- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Perubahan Skim Perkhidmatan

Must read


Tan Sri Ismail Adam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia dalam pekeliling perkhidmatan bilangan 9 tahun 2007 bertarikh 26 Jun 2007 telah memaklumkan perubahan skim perkhidmatan operator mesin prosesan data Gred F11, F14 yang telah dilaksanakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 39 Tahun 2005 diubah dengan memperuntuk perbekalan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) ke skim perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) dengan tujuan untuk memperluas peluang kemajuan kerjaya perkhidmatan operator mesin prosesan data.

Skim perkhidmatan operator mesin prosesan data yang baru memperuntukkan perbekalan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) ke perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) selain daripada perkhidmatan Juruteknik Komputer.

Sehubungan ini, skim perkhidmatan Operator Mesin Prosesan Data dan skim perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) yang baru adalah :

Gred
: Jadual Gaji Matriks
Gred F11 : P1T1 RM740.62 – P1T21 RM1714.26
: P2T1 RM783.09 – P2T21 RM1802.40
: P3T1 RM827.19 – P3T21 RM1892.17
Gred F14 : P1T1 RM1394.02 – P1T10 RM2004.93
: P2T1 RM1506.73 – P1T10 RM2212.42

Gred Jadual Gaji Matriks
Gred N17 : P1T1 RM820.38 – P1T24 RM2151.35
: P2T1 RM871.81 – P2T24 RM2272.50
: P3T1 RM924.75 – P3T24 RM2397.95
Gred N22 : P1T1 RM1915.43
P1T12 RM2838.04
: P2T1 RM2057.61 P2T12
RM3134.53
Gred N29 : P1T1 RM2196.75 P1T9
RM2983.23
: P2T1 RM2406.99 P2T9
RM3266.11

Pekeliling itu juga menyatakan bahawa pegawai yang sedang berkhidmat atau lantikan baru bagi skim perkhidmatan operator mesin prosesan data Gred F11, F14 akan menerima elaun dan kemudahan mengikut pekeliling perkhidmatan/ surat pekeliling perkhidmatan/ surat edaran yang berkuat kuasa.

Tarikh kuat kuasa skim perkhidmatan Operator Mesin Prosesan Data dan skim perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) yang baru adalah mulai 1 Julai 2007.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article