeng. Turut termasuk dalam pakej tersebut, pembinaan dua jambatan iaitu Jambatan Seredeng (755 meter) dan Jambatan Loba Stabar (280 meter).

Manakala pembinaan dua (2) jambatan iaitu Jambatan Belawai (480 meter) dan Jambatan Sungai Loba Pulau (400 meter) dilaksanakan oleh Syarikat Pekerjaan Konkrit Sdn Bhd dengan nilai kontrak RM67 juta.

Projek yang bakal memberikan kesan positif ekonomi ke atas dua (2) kawasan Tanjung Manis menganjurkan ke Bahagian Sibu ini akan memulakan projeknya pada bulan depan (April 2007) dan dijangka siap pada Oktober 2009.


Info Menarik

  • Jambatan yang bakal dibina (merentasi Sungai Lebaan) dengan jarak 1,240 meter, akan menjadi jambatan terpanjang di negeri Sarawak apabila siap kelak.
  • Jalan Bawang Assan/Serdeng/Tanjung Manis ini akan meningkatkan pembangunan kawasan Tanjung Manis, (sebelah Mukah) sehingga ke kawasan Sibu yang berpotensi besar dalam sektor perindustrian dan sektor perkapalan,
  • Ia turut membolehkan pembukaan kawasan di pedalaman untuk pertanian komersial, akuakultur dan industri pembuatan di samping mewujudkan banyak peluang kerja dan perniagaan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article