- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Pakan Miliki Kompleks Sukan yang Baru

Must read


Kerajaan akan memastikan setiap projek pembangunan infrastruktur akan diseimbangkan dengan pembangunan insan.

Untuk itu, usaha menyediakan kemudahan sosial seperti penyediaan infrastruktur bagi beriadah dan bersukan tetap diutamakan yang bukan sahaja dibina di kawasan bandar malah juga disediakan di kawasan luar bandar.

Antara yang terkini, ialah daerah Pakan yang kini memiliki sebuah Kompleks Sukan baru yang menyediakan kemudahan bagi aktiviti sukan di daerah berkenaan.

Kemudahan tersebut, diharapkan turut menggalakkan lagi kesedaran di kalangan masyarakat menyertai aktiviti bersukan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Bersesuaian dengan tarafnya sebagai sebuah daerah penuh, sudah pastinya banyak lagi kemudahan yang perlu dinaiktaraf bagi menyokong pembangunan di kawasan terbabit.

Kompleks Sukan Pakan (Fasa 1), adalah sebuah projek di bawah seliaan Majlis Daerah Maradong dan Julau. Lokasinya hanya kira-kira 1 km dari Pekan Daerah Pakan.

Projek yang bermula pada September 2005 dan menelan belanja kira-kira RM3.5 juta ini dijangka siap sepenuhnya pada Ogos tahun ini (2007).

Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan ialah sebuah padang bolesepak, trek balapan “Synthetic Track” lapan (8) lorong, ruang untuk lompat jauh, lompat kijang, lontar peluru/lempar cakera, lompat tinggi dan rejam lembing.

Selain itu, astaka turut dilengkapi dengan bilik ruangan pejabat, bilik VIP, stor peralatan sukan di samping bilik persalinan dan tandas.

Projek ini mendapat perhatian Setiausaha Kerajaan Negeri, Datu Wilson Baya Dandot sewaktu lawatan kerja beliau ke daerah tersebut bulan Mac yang lalu.
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article