atau permotoran.
Gambar diatas ini adalah aktiviti kerja amal Mukah Motor Club (MMC) Skutevo bersama penduduk di Matu baru-baru ini.
Rombongan MMC/Skutevo ini bergerak dari Pejabat Daerah Matu pada jam 9.00 pagi dan kemudian terus bergerak ke Tapak Kerja Amal (Tanah Perkuburan Kampung Sekaan). YB En. Abu Seman Bin Jahwie juga turut menyertai rombongan ini bersama penduduk kampung melaksanakan kegiatan gotong-royong yang turut berkesempatan menanam pokok.Setelah bergotong royong, rombongan ini berkonvoi ke rumah YB En. Abu Seman Bin Jahwie di Kampung Bawang, Matu.
Rombongan ini turut mengadakan AutoShow di padang Majlis Daerah Matu/Daro dengan membuka keahlian kepada belia yang berminat. Pada sebelah petang diadakana aktiviti senamrobik, persembahan tarian ponco-ponco di samping Perlawanan bola sepak persahabatan Saberkas Matu & Pemuda PBB Matu.
Sebaik sahaja selesai, rombongan berkenaan berkonvoi ke Rumah Panjang Kampung Sok Matu untuk mengadakan Kerja amal membersih kubur bersejarah di Rumah Panjang Kpg Sok.
Pada sebelah malamnya, acara diteruskan dengan persembahan kebudayaan “Tarian Melanau” dari Kumpulan Anak Seni Matu, pertandingan Karaoke-Gendang Melayu (berbalas pantun dan bertandak) yang dirasmikan YB En. Abu Seman Bin Jahwie. Pada keesokan harinya, rombongan bertolak ke Mukah.
Tulisan oleh Azri bin Brahim, salah seorang ahli Kelab Pembaca RAKAN Sarawak.