- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Tempoh Kelulusan Pelan Bangunan

Must read


Mulai Julai tahun ini, masalah kelewatan memperolehi kelulusan dijangka akan berakhir apabila Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam (KASKA)  mengambil langkah drastik dengan mengeluarkan satu senarai semakan standard bagi tujuan tersebut.


Ini turut bermakna, semua agensi kerajaan yang berkaitan dengan proses tersebut termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Tanah dan Survei dan pihak pemaju dan kontraktor akan menggunakan senarai semakan yang seragam.


Baru-baru ini, Menterinya Datuk Michael Manyin Jawong, berkata jaminan diberi berdasarkan senarai standard yang telah ditetapkan, mampu mengurangkan tempoh kelulusan yang akan mengambil masa kira-kira 45 hari berbanding tempoh yang agak lama sebelum ini sekiranya semua syarat dan garis panduan dipatuhi.


Langkah ini bukan sahaja dapat meningkatkan sistem penyampaian kerajaan terutamanya di 26 buah PBT di Sarawak malah pihak kontraktor, jurutera, arkitek termasuk  pembeli secara tidak langsung turut dijangka mendapat manfaat dalam jangka masa panjang dengan pengurangan masa menunggu dan kos yang terlibat.


Pendekatan ini turut membantu pihak berkaitan tadi memandangkan sebelum ini pihak PBT yang berlainan menggunakan garis panduan yang berbeza dalam meluluskan pelan bangunan dan masalah akan timbul jika setiap pihak berkaitan tadi terpaksa berurusan dengan PBT yang berlainan.


Menurut beliau senarai semakan tersebut adalah lanjutan daripada hasil beberapa siri perbincangan dan seminar dengan Persatuan Perumahan dan Hartanah (SHEDA), Insitut Jurutera dan Arkitek, termasuk agensi jabatan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Tanah dan Survei, maka senarai semakan semakan standard ini diperkenalkan.


Jelasnya lagi, dengan penguatkuasaaan senarai semakan yang standard, semua pihak berkenaan perlu menggunakan senarai yang sama untuk apa jua jenis pelan bangunan yang dikemukakan.


Walaubagaimanapun, tempoh penyesuaian selama lima (5) bulan dijadikan sebagai tempoh percubaan untuk melihat keberkesanan senarai semakan tersebut.


Selepas, tempoh tersebut menurutnya, usaha penambahbaikan berterusan termasuklah mengenalpasti kelemahan dan ia akan dilakukan dengan semua pihak akan diajak bersama berbincang mencari jalan penyelesaian terbaik.


Usaha ini diharap dapat mengurangkan kebimbangan pihak di industri berkenaan dengan berusaha mengurang sebarang kelewatan daripada berlaku.


Menurutnya lagi, sekiranya masih berlaku kelewatan maka ia bukan disebabkan oleh pihak yang meluluskan tetapi berpunca daripada pihak yang mengemukakan dokumen.


Katanya, memang menjadi harapan pihak PBT untuk memberi kelulusan segera setiap pelan bangunan bagi memudahkan pengeluaran sijil menduduki (OP) kepada pemilik rumah.


Memudahkan lagi capaian perkhidmatan tersebut, KASKA ada menyediakan senarai semakan tersebut yang boleh dimuat turun borang melalui laman web kementerian di http://www.moeswk.gov.my/


Terdapat 6 (enam) kesemuanya borang (borang A hingga F) untuk diisi di bawah Senarai Semakan Bangunan disamping borang pemohonan pelan bangunan dan surat pemberian kuasa.


Melengkapkan senarai semakan tersebut juga dibahagi kepada tiga (pihak) iaitu  mengikut aspek Konsultan, Kejuruteraan dan Kesihatan.

 


 



Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article