- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Cabaran Hutan Hujan Tropika Belaga 2007

Must read

Artikel oleh Husun Ukong


Bersempena
dengan Tahun Melawat Malaysia 2007, Daerah Belaga, walaupun terpencil di
pedalaman Sarawak, tidak ketinggalan menganjurkan aktiviti memeriahkan sambutan
itu.

Maka
pada 22 hingga 25 Ogos 2007 ini
satu aktiviti sukan lasak Cabaran Hutan Tropika Belaga 2007 akan
dianjurkan.

Aktiviti
ini bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosikan Daerah Belaga
sebagai destinasi pelancongan eko bersesuaian dengan sambutan Tahun Melawat
Malaysia 2007.

Selain
kaya dengah khazanah alamnya yang mengkagumkan serta projek mega iaitu
Projek Hidro Elektrik Bakun, Belaga juga kaya dengan adat tradisi masyarakatnya
yang terkenal dengan kebudayaan dari pelbagai suku etnik Orang Ulu yang
hidup aman damai serta bersatu padu seperti mana masyarakat atau suku kaum lain
di Malaysia.

Cabaran
Hutan Tropika Belaga ini merupakan aktiviti yang ketiga (3) diadakan di Sarawak
selepas program serupa diadakan di Lambir, Miri dan Similajau, Bintulu.

Satu
Jawatankuasa Induk yang telah ditubuhkan pada Mei 2007 yang lalu dipengerusikan
oleh Pegawai Daerah Belaga, En. Sirai ak.Daha untuk menentukan kelancaran
perjalanan program tersebut.

Jawatankuasa
ini telah memutuskan beberapa aktiviti turut dilaksanakan di samping Larian
Rentas Desa (Jungle Tracking) yang
merupakan acara utama. Aktiviti-aktiviti
sampingan itu merangkumi Hari Berbasikal, Cabutan Bertuah, Pertandingan
Karaoke, Pertandingan Ratu Belaga Rainforest,
Seminar Untuk Belia dan Masyarakat, Malam Menjunjung Tokoh Kemerdekaan Daerah
Belaga, Pertunjukan Kebudayaan, Regatta Belaga dan Pesta Ria.

Pertandingan
Sukan Rakyat seperti Payu-Gusti Orang Ulu, Tarik Tali, Gusti Lengan, menyumpit,
Tebar Jala & Batak Lampong turut disenaraikan.

Larian
Rentas Desa (Jungle Tracking)
bermula di Jeram Pasang dan berakhir di Sungai Pading. Jeram Pasang memakan
masa selama 10 minit perjalanan dari Pekan Belaga menggunakan bot laju.
Jeram Pasang adalah merupakan kawasan hutan tebal dan mempunyai banyak air
terjun yang menarik serta menagagumkan.

Regatta
Belaga akan mengadakan dua (2 ) acara untuk para peminat sukan air iaitu
pertandingan Bot Laju dan Pertandingan Lumba Perahu Kayuh.

Bagi
kategori Bot Laju dibahagikan kepada tiga (3) kategori iaitu :

15,
@ 18 kuasa kuda

30
Kuasa Kuda

40
Kuasa Kuda (

Sementara
bagi kategori Lumba Perahu Kayuh dibahagikan kepada empat (4) kategori utama iaitu:

Kategori
Lelaki yang dibahagikan kepada pecahan 8, 10, 15 & 20 orang pengayuh.

Kategori
Wanita dibahagikan kepada pecahan 8, 10 , 15, & 20 orang pengayuh.

Kategori
Bahagian Campuran (lelaki & Wanita) 25 orang pengayuh

Kategori
Terbuka kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan 20 orang pengayuh

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article