- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Sambutan Perayaan Hari Wanita Asap Keenam 2007

Must read

Artikel oleh Husun Ukong


Asap,
Koyan Belaga adalah merupakan kawasan Penempatan Semula penduduk yang
terlibat secara langsung dengan Projek Mega, Hidro Elektrik Bakun.

Kawasan
ini menempatkan kira-kira 15 buah rumah panjang iaitu Uma lesung, Uma Ukit, Uma
Juman, Uma Penan Talun, Uma Bakah, Uma Balui Ukap, Uma Belor, Uma Kulit, Uma
Daro, Uma Nyaving, Uma Kelep, Uma Lahanan, Uma Bawang, Uma Balui Liko & Uma
Kelep, termasuk Uma Sambob yang berminat untuk menyertai program penempatan
semula ini.

Sungguhpun
kawasan penempatan ini agak terpencl, namun kerajaan sentiasa prihatin dengan
keperluan dan aktiviti masyarakat di kawasan ini.

Beberapa
aktiviti sosial telah turut diadakan di kawasan ini sejak penempatan ini
diwujudkan. Antaranya ialah Fiesta Radio
Waifm (Kayan/Kenyah) telah dijalankan sebanyak tiga (3) kali
di semenjak penempatan semula ini dibuka.

Menyedari
akan sumbangan golongan wanita di kawasan penempatan ini kepada masyarakat pada
18 Ogos 2007, masyarakat di penempatan ini telah sepakat untuk menganjurkan
Perayaan Hari Wanita Asap Ke-6.

Perayaan
ini dirasmikan oleh Setiausaha Parlimen,Kementerian Petanian Dan Industri Asas
Tani, YB.Datuk Hajah Rohani Binti Haji Abdul Karim di Rumah Belor, Asap,
Belaga.

Beberapa
aktiviti disusun untuk memeriahkan sambutan perayaan kali ini. Antaranya ialah : Pertandingan Kampung Ceria,
Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang, Pertandingan Kraftangan, Bunga Orkid
dan Hasil-hasil Pertanian, Pertandingan Memasak dan Laungan 'merdeka'
sebanyak 3 kali dan diikuti dengan menyanyikan lagu Jalur Gemilang yang akan
diadakan pada sebelah pagi.

Manakala
pada sebelah petangnya pula acara sukaneka dan senamrobik diadakan Padang Sukan
Uma Belor sementara pada sebelah malamnya pula dipenuhi dengan acara Pertandingan
Ratu Kebaya, Persembahan Kebudayaan dan karaoke serta penyampaian cenderahati
kepada semua Biro Wanita Asap, Koyan Belaga yang mengambil Bahagian.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article