- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Penyampaian Perkhidmatan di Luar Bandar

Must read

Peralihan kepada penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) begitu ketara sejak kebelakangan
ini. Kebanyakan urusan telah dilaksanakan secara dalam talian (online), ini termasuklah pemohonan
kerja, pendaftaran masuk, semakan ke PLKN, kemasukan ke IPT dan sebagainya.

Keadaan ini juga turut menuntut kepada penyediaan prasarana ataupun
infostruktur bagi membolehkan pengguna mendapat akses kepada internet untuk
mendapatkan perkhidmatan tersebut.

Ia begitu dirasai di kebanyakan kawasan luar bandar yang
mungkin berhadapan dengan kesukaran untuk mendapatkan akses internet.

ERC (Elektronic
Resources Centre)

atau Pusat Elektronik Setempat, antara usaha kerajaan negeri untuk merapatkan jurang ICT di kawasan luar bandar telah berjaya
memberikan perkhidmatan terutamanya kepada komuniti di kawasan luar bandar.

Perkara ini turut diakui Azri Brahim, yang bertugas sebagai
Penyelia ERC Mukah yang menyatakan
bahawa setelah hampir empat (4) tahun beroperasi, ERC Mukah sentiasa mendapat sambutan yang begitu mengalakkan malah
ada di kalangan penggunanya yang datang dari Selangau dan Balingian.

Sebagai sebuah pusat sehenti untuk mendapatkan perkhidmatan
secara elektronik, ERC Mukah
menurutnya dapat mempopularkan penggunaan ICT
di kalangan komuniti luar bandar.

Yang paling penting, kewujudan ERC Mukah telah menyediakan satu sokongan perkhidmatan yang
disediakan oleh Pejabat Daerah Mukah.

Menurut Azri Brahim, ERC
Mukah disifatkan banyak membantu mereka yang tidak mempunyai akses internet di
rumah ataupun memerlukan tunjuk ajar ketika melakukan proses menggunakan
perkhidmatan tersebut.

Ini kerana menurutnya, beberapa jenis borang yang boleh
dimuat turun memerlukan mereka mengakses internet terlebih dahulu.

Kebiasaannya, pihaknya akan membantu pelanggan yang datang
yang ingin mendapatkan kemudahan atau perkhidmatan online yang ditawarkan.

Mengenai perkhidmatan yang disediakan, pengguna boleh mendapat akses untuk membuat semakan
ke IPTA, EduNet, semakan SPR, semakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN),
e-recruitment dan SPA 8.

ERC Mukah turut memperluaskan
penggunaannya kepada perkhidmatan lain seperti Imbasan (Scanning), memuat turun fail dan borang online, di samping bagi tujuan menaip kertas kerja dan sebagainya.

Berdasarkan rekod sehingga penghujung tahun lepas (2006)
yang diperolehi dari ERC Mukah, tiga
(3) Kategori pengguna utama ERC
Mukah, iaitu terdiri golongan pelajar sekolah, orang perseorangan dan penjawat
awam dan swasta.

Melayari internet masih lagi menyumbang peratusan tertinggi
penggunaan sekitar 80 peratus manakala selebihnya bagi tujuan imbasan dan
percetakan.

Menurut Azri lagi, selain perkhidmatan yang sedia ada
ditawarkan, pihaknya juga bersedia memberi tunjuk ajar dan latihan kemahiran
menggunakan komputer serta kemahiran membangun laman web.

Memperluaskan lagi keberkesanannya, ERC Mukah turut mengadakan beberapa kursus berkaitan ICT.

Setakat ini, pihaknya telah menganjurkan kursus pembangunan laman web
selama tiga (3) hari melibatkan 20 orang perseorangan yang diadakan di Pejabat Pelajaran Gabungan Mukah pada tahun
lepas.

Tambah Azri lagi, khidmat mereka turut diperlukan untuk
membantu membangunkan laman web untuk
SMK Three River dan GDW Kampung Pulat, Balingian.

Terletak di Tingkat bawah, Pejabat Daerah Mukah, Bangunan
Menara Pehin Setiaraja, Mukah, ERC
Mukah dilengkapi dua (2) buah komputer yang dapat akses kepada SarawakNet,
mesin pencetak dan mesin pengimbas.

Ia dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang, di sambung pada 2.00
hingga 5.00 petang (Isnin hingga Khamis) manakala pada hari Jumaat dibuka dari
jam 8.00 pagi hingga 11.45 tengah hari
dan sebelah petangnya dari 2.15 hingga 5.00 petang.

Bagi mendekatkan ERC
Mukah dengan komunitinya, sebuah portal laman web ERC turut dibangunkan.

Selain ERC Mukah,
dalam Bahagian Mukah terdapat (2) buah lain ERC
yang beroperasi iaitu di Pejabat Daerah Matu dan Pejabat Daerah Kecil Belawai.

Info Tambahan

Objektif ERC

  • Menjadi pusat perkhidmatan setempat bagi perkhidmatan
    kerajaan negeri menerusi talian elektronik.
  • Menjadi penghubung antara kerajaan Negeri dan orang ramai
    menerusi pengendalian, penyebaran dan perolehan maklumat kerajaan.
  • Menggalakkan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
    oleh masyarakat setempat dalam berurusan dengan Kerajaan Negeri.
  • Membentuk masyarakat yang lebih maju bagi masyarakat
    setempat yang berteraskan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Bilangan ERC

Setakat ini, terdapat 11 buah ERC
yang terdapat di Pejabat Daerah di negeri Sarawak.

Tinjauan RAKAN Sarawak baru-baru ini…

ERC MUKAH

Keadaan di Pusat Elektronik Setempat (ERC Mukah). Sebelah kanan gambar (Encik Azri Brahim, Penyelia ERC Mukah) sedang memeriksa kemudahan yang disediakan.

ERC PUSA

Cik Hajijah Binti Dahlan, (gambar sebelah kiri) bertanggungjawab menyelia ERC Pusa.


Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article