- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Kemudahan Lebih baik Untuk Keselesaan Penduduk

Must read


 

Kerajaan terus melaksanakan tanggungjawabnya menyediakan kemudahan kepada penduduk tanpa mengira kira kedudukan di sesebuah kawasan. Daerah Sematan turut tidak terkecuali menikmati pembangunan tersebut.


Ini termasuklah penyediaan prasarana terbaik untuk keselesaan penduduk di kawasan luar bandar seperti menaiktaraf beberapa kemudahan yang seterusnya menyokong pembangunan di kawasan terbabit.


Antara projek menaiktaraf yang sedang rancak dilaksanakan ialah projek penggantian jambatan sementara kepada jambatan konkrit yang melibatkan lima (5) buah jambatan di sepanjang jalan menuju ke Biawak, Sematan yang menelan belanja kira-kira RM11 juta sejak Disember 2006 yang lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2007.


Setakat ini Mei 2007,tiga (3) buah jambatan telah pun siap sepenuhnya pada iaitu Jambatan Sungai  Pasir Ulu dengan panjang,  43.6 meter dan  lebar- 7.7 meter manakala Jambatan Sungai Bedaun- Panjang dan Jambatan Sungai Patain yang masing-masingnya panjang (19.4 meter) dan Lebar( 7.7 meter), yang mana ketiga-tiganya telah Berjaya disiapkan pada September 2006 yang lalu.


Hanya dua (2) buah jambatan lagi sedang dalam pembinaan yang hampir siap melibatkan Jambatan Sungai  Sedaing- Panjang- 39.6meter, Lebar- 7.7meter  (97.08 peratus  siap) dan Jambatan Sungai  Jangkar- Panjang- 39.5m, Lebar- 7.7m (75.8 peratus siap).


Dengan penggantian jambatan konkrit ini nanti dijangka akan lebih tahan serta mengurangkan kesesakan jalan di samping memudahkan pergerakan lalulintas dan kemudahan masyarakat.


Antara projek pembangunan lain di sepanjang Jalan Biawak adalah projek menaiktaraf Jalan Biawak sejauh 18 km di mana jalan ini akan menghubungkan jalan Kompleks CIQ.

 

Projek tersebut turut mendapat perhatian apabila Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datu Wilson Baya Dandot bersama rombongan sempat meninjau projek tersebut setelah  mengadakan Mesyuarat PBT Bil.1/2007 di Sematan dan lawatan kerjanya di daerah Lundu baru-baru.
      


Info




  • Selain menyediakan kemudahan pergerakan lalulintas yang lancar, projek ini turut memberi manfaatkan kepada 17 buah kampung, lima (5) buah sekolah dan estet getah dan ladang kelapa sawit di sepanjang Jalan Biawak, Sematan.

Info Bekalan Air




  • Sematan turut menikmati bekalan air yang mencukupi dengan siapnya Loji Rawatan Air yang mempunyai kapasiti 2 MLD pada Oktober 2006 yang lalu. Sebelum ini, kapasiti loji rawatan air yang lama hanya 1.09 MLD yang dibina dalam tahun 1975) yang memberi manfaat kepada  2,400 bilangan pengguna (400 sambungan meter).



  • Manakala di bawah projek membina dan menyiapkan Bekalan Air Luar Bandar secara konsep bersepadu di bawah Kementerian Luar Bandar Bandar dan Wilayah (KKLW) bagi 2006, kerja-kerja melibatkan penyambungan paip HDPE untuk Kawasan Sebat Melayu/Sebat Dayak sejauh 2,528 meter telah dilaksanakan.

 

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article