- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

EMISDATA

Must read

Oleh : George
Langat Ngau
, SK Desa Lavang, Bintulu

Seiring dengan
era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT),
Kementerian Pelajaran Malaysia juga tidak ketinggalan untuk menyahut cabaran
ini dan sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memartabatkan sistem pendidikan,
sistem emisdata yang telah diperkenalkan yang bertujuan untuk melancarkan lagi
pengurusan dan pentadbiran sekolah agar lebih efisien dan berkualiti.

Data merupakan
sesuatu yang amat penting kerana tanpa data dan maklumat, pengurusan serta
pentadbiran organisasi sesuatu jabatan atau syarikat tidak dapat diuruskan
dengan baik. Begitu juga di sekolah, data dan maklumat memainkan peranan
penting untuk memudahkan pengurusan dan pentadbiran sesebuah sekolah itu.

Sistem maklumat
sekolah (emisdata) merupakan sistem yang menggunakan aplikasi Microsoft Office
Acces untuk menyimpan dan mengurus data-data sekolah seperti maklumat atau
profil sekolah, maklumat pelajar, maklumat guru dan bukan guru, sistem
salahlaku disiplin pelajar, sistem fizikal sekolah, sistem maklumat asrama dan
juga maklumat penglibatan pelajar dalam gerakerja kokurikulum di sekolah.

Selaku seorang
guru data yang telah berkecimpung dalam emisdata sekolah sejak tahun 2004
sehingga kini dapat merasakan kepentingan dan peranan data-data ini.
Maklumat-maklumat yang telah dikemaskinikan amat berguna kerana ia dapat
melicinkan pengurusan dan pentadbiran sekolah seperti sistem maklumat pelajar dan
profil sekolah.

Tugas sebagai
guru data amat berat kerana beliau yang bertanggungjawab untuk menyimpan,
mengemaskini dan menguruskan data-data ini sesuai dengan kehendak sekolah,
Jabatan Pelajaran dan seterusnya Jabatan Pelajaran Negeri serta Kementerian
Pelajaran Malaysia agar data yang berkaitan atau yang diperlukan adalah sahih
dan tepat.

Ini kerana
melalui data-data atau maklumat dari emisdata ini, urusan-urusan seperti
pemberian Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) dapat dinilai dan diuruskan
dengan sempurna.

Justeru,
kesahihan dan ketepatan data itu menuntut kejujuran dan keadilan guru data itu
untuk melengkapkan data-data sekolah yang diperolehi dan diurusnya.

Berdasarkan
pengalaman saya dan seperti apa yang kami guru data sedia maklum, setiap kali
emisdata hendak dikemaskini atau disahkan, maklumat-maklumat terkini berkenaan
dengan data sekolah atau pelajar-pelajar akan kami perolehi dari Guru Besar dan
dibantu oleh Penolong Kanan sekolah selaku pentadbir di sekolah.

Manakala maklumat
dan data terkini berkenaan pelajar-pelajar pula akan kami perolehi dari guru
kelas mereka. Selepas semua maklumat diperolehi dan telah disemak dan disahkan
betul oleh Guru Besar dan Penolong Kanan sekolah, barulah data dan maklumat
tersebut akan dimasukkan ke dalam emisdata.

Peringkat
seterusnya ialah data tersebut akan disahkan dan digabungkan di peringkat
Bahagian. Data dan maklumat yang telah
digabungkan di peringkat Bahagian akan dibawa ke peringkat peringkat
kementerian Pelajaran Malaysia.

Melalui maklumat
dari emisdata, urusan-urusan seperti kenaikan pangkat, pencen, perpindahan
pelajar atau guru dan urusan-urusan lain yang berkaitan dengan pengurusan
sekolah akan dapat diuruskan dengan cepat dan lancar. Maklumat tentang
keciciran pelajar juga dapat diperolehi melalui emisdata ini.

Syabas untuk
Kementerian Pelajaran Malaysia amnya dan tahniah untuk guru-guru data khasnya
kerana telah menjalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan baik.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article