- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Anugerah Belia 2007 Iktiraf

Must read


 

 









Kategori Anugerah Belia, Sukan dan Kebudayaan kepada Cik Dayangku Siti Mariam Bt Awang Masli         Anugerah Tokoh Belia (Pingat Gangsa) kepada Encik Yusuf Bin Suoot

 

Anugerah Belia 2007 yang diadakan bersempena Perhimpunan Belia 2007 di Kota Samarahan baru-baru ini menyaksikan pengiktirafan turut diberi kepada kakitangan awam.


Pastinya, perkembangan ini membuktikan tugas dan amanah yang dipikul sebagai kakitangan awam tidak menghalang mereka daripada melaksanakan tanggungjawab sosial untuk dikongsikan dengan masyarakat secara keseluruhannya.


Salah seorang antara penerimanya Cik Dayangku Siti Mariam Bt Awang Masli, yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir Rendah di Jabatan Tanah dan Survei, Sarikei bagi Kategori Anugerah Belia, Sukan dan Kebudayaan.

Walaupun sibuk dengan tugas sehariannya, ia  tidak pernah menghalangnya untuk bergiat aktif malah bakat dan kepimpinan terserlah di dalam aktiviti sukan dan kebajikan di peringkat daerah, kebangsaan dan antarabangsa bermula pada tahun 1990. 


Berdasarkan rekod, antara jawatan dan aktiviti yang pernah diceburinya ialah  sebagai Jurulatih Wanita, Pasukan Silat Olahraga Bahagian Sarikei, AJK Kelab MAKSAK Sarikei, Setiausaha Perguruan Seni Silat Helang Putih Cawangan Sarikei, AJK Kelab Briged Perdana Jabatan Kebajikan Sarikei.


Selain itu, beliau turut aktif  sebagai Jurulatih Wanita Pasukan Pencak Silat Sukma Sarawak, Penyelaras Jiran Rakan Muda KRT, Wasit dan Juri Rumpun Silat Sarawak, Penyelaras Kelab Remaja Hikmah, Penyelaras Biro Kebajikan Anak- Anak Yatim Hikmah Sarikei, Ahli Women Institute Cawangan Sarikei dan Penyelaras Aktiviti dan Biro Dana untuk Kelab Bola Sepak Semerah Padi, Sarikei.


Bagi kategori Anugerah Pemimpin Belia Cemerlang pula, seorang guru, Puan Ting Siao Fong,  berusia 34 tahun memanfaatkan sepenuhnya kepimpinannya dalam Persatuan Bulan Sabit Merah di Sibu sehingga dikagumi oleh rakan-rakannya dalam persatuan.


Minatnya yang mendalam dalam aktiviti kesukarelaan bermula dengan menyertai persatuan ini sejak tahun 1987 itu turut memberinya peluang menyumbang pengalamannya dengan memberi ceramah pertolongan cemas, rawatan di rumah dan perkhemahan.


Malah sebelum itu, ketika melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi lagi, beliau banyak didedahkan kepada aktiviti khidmat masyarakat melalui aktiviti – aktiviti seperti lawatan dan khidmat masyarakat ke rumah anak – anak yatim, rumah orang tua, bertugas memberi pertolongan cemas dalam pelbagai pertandingan seperti sukan bertaraf kebangsaan dan antarabangsa.


Bagi anugerah utama pula, penerima Anugerah Tokoh Belia (Pingat Gangsa), Encik Yusuf Bin Suoot, Pembantu Perawatan Kesihatan, mula bergiat aktif dalam persatuan belia sejak tahun 1994.


Kesungguhannya mendorong SABERKAS Daerah Simunjan mencalonkan beliau untuk kategori tersebut yang begitu aktif memberikan khidmat bakti dalam pelbagai organisasi antara lain Pergerakan Pemuda PBB Kampung Sageng Hilir sebagai Ketua, Persatuan Kebajikan Pekerja Islam Perubatan Hospital Daerah Simunjan sebagai Presiden, Pergerakan Pemuda PBB Bahagian N21 Simunjan sebagai Bendahari, SABERKAS Daerah Simunjan sebagai Penolong Setiausaha, Persatuan Qari dan Qariah Daerah Simunjan sebagai Penolong Setiausaha, Unit SABERKAS Sageng, Simunjan sebagai Pengerusi dan  PIBG Sekolah Kebangsaan Sageng sebagai Penolong Setiausaha.


Beliau turut menjadi ahli Jawatankuasa Lembaga Amanah Kebajikan Islam Simunjan dan Komuniti Bestari Simunjan dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sageng Hilir, Simunjan.


Turut menyertai senarai penerima Anugerah Tokoh Belia (Pingat Gangsa), Puan Tan Goi Hua, yang banyak memberikan sumbangan yang besar dari segi kebajikan masyarakat setempat dan pembangunan kaum wanita.


Penglibatan Puan Tan Goi Hua, begitu luas dan merangkumi aktiviti wanita, komuniti dan kebudayaan. Di antara jawatan dan penglibatan beliau ialah sebagai Penolong Jurulatih ( 1991 – 2006 ) dan Setiausaha  (2001 – 2004) Pertubuhan Waitan Kung dan Neitan Kung Malaysia Cawangan Kuching, Setiausaha  (1996 – 1996) dan Bendahari (1997 – 2009 ) Persatuan Kwang Tung Bahagian Kuching / Samarahan , Pengerusi Che Hai Koy Moral Uplifting Society, (Bahagian Wanita),  Pengerusi Persatuan  Kuching Hainan (seksyen wanita).


Di samping itu beliau turut menjadi Ketua Setiausaha (2006), Setiausaha (2002 – 2007) dan Pengerusi (2007 – 2009) Persatuan – Persatuan Cina Bersekutu Bahagian Kuching dan Samarahan,  Setiausaha Bahagian Wanita Pergabungan Persatuan – Persatuan Cina Sarawak dan menjadi ketua rombongan beberapa program persatuan peringkat antarabangsa dan kebangsaan termasuk di China, Sabah dan Kuala Lumpur.


Anugerah Belia 2007 telah disampaikan Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud baru-baru ini bersempena Perhimpunan Belia 2007.


Anugerah ini mula diperkenalkan sejak tahun 1984 dan disampaikan bersempena Hari Belia yang disambut 15 Mei setiap tahun bagi mewujudkan semangat perpaduan dan ketaat-setiaan kepada negara menerusi pergerakan dan integrasi belia berbilang kaum di samping mempertingkatkan semangat patriotisme, berpersatuan dan berkemahiran.


Pada tahun ini, Kota Samarahan telah dipilih menjadi tuan rumah bagi Sambutan Perhimpunan Belia 2007 Peringkat Negeri Sarawak yang diadakan pada 21 Julai yang lepas.


Sepanjang minggu dari 18 hingga 28 Julai, pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya aktiviti Sukan, Khemah Kerja Belia, Kembara Ilmu, Aktiviti Kebudayaan dan sukan, Pameran Pembangunan Belia, Dialog Belia dan Lawatan Sambil Belajar ke Rumah-Rumah Kebajikan.


Antara lain agensi kerajaan yang terlibat sepanjang minggu ialah SABERKAS, Jabatan Belia dan Sukan,  Pejabat Daerah, Kota Samarahan, PEMADAM, Jabatan Kebajikan Masyarakat.


 

Senarai Lengkap Penerima Anugerah Belia 2007























Kategori Anugerah Belia, Sukan dan Kebudayaan


  • Dayangku  Siti  Mariam bt. Awang Masli
  • Yeo Liew Yian
Kategori Anugerah  Belia Berkemahiran / Keusahawanan


  •  Nurhayati Bt. Eden
Kategori Anugerah Pemimpin Belia Cemerlang


  • Ting Siao Fong
  • Gerald Rentap Jabu
Penerima Tokoh Belia (Pingat Gangsa)


  • Yusuf bin Suoot
  • Peter Jalong @ Peter Donald Ngarong Jalong
  • Puan Tan Goi Hua
  • Dr. Haji Morni Abu Samat
Penerima Tokoh Belia (Pingat Perak)


  • Tuan Haji Shaidi Bin Haji Ahmad
  • Encik Tieng Mee Tung

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

Info

 

























































Kategori Anugerah Belia, Sukan dan Kebudayaan
Dayangku  Siti  Mariam bt. Awang Masli



  • Seorang individu yang amat komited dalam segala tugasan yang diamanahkan kepada beliau.  Bakat dan kepimpinan beliau amat terserlah.


  • Beliau tidak pernah berpuas hati dengan segala pencapaian beliau malah terus berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi lagi.  Bergiat aktif di dalam aktiviti sukan dan kebajikan di peringkat daerah, kebangsaan dan antarabangsa bermula pada tahun 1990. 


  • Diantara jawatan dan aktiviti yang diceburi beliau ialah  sebagai Jurulatih Wanita, Pasukan Silat Olahraga Bahagian Sarikei, AJK Kelab Maksak Sarikei, Setiausaha Perguruan Seni Silat Helang Putih Cawangan Sarikei, AJK Kelab Briged Perdana Jabatan Kebajikan Sarikei


  • Selain itu,  Jurulatih Wanita Pasukan Pencak Silat Sukma Sarawak, Penyelaras Jiran Rakan Muda KRT, Wasit dan Juri Rumpun Silat Sarawak, Penyelaras Kelab Remaja Hikmah, Penyelaras Biro Kebajikan Anak- Anak Yatim Hikmah Sarikei, Ahli Women Institute Cawangan Sarikei dan Penyelaras Aktiviti dan Biro Dana untuk Kelab Bola Sepak Semerah Padi, Sarikei.
Yeo Liew Yian



  • Berusia 38 tahun dan berasal dari Saratok. Telah berkecimpung dan melibatkan diri di dalam aktiviti – aktiviti sekolah dan badan sukarela kebudayaan dan sukan sejak tahun 1989.


  • Beliau telah berkhidmat dengan Persekutuan Wushu Nanyang Sarawak lebih dari 20 tahun. Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai aktiviti dan jawatan yang disandang oleh beliau.


  • Kini beliau menyandang jawatan Bendahari Agung Negeri dan Jurulatih Negeri bagi lebih 30 buah kelab-kelab Wushu di sekolah, kolej dan Universiti Malaysia Sarawak dan juga pengadil Wushu (Kung Fu) dan tarian Singa Antarabangsa. Beliau juga ditauliahkan sebagai Pemimpin untuk program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Kategori Anugerah  Belia Berkemahiran / Keusahawanan
Nurhayati Bt. Eden



  • Memulakan perusahaan membuat dan memasarkan Kuih Cincin sejak tahun 2000 di sekitar Kuching / Samarahan dan di dalam proses untuk memasarkannya di luar dari Kuching termasuk ke Semenanjung Malaysia.


  • Mempunyai enam (6) orang pekerja dan mempunyai kilang pemprosesan sendiri yang terletak di Kampung Stapok. Kegigihan dan kerja kuat beliau di dalam mengusahakan perniagaan tersebut pada umur yang masih lagi muda boleh dijadikan sebagai contoh dan tauladan kepada belia Negeri Sarawak
Kategori Anugerah Pemimpin Belia Cemerlang
Ting Siao Fong



  • Seorang guru, dan dicalonkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah, Sibu untuk anugerah ini.  Bergiat aktif di dalam persatuan dan mempunyai kreadibiliti dan sifat kepimpinan yang dikagumi dan disanjungi oleh ahli –ahli yang lain.


  • Mula terlibat di dalam persatuan semenjak tahun 1987. Beliau mula bergerak giat setelah menjadi Penolong Ketua Seksyen Persatuan Bulan Sabit Merah pada tahun 1990. Bergiat  aktif dalam aktiviti seperti pertolongan cemas,  kawad kaki dan perkhidmatan masyarakat.


  • Semasa beliau melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi, beliau terus memberi khidmat baktinya kepada masyarakat melalui aktiviti – aktiviti seperti lawatan dan khidmat masyarakat ke rumah anak – anak yatim, rumah orang tua, bertugas memberi pertolongan cemas dalam pelbagai pertandingan seperti sukan bertaraf kebangsaan dan antarabangsa.


  • Setelah tamat pengajian, beliau bergiat aktif sebagai penolong pegawai pemimpin belia di sekolah menengah di samping memberi ceramah pertolongan cemas, rawatan di rumah dan perkhemahan.
Gerald Rentap Jabu



  • Bergiat aktif  dalam persatuan Golf sejak tahun 2003. Di antara penglibatan beliau ialah sebagai Ahli Protem (2003 – 2004), Timbalan Presiden (2004 – 2005) dan Presiden (2005 – sekarang)  Persatuan  Golf Dayak Sarawak,  Ahli  Majlis Tertinggi (1996 – 2001) dan Penolong Setiausaha Agung (2001 hingga sekarang) Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu.


  • Beliau amat komited dan aktif semasa menjalankan tugas beliau di dalam persatuan dan tidak pernah mengenal erti penat dan lelah, sebaliknya apa jua tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau dilaksanakan dengan penuh dedikasi.
Penerima Pingat Gangsa (Tokoh Belia)
Yusuf bin Suoot



  • Bertugas sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan dan telah berkecimpung dalam persatuan belia sejak Tahun 1994. Usaha dan kegigihan beliau telah mendapat perhatian SABERKAS Daerah Simunjan untuk dicalonkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Belia.


  • Persatuan – persatuan yang  beliau sertai ialah  Ketua Pergerakan Pemuda PBB Kampung Sageng Hilir, Presiden Persatuan Kebajikan Pekerja Islam Perubatan Hospital Daerah Simunjan, Bendahari Pergerakan Pemuda PBB Bahagian N21 Simunjan, Penolong Setiausaha, SABERKAS Daerah Simunjan, Penolong Setiausaha Persatuan Qari dan Qariah Daerah Simunjan.


  • Selain itu, sebagai Pengerusi Unit SABERKAS Sageng, Simunjan, Penolong Setiausaha PIBG Sekolah Kebangsaan Sageng, Ahli Jawatankuasa Lembaga Amanah Kebajikan Islam  Simunjan dan Komuniniti Bestari Simunjan dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sageng Hilir, Simunjan.
Peter Jalong @ Peter Donald Ngarong Jalong



  • Berketurunan Orang Ulu dan merupakan seorang usahawan. Berkelulusan Diploma Undang – Undang dari Universiti Dublin. Dicalonkan oleh Persatuan Kebangsaaan Orang Ulu Sarawak.


  • Beliau adalah Penasihat Mahkamah Untuk Mahkamah Kanak – Kanak Daerah Bintulu, Ahli Briged Kebajikan Perdana Bintulu, Ahli Parti PBB N.58 Jepak. Seorang pemimpin yang penuh berwibawa dan berkarisma tinggi.


  • Bergiat dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan. Antara sumbangan beliau kepada persatuan ialah  Pengerusi Persatuan Kebangsaan Orang Ulu Sarawak, Bahagian Bintulu, Pengerusi  Kebajikan dan Tanah Perkuburan Gereja Katolik Bintulu dan  Pengerusi Jawatankuasa Litergy Misa Bintulu.
Puan Tan Goi Hua



  • Beliau banyak memberikan sumbangan yang besar kepada masyarakat setempat terutama dari segi kebajikan penduduk dan pembangunan kaum wanita.


  • Penglibatan beliau begitu luas dan merangkumi aktiviti wanita, komuniti dan kebudayaan. Di antara jawatan dan penglibatan beliau ialah sebagai Penolong Jurulatih ( 1991 – 2006 ) dan Setiausaha  (2001 – 2004) Pertubuhan Waitan Kung dan Neitan Kung Malaysia Cawangan kuching, Setiausaha  (1996 – 1996) dan Bendahari (1997 – 2009 ) Persatuan Kwang Tung Bahagian Kuching / Samarahan , Pengerusi Che Hai Koy Moral Uplifting Society, (Bahagian Wanita),  Pengerusi Persatuan  Kuching Hainan (seksyen wanita).


  • Di samping itu beliau turut menjadi Ketua Setiausaha (2006), Setiausaha (2002 – 2007) dan Pengerusi (2007 – 2009) Persatuan – Persatuan Cina Bersekutu Bahagian Kuching dan Samarahan,  Setiausaha Bahagian Wanita Pergabungan Persatuan – Persatuan Cina Sarawak dan menjadi ketua rombongan beberapa program persatuan peringkat antarabangsa dan kebangsaan termasuk di China, Sabah dan Kuala Lumpur.
Dr. Haji Morni Abu Samat



  • Bergiat aktif di dalam kegiatan – kegiatan sosial, pendidikan  dan agama. Beliau merupakan seorang yang amat komited dan bertanggungjawab serta tidak pernah mengenal erti penat dan lelah di dalam apa jua bidang yang diceburi olehnya. 


  • Di antara penglibatan beliau ialah Ahli  Persatuan Perubatan Malaysia, Ahli Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Negeri Sarawak, Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Dato Traoh, Kota Samarahan, Ahli Majlis Tindakan Pendidikan Bahagian Samarahan, Timbalan Pengerusi Hikmah Daerah Samarahan, Ahli Jawatankuasa Hikmah Peringkat Bahagian, Ahli Majlis Tertinggi Hikmah Negeri Sarawak.


  • Beliau turut aktif sebagai Setiausaha JKKK Kampung Sindang Baru, Ketua Pemuda PBB Cawangan Sindang Baru, Juruaudit dan  Setiausaha Jawatankuasa Masjid Kampung Sindang Baru, Kota Samarahan.
Penerima Pingat Perak (Tokoh Belia)
Tuan Haji Shaidi Bin Haji Ahmad



  • Bekerja sendiri, dicalonkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sri Aman. Beliau sangat aktif dan sering melibatkan diri dalam aktiviti – aktiviti anjuran jabatan kerajaan dan persatuan. Beliau telah bergiat selama 15 tahun di dalam  aktiviti- aktiviti persatuan di peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri dan daerah.


  • Banyak terlibat dalam program – program rakan muda, sebagai fasilitator / penceramah,  jurulatih, juruacara majlis dan menjadi ketua kontingen ke program – program pengakap.


  • Di antara penglibatan beliau ialah  Pesuruhjaya Pengakap Daerah  Sri Aman (1997 – 2002), Penolong Ketua Kontingen Pengakap Sri Aman ke Tambunan, Sabah (1992), Jurulatih dan Fasilitator Program Rakan Muda ( 1990 – 2007), Pengerusi Pelaksana Program Perkhemahan Pengakap Sekolah – Sekolah Bahagian Sri Aman, (1992 – 2007) Bendahari Persatuan SABERKAS Kampung Hilir, Sri Aman, Komanden Briged, Briged Kebajikan Perdana, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sri Aman, Sukarelawan Rakan Muda.


  • Beliau beberapa kali menjadi Ketua Kontingen Pengakap peringkat antarabangsa dan kebangsaan termasuk di Thailand, Jakarta, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan, Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Melaka dan juga di dalam negeri.
Encik Tieng Mee Tung



  • Bekerja sebagai Pengurus Jualan Wilayah, Sabah / Sarawak. Dicalonkan oleh  Persatuan Young Men Christian, Sibu.  Bergiat aktif dan sering menjadi pemimpin  kepada aktiviti – aktiviti persatuan  dan jabatan kerajaan. 


  • Bergiat aktif  sejak tahun 1980’an dan mempunyai kualiti seorang pemimpin yang berkaliber.  Menggiatkan diri dengan pelbagai aktiviti Peringkat Aantarabangsa  seperti Pengerusi, Lions Clubs International District 308A2 [2007 – 2008] dan Penasihat kepada CHINA Ming Chiang Deng Clan Research Committee [2004 – 2007]), manakala di Peringkat Kebangsaan pula di antaranya ialah Pembantu Setiausaha Persatuan Persekutuan Cina Sarawak (belia) dan  Pengarah Jaycess Malaysia Senate Association [2006 – 2007]


  • Manakala di Peringkat Negeri / Daerah ialah  Pengerusi, Kelab LIONS Sibu, Pengerusi Young Men’s Christian Association of Sibu,  Naib Presiden Persatuan Cina Bersatu, Sibu, Setiausaha Persatuan Badminton Sibu dan Setiausaha Persatuan Foochow Sibu)

 

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article