- Advertisement -spot_img
4,843
published news
and counting

7 Teras Perkukuh Pembangunan

Must read

Lima (5) tahun pastinya adalah suatu tempoh yang amat singkat untuk menilai perkembangan sesuatu projek pembangunan lebih-lebih lagi untuk mengurus dan mentadbir sebuah Bahagian baru.
Mentadbir sebuah Bahagian baru, pastinya berhadapan dengan cabaran disebabkan banyak perkara yang perlu disusun-atur namun, keadaan itu berjaya dilalui Pejabat Residen Bahagian Mukah.
Aspek pemantauan yang berkesan di antara agensi kerajaan yang lain turut menjayakan segala perancangan dan pembangunan Bahagian ini.
Kerjasama daripada agensi-agensi kerajaan, syarikat swasta dan masyarakat setempat termasuk wakil rakyat telah memastikan projek pembangunan di Bahagian tersebut berjalan lancar.
Demikian menurut Timbalan Residen Bahagian Mukah, Dr. Anthony Valentine Laiseh, ketika menyampaikan taklimat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datu Wilson Baya Dandot ketika lawatan kerja beliau baru-baru ini.
Jelasnya, tujuh (7) teras pembangunan telah digariskan yang meliputi pembangunan sektor perikanan, pertanian, perindustrian, pelancongan, sumber manusia di samping pengukuhan infrastruktur dan info-struktur serta kesejahteraan hidup masyarakat.
Perancangan rapi termasuk menyusun strategi yang berkesan diharap dapat memperkukuhkan pembangunan bahagian tersebut.
Menurutnya, kekangan geografi serta penggunaan sumber tenaga manusia kini berjaya diatasi dengan wujudnya jalan persisir yang lengkap menghubungkan Kuala Balingian/Balingian/ Mukah/Dalat/Oya/Igan/Matu/Daro akan merancakkan lagi pembangunan ditambah pula dengan kewujudan dua (2) institusi pengajian utama (Universiti Teknologi Mara –UiTM) dan Politeknik Mukah.
Fokus pembangunan fizikalnya tidak hanya tertumpu di pusat pentadbirannya sahaja tetapi turut diperluas ke kawasan sekitarnya termasuk kawasan luar bandar.
Hampir kebanyakan daerah dan pekan di Bahagian ini kini boleh dihubungi ke pusat pentadbirannya di Bandar Mukah dengan beberapa usaha menaiktaraf jalan selain penyediaan bekalan air, elektrik serta prasarana ICT terus digiatkan.
Katanya lagi, beberapa kawasan luar bandar termasuk daerah kecil Balingian turut dibangunkan antaranya dengan pembinaan loji arang batu di Mateding yang dibina bagi menyokong industri berintiensifkan tenaga di negeri ini.
Selain itu di kawasan Belawai pula, pembangunan sektor perikanan diberi tumpuan dan siapnya Kompleks Perikanan Laut Dalam Tanjung Manis, pastinya pembangunan fizikal dan ekonomi di kawasan ini menjadi lebih rancak terutama dengan penyiapan jalan yang menghubungkan Tanjung Manis dengan Sibu (Jalan Serdeng / Tanjung Manis/ Bruit / Sg. Nai) dan (Jalan Sibu/ Bawang Assan / Serdeng).
Permintaan terhadap sektor pelancongan turut diambil perhatian dengan beberapa kemudahan penginapan serta pusat membeli-belah termasuk bangunan kedai, pusat komersil dan hotel bertaraf 3 bintang telah dibina di sini.
Malah produk baru pelancongan juga telah dikenalpasti bagi meningkatkan produk pelancongan yang sedia ada selain mempromosikan kawasan luar bandar kepada pelancong.
Mukah juga melangkah maju dalam sektor pertanian dengan memperuntukkan seluas 311,251 hektar tanah untuk tujuan penanaman kelapa sawit manakala 58,530 hektar pula dimajukan dengan tanaman rumbia.
Sejumlah 4,297 hektar dibangunkan dengan tanaman padi dan 2,772 hektar (tanaman nanas) disamping pada masa yang sama pontesi akuakultur turut dimajukan.
Pembangunan yang dirancang dengan teliti ini diharap dapat mengurangkan aliran penghijrahan keluar penduduk di Bahagian ini seterusnya menjadi pemangkin ke arah mencapai sasaran untuk menjadikan Bahagian Mukah setaraf dengan Bahagian lain di Sarawak menjelang 2015.
Bahagian Mukah diisytiharkan sebagai sebuah Bahagian baru pada 1 Mac 2002, dengan keluasan 6,997.61 km persegi dari Kuala Balingian menganjur ke Kuala Rejang yang kini didiami oleh kira-kira 114,864 orang penduduk.


Info

Visi
Menjadi Peneraju dalam Industri Pertanian Komersil, Perikanan dan Pelancongan Menjelang Tahun 2015
Misi

Komited Ke arah Menerajui Serta Membawa Pembangunan Yang Seimbang dan Mampan Untuk Kesejahteraan Rakyat

Pentadbiran

Daerah Daerah Kecil Pihak Berkuasa Tempatan
Mukah, Dalat, Matu & Daro Balingian, Oya,Igan & Belawai · Majlis Daerah Matu & Daro
· Majlis Daerah Dalat & Mukah

Kawasan Parlimen Kawasan DUN
  • P206 Tanjung Manis
  • P207 Igan
  • P213 Mukah
  • N35 Belawai
  • N36 Semop
  • N37 Daro
  • N38 Jemoreng
  • N50 Dalat
  • N51 Balingian



Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article