- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Ikan Kerapu Bawa Tuah RM2,000

Must read

Kiri: Dr Abang Hj Abdul Rauf dan Pengarah Jabatan Laut Sarawak Haji Wan Endok (ketiga dari kanan) bersama pasukan DBKU yang muncul juara keseluruhan. Zulkepli Kontil (ketiga dari kiri) memegang ikan kerapu yang membawa tuah kepadanya.
Kanan: Juara keseluruhan dimenangi oleh DBKU


Kiri: Hasil tangkapan dipamerkan untuk tontonan umum
Kanan: Aktiviti sampingan…Pertandingan futsal yang diadakan memeriahkan lagi suasana Pertandingan Safari Memancing MAKSAK kali ini


Ikan kerapu seberat 13.18 kilogram telah membawa tuah kepada Zulkepli Kontil dari Dewan Bandar Raya Kuching Utara (DBKU) kerana memberikannya gelaran juara Pertandingan Safari Memancing, Majlis Sukan dan Kebajikan Anggota-anggota Kerajaan (MAKSAK) Sarawak 2007 yang diadakan pada penghujung Jun lalu di Muara Tebas, Kuching.

Kemenangan itu sekaligus membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM2,000 beserta peralatan memancing.

Tempat kedua bagi kategori laut dalam dimenangi oleh Adam Daud dari Kementerian Kemajuan Tanah Sarawak dengan ikan gelama seberat 11.76 kilogram, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Helmi Amit (individu) dengan ikan kerapu seberat 10.10 kilogram.

Masing-masing menerima hadiah wang tunai RM1,500 dan RM1,000 beserta peralatan memancing.

Mereka merupakan antara pemancing bertuah dalam safari memancing kali ini yang disertai kira-kira 173 orang peserta bagi kategori laut dalam.

Sementara itu, kategori sungai yang disertai kira-kira 46 orang peserta disapu bersih oleh peserta individu. Juara dimenangi oleh Sapini Ebi yang memenangi hadiah wang tunai RM400, tempat kedua Khalid Abdul Hadi dengan RM250 dan tempat ketiga Abu Bakar Jamain dengan sejumlah RM150 beserta hamper masing-masing.

Hasil tangkapan telah dilelong kepada orang ramai. Pihak penganjur telah meraih sejumlah RM437.00 hasil kutipan daripada lelongan berkenaan.

Raihan daripada lelongan akan didermakan kepada sebuah badan kebajikan di Bandar Raya Kuching.

Sementara itu, pasukan dari DBKU muncul kategori juara keseluruhan kerana berjaya meraih tangkapan terbanyak dengan membawa pulang sebuah piala.

Safari memancing anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Jabatan Laut Sarawak dengan kerjasama MAKSAK Sarawak itu turut dimeriahkan dengan beberapa aktiviti sampingan seperti pertandingan karaoke, sukaneka, futsal dan memasak.

Penganjuran pada kali ini juga merupakan antara yang paling meriah dan mendapat penyertaan yang amat menggalakkan sepanjang pengalaman MAKSAK Sarawak.

Hadiah para pemenang telah disampaikan oleh Menteri Muda Alam Sekitar Dr Abang Haji Abdul Rauf Abang Haji Zen.

Pengarah Jabatan Laut Sarawak Haji Wan Endok Wan Salleh dan Pengerusi Pengelola Safari Memancing MAKSAK 2007 Raduan Serap turut memeriahkan majlis penyampaian hadiah.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article