- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Lebih Sepuluh Ribu Penjawat Awam

Must read

Dikenakan Tindakan Tatatertib dari Tahun 2002-2006

Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam semasa pertemuan khas JPA
dengan wakil media-massa pada 4 Jun 2007 di Jabatan Perkhidmatan Awam,
Putrajaya telah mendedahkan bahawa untuk tempoh 5 tahun (2002 – 2006) bilangan
pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib (tidak termasuk ATM, PDRM bagi tahun
2002 hingga 2004 dan Badan Berkanun Negeri) ialah seramai 10,438 orang.
Bilangan pegawai dan anggota ATM dan PDRM yang telah dikenakan tindakan
tatatertib bagi tempoh yang sama masing-masingnya ialah berjumlah 7,390 dan
4,819.

Jumlah ini menurut beliau lagi
menunjukkan aliran penurunan yang ketara. Sila rujuk Jadual 1 dan 2.

Keadaan ini berlaku disebabkan kesedaran pegawai akan
tindakan punitif dengan sendirinya berkeupayaan mencegah sebarang pelanggaran
di kalangan pegawai awam. Analisis kepada rekod mendapati antara faktor utama
yang menyumbang kepada aliran penurunan ini adalah:

i. Program Latihan dan Taklimat

Bengkel, kursus dan ceramah tatatertib anjuran
JPA/Kementerian/Jabatan telah adakan dari masa ke semasa bagi memantapkan
pemahaman berkaitan peraturan-peraturan tatatertib.

ii. Perkhidmatan Kaunseling;

Jawatan kaunselor telah diwujudkan di semua
kementerian/jabatan. Dalam hubungan ini Kaunselor bertindak sebagai pemudah
cara dalam menangani isu-isu yang dihadapi oleh kakitangan yang bermasalah
sebelum tindakan tatatertib diambil ke atas pegawai.

Sehingga tarikh semasa terdapat lebih kurang seramai
6,000 kaunselor/pegawai yang dilatih untuk menjalankan tugas-tugas kaunseling.
Daripada jumlah tersebut, 95 adalah Pegawai Kaunselor di bawah perkhidmatan
gunasama awam persekutuan.

iii. Penguatkuasaan Peraturan-peraturan Tatakelakuan

Peraturan-peraturan yang ada telah diperkemaskan
dari semasa ke semasa bagi memastikan ianya mudah difahami oleh penjawat awam.

Ketua Jabatan turut diingatkan supaya memastikan
pegawai dan anggota di bawah kawalannya sentiasa mematuhi peraturan-peraturan
yang berkuatkuasa; beserta amaran di mana sekiranya berlaku pelanggaran
tatatertib tindakan tegas akan diambil.

Tan Sri Ketua Setiausaha Negara dalam mesyuarat
berkala dengan Ketua-Ketua Setiausaha/Ketua Jabatan telah bersetuju supaya
semua kes-kes tatatertib yang dirujuk oleh Badan Pencegah Rasuah hendaklah
diselesaikan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kes dirujuk.

Pegawai
dalam Kumpulan Sokongan merupakan kumpulan pegawai yang paling ramai dikenakan
tindakan tatatertib iaitu 9,649 (92%) daripada 10,438 pegawai. Fenomena ini disebabkan
populasi pegawai daripada Kumpulan Sokongan mendominasi bilangan pegawai awam
iaitu seramai 887,665 (77%) daripada keseluruhan 1.1 juta pegawai awam. Sila
rujuk Jadual 3.

Kes-kes
yang berkaitan tidak hadir bertugas di kalangan pegawai awam adalah
kesalahan tertinggi dan paling ketara iaitu 7,668 kes (55%) berbanding jumlah
keseluruhan sebanyak 13,761 kes. Sila rujuk Jadual 4.

Tiga jenis hukuman yang
paling kerap dijatuhkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib ialah hukuman amaran (4,527
pegawai) dan hukuman buang kerja (2,918 pegawai). Sila rujuk Jadual 5.

Jadual 1: Statistik pegawai yang dikenakan Tindakan
Tatatertib, 2002 – 2006

Klasifikasi
Perkhidmatan
2002
2003
2004
2005
2006
Perkhidmatan
Awam Persekutuan
1,136
552
1,066
978
714
Perkhidmatan
Awam Negeri
282
206
154
239
304
Badan
Berkanun Persekutuan
303
312
217
127
353
Pihak
Berkuasa Tempatan
222
302
367
249
271
JUMLAH 1,943
1,372
1,804
1,593
1,642

Jadual 2: Statistik pegawai dan anggota ATM dan PDRM
yang dikenakan tindakan tatatertib, 2002 – 2006

Perkhidmatan
2002
2003
2004
2005
2006
ATM
3,026
2,784
804
253
523
PDRM
1,130
1,397
984
878
430
JUMLAH
4,156
4,181
1,788
1,131
953

Jadual 3: Pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib mengikut Kumpulan 2002-2006

Tahun/Kumpulan
Pengurusan Tertinggi
Pengurusan & Profesional
Sokongan
Jumlah
2002
2
155
1,786
1,943*
2003 1
126
1,245
1,372*
2004 4 159 1,641 1,804*
2005 2 147 2,575 2,724
2006 3 190 2,402 2,595
JUMLAH
12
777
9,649
10,438

Nota: * Tidak termasuk ATM
dan PDRM


Jadual 4: Jenis Kesalahan
Tatatertib, 2002 – 2006

Kesalahan 2002
2003
2004
2005
2006
Tidak Hadir Bertugas
2,182
820
2,056
1,300
1,310
Tatakelakuan & Larangan
1,234
357
771
928
854
Kes-kes Mahkamah
375
125
132
222
240
Penyalahgunaan atau pemilikan dadah berbahaya
391
58
285
84
37
JUMLAH 4,182
1,360
3,244
2,534
2,441

Jadual 5: Jenis Hukuman, 2002 – 2006

Hukuman/Tahun 2002
2003
2004
2005
2006
Amaran
1,438
522
855
969
743
Denda
524
114
166
459
227
Lucut Hak Emolumen
517
326
391
317
148
Tangguh Pergerakan Gaji
219
118
137
191
148
Turun Gaji
88
49
78
74
75
Turun Pangkat
85
16
2
24
16
Buang Kerja
530
389
618
753
628
JUMLAH 3,401
1,534
2,247
2,787
1,985

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article