Sempena Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan
Oleh Kinu Anak Sampang
Seramai 50 belia berumur 15 – 25 tahun dari setiap Bahagian di
Sarawak akan menyertai kembara merdeka bermotosikal yang akan dilepas mula pada
jam 7 pagi, 26 Ogos 2007 di perkarangan Bangunan BaitulMakmur di Petra Jaya,
Kuching
Kembara Merdeka bermotosikal ini adalah kendalian Bahagian Pembangunan
Rakan Muda Kembara akan membawa Jalur gemilang merentasi setiap Bahagian di negeri
ini sebelum menamatkan perjalanan mereka di Miri pada 31 Ogos 2007 dan akan
turut serta dalam acara sambutan Ambang Merdeka.
Selain daripada aktiviti Kembara Merdeka Bermotosikal Rakan Muda
Kembara, program Rakan Muda di setiap Bahagian juga akan mengadakan beberapa
aktiviti lain yang berbentuk aktiviti khidmat masyarakat, mengingati pejuang
kemerdekaan, mendaulatkan kembali perpaduan masyarakat majmuk negara
berdasarkan prinsip rukun negara, mengibarkan jalur gemilang dan banyak lagi.