- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Pemantauan Projek Menyeluruh

Must read


Menyedari peranan pentadbir awam amat penting dalam memastikan pembangunan di peringkat daerah berjalan lancar, adalah amat penting aspek pengukuhan serta peningkatan sistem penyampaian kerajaan diambil perhatian.

Pentadbir awam khasnya pegawai daerah kini dilihat juga perlu memainkan peranan yang lebih aktif dalam memastikan pelaksanaan pentadbiran dan pemantauan projek berjalan dengan lancar.
Keupayaan mereka untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi berkaitan disamping mengenalpasti keperluan komuniti di kawasan mereka adalah adalah elemen penting bagi memastikan semua pihak dapat menikmati pembangunan secara menyeluruh.

Inilah apa yang cuba ditinjau melalui lawatan kerja Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datu Wilson Baya Dandot bersama rombongan ke daerah dan daerah kecil dalam Bahagian Samarahan dan Betong pada 19 dan 20 Jun 2007 yang lalu.

Malah ketika berada di daerah Simunjan, beliau ada menekankan aspek peranan jentera pentadbiran di peringkat daerah yang dilhat sama penting melengkapkan usaha di peringkat bahagian terutama memantau pelaksanaan projek yang dirancang (khasnya projek Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) dapat berjalan lancar dan mancapai matlamat.

Segalanya usaha (lawatan kerja) dilakukan adalah untuk melihat dan mengukur pembangunan sebenar di kawasan terbabit di samping menerima maklumbalas di peringkat akar umbi.

Antara penekanan yang diberi dalam setiap lawatan adalah melihat aspek pembangunan dan cabaran ekonomi, penglibatan masyarakat, pengurusan pentadbiran dan perkhidmatan serta prospek pembangunan.

Siri lawatan kerja beliau pada Jun lepas bermula di daerah Simunjan (Bahagian Samarahan), kemudiannya diteruskan ke beberapa daerah kecil (dalam Bahagian Betong) seperti Spaoh, Debak, Pusa, Roban dan berakhir di Kabong.

Yang unik mengenai lawatan kerja ini, hampir kesemua daerah yang dilawati boleh dihubungkan dengan jalan utama (Jalan Betong/ Kayu Malam), di samping turut mempunyai jalan persisir yang menghubungkan daerah-daerahnya yang lain.

Malah hampir kesemua daerah kecil yang dikunjungi mempunyai potensi dari sudut pelancongan terutama kawasan yang mempunyai nilai sejarah.

Walaupun baru mencapai lima (5 tahun) setelah pengiytiharaannya sebagai sebuah Bahagian baru, Betong telah mengalami perubahan tempo pembangunan bahagian tersebut.

Turut ditinjau adalah prospek pembangunan daerah Saratok (salah satu daripada daerah dalam Bahagian Betong) yang mempunyai potensi besar dalam sektor pertanian komersil seperti pengeluaran buah-buahan (di bawah IADP Kalaka Saribas.) dan pembukaan estet kelapa sawit (antaranya Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA), Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan FELCRA Berhad)

Selain melawat ke daerah-daerah kecil, Setiausaha Kerajaan Negeri bersama rombongan turut meninjau ke bangunan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Betong.

Lawatan kerja bersempena Mesyuarat SDMC Bil2/2007 ke daerah tersebut turut disertai oleh Residen Bahagian Samarahan, Tuan Haji Sulaiman Haji Husaini dan Residen Bahagian Betong, Romie Sigan Daniel.

Hadir sama, Timbalan Peguam Besar Negeri, Abdul Razak Tready, setiausaha-setiausaha tetap dan pengarah-pengarah jabatan lain.

Beberapa bulan lepas, Setiausaha Kerajaan Negeri turut mengadakan lawatan kerja serupa di beberapa buah daerah seperti Long Lama (Miri), Kanowit (Sibu), Pakan (Sarikei), Selangau (Sibu) dan Balingian (Mukah), Lundu dan Bau (Kuching).



Info (Tahukah Anda)

Menarik dari sudut pelancongan dan kawasan bersejarah :

  • Pusat Kraftangan (Pua Kumbu), Betong
  • Kubu Lili (Kubu Pertahanan Brooke), Betong
  • Bukit Sadok (Kubu Rentap),Ulu Layar, Brooke
  • Makam Datuk Patinggi Kedit,Perkuburan Islam Seruai, Spaoh
  • Makam Dayang Isah Tandang Sari (Puteri Lagenda Brunei), Kampung Kalok, Pusa
  • Makam Datuk Temenggung Kadir (Ayahanda Dayang Isah),Kampung Kalok, Pusa
  • Makam Datuk Godam (Pembesar Pertama memulakan penempatan di Pusa), Kampung Kalok Pusa
  • Tugu Peringatan Perang Beting Maro,Kampung Beting Maro, Pusa
  • Perkampungan Nelayan Beladin, Kampung Beladin, Pusa
  • Pesta Pantai Tanjung Kembang/Pantai Alit, Kabong Saratok
  • Pesta Ikan Buntal, Kampung Manggut, Spaoh
  • Pesta Sungai Air Krian, Saratok
  • Pesta Beras Wangi Lubok Nibong (Saratok)

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article