- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Jenayah Indeks

Must read

‘Jenayah Indeks’ – satu istilah yang mungkin baru dan belum biasa digunakan oleh ramai dari kalangan kita. Namun, bagi mereka yang biasa membaca laporan harian akhbar, mereka tentu menyedari bahawa istilah itu digunakan hampir setiap hari.


Menurut definisi oleh Interpol (International Police), ‘Jenayah Indeks’ merupakan jenayah yang kerap kali dilaporkan dan memberi kesan yang mencukupi sebagai petunjuk kepada situasi jenayah di sesuatu kawasan.


Petunjuk itu diperlukan dan akan diambil kira oleh kerajaan untuk membuat perancangan serta persediaan pembangunan mahupun program pembangunan untuk kesejahteraan masyarakat di sesebuah kawasan ataupun keseluruhannya.


Jenis Jenayah Indeks

Jenayah Indeks terbahagi kepada dua kategori iaitu ‘Jenayah Kekerasan’ dan ‘Jenayah Harta Benda’.

Jenayah Kekerasan adalah seperti bunuh, rogol, cabul kehormatan, samun berkawan bersenjata api, samun berkawan tanpa senjata api, samun bersenjata api, samun tanpa senjata api, pemerasan, merusuh, ugutan jenayah, dan dengan sengaja mendatangkan kecederaan (Seksyen 324, 325 dan 326 Kanun Keseksaan).

Sementara itu, Jenayah Harta Benda pula adalah seperti curi, curi van/ lori/ jentera berat, curi motokar, curi motosikal, curi ragut, pecah rumah dan curi siang hari, dan pecah rumah dan curi malam hari.

Kaedah Pengiraan

Umumnya, Jenayah Indeks dikira berdasarkan laporan kes Jenayah Kekerasan dan Jenayah Harta Benda yang diterima oleh pihak polis setiap hari.

Sehubungan itu, kaedah pengiraan itu hanya berdasarkan laporan yang diterima oleh pihak polis dan tidak mengambil kira jenayah yang tidak dilaporkan oleh orang ramai.

Keadaan itu menyebabkan segelintir pihak terutamanya ahli akademik beranggapan bahawa kaedah pengiraan itu tidak berupaya mengukur keadaan jenayah sebenarnya kerana masih terdapat kes jenayah yang tidak dilaporkan.

Sungguhpun begitu, cara pengiraan itu telah diamalkan oleh majoriti negara lain termasuk Interpol.
Ini kerana jika tidak ada laporan dibuat oleh orang ramai,sudah tentu tidak akan ada cara lain untuk pihak berkuasa membuat pengiraan.

Sebab itu, kerajaan sentiasa menggesa supaya semua mangsa jenayah agar melaporkannya sebarang jenayah yang telah berlaku kepada pihak polis.

Usaha membanteras jenayah juga bukan tanggungjawab polis semata-mata kerana turut memerlukan kerjasama masyarakat. Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud juga menegaskan demikian ketika berucap merasmikan Seminar Jenayah Terancang di Kuching pada Mei tahun ini.

Berikut merupakan Jenayah Indeks mengikut daerah di Sarawak bagi lima bulan pertama tahun ini dan tahun lalu.

Jenayah Indeks Mengikut Daerah di Sarawak

Januari

– Mei

2006

Januari

– Mei

2007

Daerah

Kes Lapor

Kes Selesai

% Selesai

Kes Lapor

Kes Selesai

% Selesai

(+/-) Kes

(+/-) %

Kuching

2,114

915

43.28

2,039

925

45.37

-75

-3.55

Bau

32

20

62.50

48

23

47.92

16

50.00

Lundu

44

21

47.73

23

3

13.04

-21

-47.73

Sri Aman

33

12

36.36

87

30

34.48

54

163.64

Saratok

28

16

57.14

24

12

50.00

-4

-14.29

Betong

14

10

71.43

24

19

79.17

10

71.43

Lubok Antu

18

6

33.33

24

10

41.67

6

33.33

Sibu

835

410

49.10

1,014

446

43.98

179

21.44

Dalat

5

1

20.00

10

3

30.00

5

100.00

Mukah

89

47

52.81

67

27

40.30

-22

-24.72

Kanowit

13

10

76.92

15

6

40.00

2

15.38

Miri

619

272

43.94

801

361

45.07

182

29.40

Baram

36

21

58.33

45

18

40.00

9

25.00

Limbang

28

19

67.86

35

18

51.43

7

25.00

Lawas

11

9

81.82

20

11

55.00

9

81.82

Sarikei

113

56

49.56

179

72

40.22

66

58.41

Meradong

26

19

73.08

54

25

46.30

28

107.69

Matu/Daro

15

7

46.67

15

8

53.33

0

0.00

Julau

2

2

100.00

7

5

71.43

5

250.00

Kapit

16

10

62.50

21

15

71.43

5

31.25

Belaga

25

11

44.00

34

14

41.18

9

36.00

Song

10

6

60.00

12

8

66.67

2

20.00

Samarahan

142

63

44.37

135

55

40.74

-7

-4.93

Serian

88

50

56.82

84

36

42.86

-4

-4.55

Simunjan

12

5

41.67

20

14

70.00

8

66.67

Bintulu

360

215

59.72

485

236

48.66

125

34.72

Tatau

18

13

72.22

18

8

44.44

0

0.00

Jumlah

4,746

2,246

47.32

5,340

2,408

45.09

594

12.52

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sarawak

Situasi di Sarawak

Berdasarkan jadual di atas, umumnya Jenayah Indeks Sarawak menunjukkan kadar kejadian jenayah masih berada dalam situasi yang terkawal.

Jumlah Jenayah Indeks yang dilaporkan dari Januari sehingga Mei 2007 adalah 5,350 kes berbanding tempoh yang sama bagi tahun 2006 iaitu 4,747 kes. Angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 604 kes atau 12.73 peratus.


Sementara itu, bagi penyelesaian kes sepanjang Januari sehingga Mei 2007, pihak Polis Kontinjen Sarawak telah mencatat 2,408 penyelesaian kes atau 45.01 peratus berbanding 2,246 penyelesaian kes atau 47.32 peratus bagi tempoh yang sama pada tahun 2006.


Sungguhpun berlaku peningkatan bilangan laporan, pihak polis meletakkan Sarawak masih berada pada tahap yang terkawal. Ini kerana peningkatan laporan itu juga boleh menggambarkan bahawa masyarakat pada hari ini semakin menyedari tanggungjawab mereka dalam membuat laporan kepada pihak polis tentang sebarang kegiatan jenayah yang berlaku di sekeliling mereka.


Info

  • 25 balai polis dan lapan ibu pejabat polis di Sarawak akan dinaiktaraf dengan kos RM1 bilion. Antaranya ialah Kem Batalion Ke-12 Pasukan Gerak Am di Kuching, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di Kuching, Balai Polis Layar, Betong, Sibu Jaya, Sibu, Selangau Tengah, Sungai Merah, Tanjong Manis, Balingian dan Kabong. Ibu Pejabat Polis Lubok Antu yang berharga RM58 juta sedang dalam pelaksanaan.

Mengapa Jenayah Indeks Meningkat?

  • kes jenayah banyak melibatkan kumpulan di antara 14 hingga 25 tahun yang juga merupakan golongan teramai di negara ini
  • wujud jurang sosioekonomi di kalangan masyarakat
  • teknologi dan pemodenan mewujudkan banyak benda baru yang mudah dicuri atau dirompak seperti telefon bimbit
  • cara mudah untuk melarikan diri dari desakan serta keperluan hidup yang semakin rumit
  • perlakuan jenayah dipelajari melalui interaksi dan pembelajaran melalui pelbagai medium media massa
  • mangsa jenayah hari ini semakin sedar hak mereka untuk membuat laporan polis berbanding masa dahulu

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article