- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Penuhi Ekspektasi Pelanggan

Must read

Sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa, bagi memastikan ia mampu memenuhi kehendak dan ekspekstasi pelanggan, kata YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Datu Wilson Baya Dandot.


Ini jelasnya boleh dicapai melalui usaha pembangunan kualiti secara berterusan di samping mengetengahkan idea dan fokus baru.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pelancaran Projek Kecemerlangan Organisasi Sektor Awam dan CoP (Community of Practices) untuk Sektor Awam baru-baru ini.


Kerajaan negeri, menurutnya sentiasa menyokong setiap usaha ke arah pembangunan kualiti di sektor awam yang beliau disifatkan mampu meningkatkan keyakinan pelanggan termasuk sektor swasta dalam usaha bersama pembangunan negara.


Ia turut penting dalam menjamin kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan negara, jelasnya.


Bagi memastikan kejayaannya di peringkat jabatan dan agensi kerajaan, beberapa aspek perlu dinilai dan diambil perhatian.


”Ia memerlukan keupayaan sesebuah organisasi itu untuk melihat, merasai, menghargai dan mendapatkan maklumbalas dan cadangan setiap usaha yang telah dilaksanakan,” jelas beliau.


Menurutnya, peningkatan kualiti yang menyeluruh bukan secara luaran sahaja, malah turut bermula di pejabat dari peringkat pengurusan hinggalah pekerja.


Malah jelasnya, sikap prihatin terhadap pelanggan dan kesediaan untuk sentiasa mencari jalan bagi memenuhi kehendak pelanggan merupakan elemen penting dalam usaha menyediakan perkhidmatan yang berkualiti.


Beliau mengesa semua jabatan di sektor awam perlu bersungguh-sungguh dan terus berusaha meningkatkan lagi kecekapan sistem penyampaian dan perkhidmatan mereka melalui pelbagai inisiatif yang telah diperkenalkan kerajaan antaranya, Sistem Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM), pelaksanaan sistem pengurusan kualiti berdasarkan MS ISO 9001:2000, Petunjuk Prestasi Utama (KPI), Piagam pelanggan, Penandaarasan (Benchmark), Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK), Manual Prosedur Kerja, Fail Meja, Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan sebagainya.


Berkaitan usaha terkini Perbadanan Produktiviti National (NPC), Projek Kecemerlangan Organisasi Sektor Awam dan CoP (Community of Practices), beliau berkata ia adalah tepat pada waktunya dalam usaha menjadikan sektor awam di Sarawak sebagai antara agensi kerajaan yang cemerlang di Malaysia serta merealisasikan perkhidmatan awam Malaysia keseluruhannya ke tahap "kelas dunia" akan menjadi kenyataan.
Beliau berharap kerjasama terkini dengan NPC berkongsi kepakaran tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh sektor awam di negeri ini.


Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) antara organisasi yang terpilih dalam Projek Pembangunan Model Kecemerlangan Organisasi Sektor Awam”.


Manakala 5 (lima) organisasi yang terlibat dalam Community of Practices (CoP) Sektor Awam Negeri Sarawak” ialah Perbendaharaan Negeri Sarawak, Lembaga Air Kuching, Pejabat Residen Kuching, Dewan Bandar Raya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Perbandaran Padawan (MPP).


Turut hadir pada majlis tersebut ialah Dato’ Nik Zainiah Nik Abdul Rahman, Ketua Pengarah, Perbadanan Produktiviti Negara (NPC) dan En. Mohamad Amin Hassan, Pemangku Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Kuching Selatan dan Pengarah Wilayah NPC Sarawak, Encik Abdul Latif Hj. Abu Seman.



Info Berkaitan Projek Kecemerlangan Organisasi


NPC telah memllih 13 organisasi, sektor awam di seluruh negara sebagai perintis pertama mengambil bahagian dalam projek kecemerlangan organisasi.


• Di samping itu sebanyak 26 buah sekolah termasuk 2 buah sekolah yang telah terpilih di sekitar Bandar Raya Kuching telah dipilih dari seluruh negara untuk sama-sama terilbat dalam program kecemerlangan sekolah bertujuan untuk membangunkan sekolah cemerlang ke arah membantu meningkatkan daya saing negara.





Tujuan Program Kecemerlangan Organisasi


• Mewujudkan model kecemerlangan organisasi di kalangan organisasi sektor awam Negeri Sarawak berpandukan rangka kerja kecemerlangan organisasi.


• Meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan


• Membentuk budaya kerja berkualiti don produktlf dl kalangan warga organisasi cemerlang.


• Sebagai persediaan untuk menyediakan data bagi tujuan pengukuran prestasi organisasi berpandukan "Performance Scorecard "




Perjalanan Projek

• Projek ini akan mengambil masa selama 6 bulan.


• Ia menggunakan Model Kecemerlangan Organisasi berdasarkan 'framework the Quality Management Excellence Award (QMEA) '



Kriteria Model Kecemerlangan Organisasi ini adalah seperti berikut:
• Tanggung Jawab Pengurusan dan Pengurusan Kualiti
• Pengurusan Data dan Maklumat Berkualiti
• Pembangunan Sumber Manusia
• Fokus Kepada Pelanggan
• Pengurusan Kualiti Khidmat Sokongan dan Pembekal
• Pengurusan Proses Perkhidmatan
• Prestasi Perkhidmatan dan Pencapaian Organisasi




NPC di Sarawak


Statistik dan Penglibatan NPC di Sarawak


• Dalam tempoh Januari hingga Jun (2007), NPC telah mengadakan 61 Kursus dengan penyertaan melebihi 3,257 orang. Pada tahun lepas (2006), sebanyak 72 buah kursus telah dijalankan NPC Sarawak yang telah memberi manafaat kepada 4,570 peserta yang datang dari sektor awam dan swasta.


Antara lain sumbangan terkini NPC dalam usaha peningkatan kualiti di Sarawak



• Panel Penilai Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak
• Bekerjasama melalui program yang dianjurkan antaranya dengan Centre of Modern Management (CMM)
• Penyediaan garis panduan bagi melaksanakan amalan 5S dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak oleh Pejabat Ketua Menteri (17 Mei 2007)
• Kesediaan menjadi pengerusi kepada Panel Penilai Kebersihan dan Keceriaan Wisma Bapa Malaysia.

Lain –lain Aktiviti Pembangunan Kualiti


• Amalan 5 S
Benchmarking (Penandaarasan)
• ISO 9000
Balance Scorecard
• Program Kecemerlangan Kualiti


Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article