- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Perlu Banyak Penerangan Tentang Usaha Kerajaan

Must read

Setiap penyokong kerajaan yang terdiri daripada wakil rakyat
perlu memberi lebih banyak penerangan tentang segala usaha yang dilaksanakan
oleh kerajaan kepada ahli masyarakat di kawasan masing-masing.

Sungguhpun kerajaan sentiasa berusaha membawa pelbagai
bentuk pembangunan, ia masih belum mencukupi tanpa disertai dengan penerangan
secukupnya mengenai usaha kerajaan itu.

Penerangan itu amat perlu bagi membantu ahli masyarakat
supaya lebih memahami setiap perancangan yang dibuat kerajaan adalah untuk
kebaikan seluruh ahli masyarakat.

Ketua Menteri YAB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerangkan
demikian ketika berucap pada Seminar Parlimen Untuk Kelab Penyokong Kerajaan
2007 di Kuching pada Mei lalu.

Ketua Menteri juga mengingatkan wakil rakyat agar tidak
mengambil mudah persepsi masyarakat terhadap usaha dan perancangan rapi
pembangunan yang dilaksanakan kerajaan selama ini.

Ini kerana ketidakfahaman serta salah faham masyarakat
terhadap usaha yang dibawa kerajaan boleh menyebabkan mereka kurang
berkeyakinan terhadap keupayaan dan keikhlasan kerajaan.

Jelasnya, keadaan itu juga boleh mengundang kritikan dan di
sini setiap wakil rakyat perlu bijak memainkan peranan memberi penjelasan
kepada masyarakat yang datang daripada pelbagai latar belakang pendidikan.

Mereka juga perlu lebih berkeyakinan untuk mencapai segala
yang dirancangkan kerajaan terutamanya ketika negeri giat membangunkan industri
ekstensif tenaga, pelabuhan dan projek perumahan.

Wakil rakyat juga perlu menjelaskan kepada masyarakat bahawa
kepimpinan, integriti dan pembangunan merupakan tiga elemen yang tidak dapat
diasingkan.

Katanya, setiap pemimpin negeri perlu dapat memberi
penjelasan tentang keputusan tepat telah dibuat oleh kerajaan. Jika terdapat kesilapan
sekalipun, tindakan perlu dibuat untuk membetulkannya termasuk melalui
penerangan yang secukupnya.

Justeru, menurutnya amat penting untuk pemimpin negeri
berterusan mengamalkan kepimpinan yang baik serta berintegriti supaya
masyarakat dapat memahami matlamat dan polisi kerajaan.

Seminar selama dua hari itu bertemakan ‘Peranan Pemimpin
Politik: Integriti dan Pembangunan’. Ia telah telah dihadiri oleh Ahli-ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.



Info

  • Seminar Dewan Undangan Negeri (DUN)
    kali pertama diadakan pada 1997
  • Ketika ini Sarawak mempunyai 71 ADUN
    yang mewakili 71 kawasan DUN berikutan persempadanan semula kawasan pilihan
    raya pada tahun 2006. Ia menyaksikan pertambahan sembilan kawasan baru iaitu
    Opar, Bukit Sentosa, Lingga, Balai Ringin, Bukit Saban, Daro, Bekenu, Pujut dan
    Batu Danau
  • DUN Sarawak adalah dewan perundangan
    tertua di Malaysia yang ditubuhkan pada 8 September 1867 dan telah menempuh
    tiga zaman pentadbiran iaitu pemerintahan keluarga Brooke, zaman koloni
    (penjajahan British) dan zaman kemerdekaan menerusi penubuhan Malaysia

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article