- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

RM35.899 Bilion Dibelanja Tahun Pertama RMK9

Must read

Sejumlah
RM35.899 bilion sudah dibelanjakan bagi melaksanakan pelbagai projek
pembangunan pada tahun pertama perlaksanaan Rancagnan malaysia Kesembilan
(RMK), tahun lalu.

Perbelanjaan
ini mewaili 90.2 peratus daripada peruntukan RM39.792 bilion yang diluluskan
pada tahun berkenaan.

Majlis
Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dalam kenyataannya yang dikeluarkan pada
Februari 2007 yang lalu, berkata sepanjang tahun lalu (2006) sejumlah 11, 347
projek termasuk projek sambungan Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) disiapkan
yang mana sebahagian besar adalah untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur
asas di luar bandar.

Ini
termasuk 4, 272 projek jalan kampung, 26 projek jalan luar bandar dan 629 rumah
mengikut program pemulihan rumah, manakala projek meningkatkan kemudahan
kesihatan membabitkan pembinaan 18 hospital dengan kapasiti 4, 304 katil dan 97
klinik kesihatan.

Dalam
bidang pendidikan pula, ia membabitkan 1, 256 projek pembinaan prasekolah, 884
sekolah rendah, menengah dan asrama penuh, di samping 266 rumah guru bandar dan
412 rumah guru luar bandar.

Kenyataan
MTEN itu berkata, bagi memastikan semua projek yang dirancang dilaksanakan
mengikut jadual, kerajaan mengambil langkah memantapkan mekanisma pemantauan
berdasarkan setiap aktiviti yang terbabit dalam pelaksanaan projek.

Kerajaan
memperuntukkan kira-kira RM200 bilion bagi melaksanakan kira-kira 49,125 projek
pembangunan sepanjang RMK-9 mulai tahun lalu sehingga 2010.

Di
samping itu, peruntukan RM20 bilion turut diluluskan bagi pelaksanaan projek
Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).

Bagi
2006, kerajaan memperuntukkan kira-kira RM33, 502 bilion dengan peruntukan
tambahan berjumlah kira-kira RM6.29 bilion menjadikan peruntukan keseluruhan
tahun lalu berjumlah kira-kira RM39, 792 bilion.

Sumber
: Berita Harian, 15 Februari 2007

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article