- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Sistem e-Permit Permudah Aktiviti Perkayuan

Must read



Penyertaan Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dalam Sistem e-Permit bakal memudahkan urusan permohonan permit perdagangan berkaitan industri perkayuan di negeri ini apabila ia dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya.

Sistem e-Permit merupakan sistem aplikasi permit tanpa kertas bagi membolehkan pengimport, pengeksport dan ejen penghantaran memohon permit daripada agensi pengeluar permit (OGA) serta mendapatkan kelulusan menerusi talian internet.

Permit yang diluluskan oleh OGA akan dimasukkan ke dalam Sistem Maklumat Kastam (SMK) Jabatan Kastam untuk pengesahan dan rujukan semula bagi deklarasi kastam.

Menerusi sistem berkenaan, masa permohonan permit secara manual yang sebelum ini mengambil masa antara dua hingga tujuh hari dapat dipendekkan kepada hanya kira-kira 30 minit sahaja.

Malah pemohon juga boleh membuat permohonan permit pada bila-bila masa dan dari mana-mana lokasi yang mempunyai akses kepada internet.

Selain itu, ia turut dirangkaikan dengan pelbagai perkhidmatan nilai tambah lain seperti maklumat berkaitan kod tarif dan lokasi.

Sesungguhnya, keupayaan itu akan memberi keselesaan serta memudahkan pengguna serta melonjakkan imej PUSAKA sebagai agensi kerajaan pertama di Sarawak yang melaksanakan penggunaan Sistem e-Permit bagi urusan import dan eksport kayu serta semua produk kayu di negeri ini.

Sistem itu telah digunakan oleh PUSAKA sejak November 2006 dan agensi berkenaan mensasarkan dapat mengendalikan sehingga 30,000 pemprosesan permit dalam setahun.

Sistem berkenaan telah dibangunkan oleh Dagang Net Technologies (DNT) Sdn Bhd, iaitu penyedia perkhidmatan e-dagang terbesar dan pertama di Malaysia.

Syarikat berkenaan mensasarkan kesemua 24 OGA di negara ini akan menggunapakai sistem berkenaan.

Sehingga Ogos 2007, sejumlah 11 agensi lain yang dikenalpasti oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia menggunakan sistem itu.

Agensi berkenaan ialah Lembaga Racun Makhluk Perosak, Jabatan Alam Sekitar, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Polis DiRaja Malaysia, Bahagian Industri Padi Beras Negara di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Lembaga Penapisan Filem Negara (FINAS), Lembaga Koko Malaysia, Jabatan Perikanan, Lembaga Tembakau Malaysia, Bahagian Perkhidmatan Farmaseutikal dan Lembaga Industri Nanas Malaysia.


Info Sistem e-Permit

  • Aplikasinya memenuhi spesifikasi yang diperlukan oleh setiap agensi pengeluar permit (OGA). Antaranya maklumat penghantaran, maklumat kuota, senarai gred dan maklumat produk yang dieksport dan diimport.
  • Melibatkan tiga modul yang memenuhi keperluan tiga kumpulan pengguna seperti pengimport/ pengeksport, agen penghantaran dan agensi kerajaan.

1. Modul pengimport/ pengeksport

Membolehkan permohonan permit secara dalam talian untuk kelulusan.

2. Modul agen penghantaran

Membolehkan agen penghantaran memohon permit dalam talian bagi pihak pengimport/ pengeksport.

3. Modul OGA

Membolehkan OGA mengesahkan dan meluluskan permohonan permit yang diterima. Ia juga memudahkan pemantauan statistik harian berkenaan permit yang dilulus dan ditolak.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article