- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Kembara Merdeka Belia Benci Dadah III 2007

Must read

oleh Azri Bin Brahim

Sekitar Program Kembara Merdeka-Belia Benci Dadah III (Mukah-Dalat-Matu-Daro), anjuran PEMADAM Daerah Mukah dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan

[nggallery id=8]

PEMADAM Daerah Mukah dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan pada 28 – 30 Ogos 2007 yang lalu telah menganjurkan aktiviti Kembara Merdeka Belia Benci Dadah. Kembara ini menjelajah daerah Mukah, Dalat, Matu dan Daro.

Kembara ini telah disertai oleh 48 orang dengan objektif penganjurannya adalah untuk :

Menanamkan sikap benci kepada penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat dan belia.
Melibatkan masyarakat secara langsung dalam program penyalahgunaan dadah.
Sebagai aktiviti sihat para belia untuk mengisi masa lapang.
Mengadakan aktiviti lasak untuk ketahanan mental dan fizikal.
Menanam semangat berpasukan dikalangan belia dalam pengendalian sesuatu aktiviti.
Merapatkan perhubungan belia dan masyarakat setempat bersama agensi kerajaan.
Ke arah negara bebas dadah 2015.

Program di Mukah telah bermula pada 28 Ogos 2007 yang telah dimulakan pada jam 9 pagi yang dimulakan dengan penyampaian cenderahati oleh Encik Mohamad Nawawi Pegawai Daerah Mukah selaku Pengerusi Pemadam Daerah dan juga Ketua Konvoi yang seterusnya diikuti dengan penyampaian Jalur Gemilang kepada Pemanca Tuan Hj. Shamsuddin bin Hossien.

Lepas mula pula telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Abdullah Jamil, Residen Bahagian Mukah

Sementera itu di Dalat dimulakan pada jam 11.30 pagi sejurus ketibaan rombongan Kembara Merdeka 2007 dari Mukah. Antara aktiviti yang disediakan ialah ceramah khas oleh Lans Koperal Detektif Tan anak Bili, Dektektif Jabatan Siasatan Jenayah serta persembahan tarian Poco-poco.

Rombongan Kembara Merdeka seterusnya meneruskan perjalanan ke Matu kira-kira jam 1.30 petang.

Rombongan Kembara Merdeka Belia Benci Dadah 2007, Mukah tiba di Matu kira-kira jam 4 petang. Ketibaan rombongan ini disambut oleh Y.B Abu Seman Jahwie ADUN N.38 Jemoreng dan pegawai Daerah Matu.

Setibanya di Matu, para peserta telah dibawa mengelilingi pekan Matu dan sekitar kampung di daerah Matu dengan diiringi oleh Konvoi Bermotosikal dari Matu.

Aktiviti diteruskan pada sebelah malamnya di Dewan Pejabat Daerah Matu iaitu Malam Semarak Merdeka Belia Benci Dadah. Peserta konvoi bermalam di rumah panjang Melanau Kampung Sok.

Pada 29 Ogos 2007 aktiviti dimulakan seawal jam 7 pagi iaitu sesi bergambar bersama penduduk rumah panjang Melanau Kampung Sok dan penyampaian cenderahati daripada PEMADAM Mukah kepada ketua rumah panjang Kampung Sok.

Sekitar jam 8 pagi konvoi bergerak ke Pejabat Daerah Matu untuk acara lepas mula kembara merdeka ke Daro. Acara ini telah disempurnakan oleh Y.B Abu Seman Jahwie ADUN N.38 Jemoreng

Kira-kira jam 11.30 pagi konvoi tiba di Dewan Kemas Daro dan telah disambut oleh Y.B Morni Suhaili ADUN N.37 Daro, Pegawai Daerah Daro dan Pegawai Penerangan Daro. Pada sebelah petangnya peserta kembara telah mengagih dan melekat jalur gemilang pada kenderaan yang melalui Dewan Kemas Daro. Pada sebelah malammya diadakan pula persembahan hiburan.

Pada hari terakhir kembara (30 Ogos 2007) aktiviti dimulakan pada jam 7 pagi dengan senamrobik seterusnya diikuti dengan acara memotong kek sempena menyambut kelahiran anak-anak merdeka yang lahir pada 31 Ogos.

Kira-kira jam 9 pagi, konvoi Kembara Merdeka bergerak ke Mukah dan telah dilepas mula oleh Tuan Hj Jamalie Hj Busri, Pegawai Daerah Daro.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article