- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Lapan Puluh Peserta Rakan Muda Ikuti Kursus

Must read

Asas Sukarelawan Rakan Muda Peringkat Bahagian
Bintulu 2007

Oleh Kinu Anak Sampang

Dari 8 hingga 11 Ogos 2007 yang lalu, bertempat di
ruang legar Dewan Suarah Bintulu, seramai 80 orang sukarelawan telah meluangkan
masa menyertai Kursus Asas Sukarelawan Rakan Muda.

Kursus ini adalah anjuran Bahagian Pembangunan Rakan
Muda, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian
Bintulu dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia Daerah Bintulu, Jabatan
Bomba & Penyelamat Daerah
Bintulu , Persatuan Bukan Sabit Merah (PBSM),
Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Miri (AADK), dan Yayasan Salam Malaysia

Kursus ini diadakan khusus untuk memberi pendedahan
kepada para peserta mengenai peranan dan fungsi sebagai seorang sukarelawan.

Sepanjang kursus empat (4) hari ini, peserta juga juga
didedahkan kepada kemahiran asas lain seperti CPR, Bantu Mula (first aids), teknik mencegah kebakaran, peranan dan
penglibatan mereka dalam rakan cop, cara membantu dan menangani masalah dadah,
panduan dalam menggerakkan aktiviti kesukarelaan serta aktiviti khidmat masyarakat.


Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article