- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Malaysia, Pada Kedudukan ke-21

Must read

Berdasarkan laporan terkini oleh
World Competitiveness Year Book 2007,
Malaysia telah disenaraikan pada kedudukan ke 21 dari segi keberkesanan
kerajaan daripada 55 buah negara yang dinilai pada tahun tersebut.

Demikian menurut Pengarah
Perbadanan Produktiviti Negara (NPC), Dato' Nik Zainiah Nik Abdul
Rahman, yang membayangkan Malaysia tidaklah jauh ketinggalan berbanding negara
lain di samping yakin bahawa penambahbaikan berterusan mampu memperbaiki
kedudukan tersebut.

Jelasnya, sistem kerajaan dan
penyampaian perkhidmatan yang baik dan berkesan mampu memberi gambaran dan
suasana yang positif serta mengalakkan lagi secara tidak langsung pertumbuhan
ekonomi negara.

Beliau berkata demikian pada
Majlis Pelancaran Projek Pembangunan Model Kecemerlangan
Organisasi Sektor Awam dan CoP (Community of Practices) Sektor
Awam Negeri Sarawak, baru-baru ini.

Namun dari segi pencapaian
secara keseluruhannya, Malaysia berada pada tangga ke 23 bagi 2007.
Angka tersebut dinilai daripada negara-negara luar dan amat penting usaha
penambahbaikan di samping pendekatan baru diperkenalkan bagi meningkatkan imej
sektor awam.

Menurut beliau, antaranya
melalui Projek Pembangunan Model Kecemerlangan Organisasi
Sektor Awam adalah sebahagian daripada usaha meletakkan piawaian tinggi kepada
sektor awam di negara ini.

Katanya lagi, sektor awam turut
mempunyai peranan dalam meningkatkan daya saing negara.

Menurutnya lagi, NPC sebagai salah sebuah agensi kerajaan
di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sentiasa bersama-sama
membantu usaha pelbagai pihak dalam meningkatkan tahap daya saing nasional agar
dengannya kita akan dapat mencapai pertumbuhan ekonomi negara yang seimbang dan
berdaya saing.

Jelasnya lagi, kerajaan berusaha
untuk mencapai sekurang-kurangnya 5 tangga teratas dari segi keberkesanan
kerajaan dan 10 tangga teratas pada kedudukan keseluruhan.

Beliau seterusnya menambah,
usaha tersebut tidak mustahil dengan mengambilkira kebanyakan negara
berprestasi tinggi bukanlah negara-negara besar seperti Singapura (2), Hong
Kong (3) dan negara-negara kecil Scandinavia (Denmark, Finland) (10).

Berkaitan dengan penilaian lain
pula Malaysia berada di kedudukan ke 15 dari segi keberkesanan perniagaan dan
kedudukan ke 26 dari segi penyediaan dan kemudahan infrastruktur.

Manakala dari segi pencapaian
ekonomi Malaysia berada pada tangga 12 dalam tahun 2007.

Info ringkas

Projek Pembangunan Model
Kecemerlangan Organisasi Sektor Awam

  • Bagi tahun
    2007, Majlis Bandaraya Kuching Selatan merupakan agensi Sektor Awam Negeri
    Sarawak yang antara pertama yang bersetuju menjemput NPC untuk berkongsi pengalaman dalam membantu meningkatkan
    kecekapan perkhidmatan dan seterusnya mewujudkan model kecemerlangan organisasi
    di peringkat negeri.

Kesan dan faedah-faedah langsung
daripada Projek Pembangunan Model Kecemerlangan
Organisasi Sektor Awam

  • Mewujudkan
    satu persekitaran tempat bekerja yang berkualiti dan bersih yang dapat membantu
    meningkatkan kecekapan proses perkhidmatan.
  • Meningkat mutu
    pengurusan organisasi yang lebih fokus kepada memenuhi kehendak pelanggan (customer
    driven organisation).
  • Memiliki
    sistem pengurusan organisasi yang berkualiti dan sistematik serta sentiasa
    patuh kepada prosedur kerja dan sentiasa memenuhi kehendak piagam pelanggan
    yang
    disediakan
  • Meningkatkan
    prestasi perkhidmatan organisasi dari masa ke semasa dan seterusnya menjadi
    organisasi cemerlang dan kompetitif berpandukan visi, misi dan objektif
    organisasi.
  • Menjadikan
    organisasi yang cemerlang dan bersedia memenuhl kriteria untuk menyertai
    Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (AKPANS) dan Anugerah Kualiti
    Perdana Menteri (AKPM) Sektor Awam pada tahun 2008 nanti.

 

 

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article