- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

CnCR 2006 Dilancar…

Must read

Indikator Corak, Prestasi Perdagangan dan Kepenggunaan


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Mohd Shafie Apdal
menunjukkan buku Laporan Perdagangan dan Pengguna (CnCR) yang baru dilancarkan
oleh kementeriannya di Kuching baru-baru ini


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melancarkan buku Laporan Perdagangan dan Pengguna (CnCR) 2006 di Kuching pada Julai lalu.

Penerbitan siri ketiga buku CnCR itu dilancarkan sendiri oleh Menterinya Datuk Mohd Shafie Apdal pada sidang media yang diadakan selepas beliau mempengerusikan ‘Majlis Perundingan Tahunan Dengan Sektor Swasta’.

Menurut beliau, buku itu mengandungi maklumat penting berkaitan corak dan prestasi keseluruhan perdagangan dan kepenggunaan di negara ini pada penggal kedua tahun 2006 serta laporan sepanjang tahun 2006.

Maklumat itu termasuk aktiviti di bawah portfolio KPDNHEP serta dua buah agensi di bawahnya iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Katanya, buku itu amat penting untuk rujukan ahli perniagaan mahupun masyarakat biasa.

Sementara itu, dalam kata aluan beliau di dalam laporan itu, beliau menyatakan bahawa CnCR 2006 diterbitkan lanjutan daripada pelbagai permintaan daripada orang ramai berkenaan maklumat serta data terkini berkaitan corak dan pembangunan ekonomi dalam negara, aktiviti perdagangan dan kepenggunaan.

Semenjak dilancarkan pada April 2006 oleh YAB Perdana Menteri, CnCR kini bukan sahaja diedarkan secara percuma dalam negara, tetapi juga di luar negara melalui kehadiran duta-duta negara di sana.

Melalui penerbitan laporan setebal kira-kira 150 halaman itu, beliau berharap ia dapat membantu pihak yang berkenaan merancang strategi pelaburan mereka di negara ini.


Info kandungan CnCR 2006

  • Laporan corak dan prestasi keseluruhan perdagangan dan kepenggunaan pada penggal kedua tahun 2006 dan rumusan keseluruhan tahun 2006
  • Seksyen 1: Indikator penting perdagangan dan kepenggunaan
  1. Pendaftaran syarikat dan perniagaan
  2. Penyampaian maklumat perniagaan dan korporat serta perkhidmatan lain
  3. Aktiviti pelesenan perdagangan domestik
  4. Pendaftaran paten dan hak cipta
  5. Pendaftaran reka bentuk industri
  6. Penguatkuasaan ke atas hak cipta
  7. Penguatkuasaan ke atas aduan
  • Seksyen 2: Perdagangan dalam negeri dan ekonomi keseluruhan
  1. KDNK dan struktur pengeluaran
  2. Prestasi jualan borong dan peruncitan
  • Seksyen 3: Suasana dan aktiviti perniagaan
  1. Indikator penting dalam aktiviti perniagaan
  2. Inditator pelaburan swasta
  • Seksyen 4: Corak kepenggunaan dan aktiviti
  1. Indikator perbelanjaan pengguna
  2. Sentimen dan harga pengguna
  3. Aktiviti kepenggunaan
  4. Harga pengguna yang dipantau oleh KPDNHEP
  5. Senarai kedai harga patut 2006/ 2007
  6. Senarai Anugerah Kedai Pilihan Pengguna 2006
  7. Maklumat pertubuhan-pertubuhan pengguna
  • Nota penerangan, proses dan prosidur permohonan pelbagai jenis lesen serta maklumat para pegawai di KPDNHEP


Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article