- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Kecekapan Pentadbiran Jamin Pelaksanaan

Must read

Pembangunan Menyeluruh


Rakyat negeri ini
amat bertuah kerana rakyat dan kerajaan bekerjasama erat untuk menjayakan
pembangunan dan telah terbukti ia membawa kemakmuran kepada seluruh rakyat,
tidak kira di bandar mahupun luar bandar.


Kemantapan kepimpinan
kerajaan telah berjaya mengadakan
kemudahan asas dan prasarana seperti jalan raya dan infrastruktur lain
yang telah memberikan keselesaan kepada masyarakat di negeri ini.


Dengan adanya
kemudahan-kemudahan ini maka adalah lebih mudah bagi kerajaan membangunkan
lebih banyak infrastruktur di pedalaman agar kawasan itu turut menerima arus
pemodenan.


Oleh yang demikian
adalah penting kemudahan yang lebih baik dan lengkap serta moden disediakan
oleh kerajaan bagi membolehkan kakitangan awam menjalankan tugas masing-masing
dengan lebih berkesan yang mana pada akhirnya pasti akan mampu meningkatkan
mutu penyampaian perkhidmatan kerajaan.


Ini jelas terbukti
dengan siapnya Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri bagi Bahagian Betong yang
telah dirasmikan pembukaanya oleh Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul
Taib Mahmud pada 22 Julai 2007 yang lalu.

Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud menandatangani plak sebagai tanda simbolik merasmikan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri, Bahagian Betong pada 22 Julai 2007

Kompleks berkenaan
yang mula dibina pada 4 Ogos 2004 telah siap sepenuhnya pada 28 April lepas dan
menelan belanja kira-kira RM51 juta.


Pehin Sri Haji Abdul
Taib seterusnya berkata, kerajaan akan memperhebatkan pelbagai projek
pembangunan khususnya di luar bandar agar penduduk di kawasan terbabit
berpeluang menikmati kehidupan setanding penduduk di bandar.


“Dalam
usaha ke arah merapatkan lagi jurang perbezaan di antara kawasan luar bandar
dan bandar, kerajaan amat memerlukan sokongan daripada rakyat,” kata beliau
sambil menambah kerjasama daripada pihak swasta juga penting dalam usaha
menjayakan pelbagai projek yang dirancang.


Terdahulu
dalam ucapan aluan beliau, Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datu Wilson Baya
Dandot menyatakan rasa gembira belaiu bagi pihak Perkhidmatan Awam Negeri
dengan pembangunan pesat Bahagian Betong yang memberi tumpuan kepada
pembangunan infrastruktur, komunikasi dan pertanian moden.


“Ketiga-tiga
elemen pembangunan ini mempunyai hubung kait yang penting dalam membawa
Bahagian Betong ke arah pembangunan yang lebih pesat.”


“Kompleks
Kerajaan Negeri Bahagian Betong yang baru dan megah ini sudah tentu akan menjadi
"mercu tanda" pembangunan jitu untuk dinikmati seluruh rakyat di
Bahagian Betong.”


Beliau
seterusnya menambah, bahawa dengan adanya pejabat baru yang dilengkapi dengan
kemudahan yang terkini, adalah diharapkan agar semua penjawat awam kerajaan
negeri di Bahagian ini akan lebih bersemangat untuk memberi perkhidmatan kepada
rakyat dan negeri

Setiausaha
Kerajaan Negeri turut melontarkan beberapa cabaran kepada penjawat awam di
Bahagian Betong agar berusaha bersungguh-sungguh realisasikan hasrat kerajaan
untuk merapatkan jurang digital antara kawasan bandar & luar bandar.

“Saya
berharap kemudahan jalur lebar tanpa wayar yang disediakan untuk kawasan
Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri di Betong akan turut dinikmati oleh semua
penduduk di sekitar Bandar Betong. Ini semestinya akan menyumbang kepada hasrat
kerajaan untuk mengatasi masalah jurang digital di negeri kita.”

Datu
Wilson juga merakamkan penghargaan beliau kepada Ketua Menteri di atas
sumbangan kepada pembangunan ICT luar
bandar dan juga kepada YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu, Timbalan
Ketua Menteri Sarawak dan YB Datuk Douglas Uggah Embas, Timbalan Menteri
Pengangkutan Malaysia, di atas sumbangan 13 unit komputer, tiga (3) unit mesin
pencetak dan seunit mesin pengimbas untuk kegunaan ER-Centre Pejabat Kompleks Kerajaan Negeri, Bahagian Betong (yang
bertempat di Tingkat 2, Blok Menara).

Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud disambut oleh Datu Wilson Baya Dandot, Setiausaha Kerajaan Negeri dan kenamaan yang lain pada Majlis Perasmian Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri, Bahagian Betong, 22 Julai 2007 Datu Wilson menerangkan tentang perancangan pembangunan Bahagian Betong kepada Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud sambil diperhatikan oleh Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu dan Datuk Patinggi Tan Sri George Chan
Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud menanam pokok di perkarangan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri, Bahagian Betong
Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud
meluangkan masa melawat pameran pembangunan di lobi Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri, Bahagian Betong bersama-sama Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu dan Datuk
Patinggi Tan Sri George Chan dan beberapa kenamaan yang lain
Kelihatan Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Datuk Patinggi tan Sri Alfred Jabu dan Datu Wilson bersedia untuk mengikuti persidangan video dengan Ketua Pegawai Eksekutif SAINS, En. Teo Tien Hiong di Kuching pada 22 Julai 2007 Persidangan video dari Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri, Bahagian Betong

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article