- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Kembara Merdeka Belia Benci Dadah III 2007

Must read

oleh Azri Bin Brahim

Sekitar Program Kembara Merdeka-Belia Benci Dadah III (Mukah-Dalat-Matu-Daro),
anjuran
PEMADAM Daerah Mukah dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan

Sesi bergambar bersama penduduk rumah panjang melanau Kampung Sok, Matu

Penyampaian cenderahati daripada PEMADAM Mukah kepada ketua rumah panjang

Penyampaian cenderahati daripada Pegawai Daerah Mukah, Encik Mohamad Nawawi kepada
selaku ketua konvoi kepada Y.B Encik Morni Suhaili, ADUN N.37



Upacara memotong kek untuk anak-anak Daro yang lahir pada 31 Ogos.
Berdiri dari sebelah kiriPegawai Penerangan Daro, Encik Khusairy Suhaibo
dan Tuan Haji Jamalie Hj. Busri, Pegawai Daerah Daro



Pelepasan (flag off) Konvoi oleh Tuan Haji Jamalie Hj Busri, Pegawai Daerah
Daro merangkap Pengerusi PEMADAM Daerah Daro



Penyampaian Jalur Gemilang oleh YB Morni Suhaili kepada Pengetua SMK Toh Puan
Datuk Patinggi Hajjah Normah, Daro



Perjalanan balik ke tempat penginapan (Rumah Rehat Daro),setelah selesai perlawanan
persahabatan bola tampar bersama pasukan PDRM Daro

PEMADAM
Daerah Mukah dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan pada 28 – 30 Ogos
2007 yang lalu telah menganjurkan aktiviti Kembara Merdeka Belia Benci
Dadah. Kembara ini menjelajah daerah
Mukah, Dalat, Matu dan Daro.

Kembara
ini telah disertai oleh 48 orang dengan objektif penganjurannya adalah untuk :

  1. Menanamkan
    sikap benci kepada penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat dan belia.
  2. Melibatkan
    masyarakat secara langsung dalam program penyalahgunaan dadah.
  3. Sebagai
    aktiviti sihat para belia untuk mengisi masa lapang.
  4. Mengadakan
    aktiviti lasak untuk ketahanan mental dan fizikal.
  5. Menanam
    semangat berpasukan dikalangan belia dalam pengendalian sesuatu aktiviti.
  6. Merapatkan
    perhubungan belia dan masyarakat setempat bersama agensi kerajaan.
  7. Ke
    arah negara bebas dadah 2015.

Program
di Mukah telah bermula pada 28 Ogos 2007 yang telah dimulakan pada jam 9 pagi
yang dimulakan dengan penyampaian cenderahati oleh Encik Mohamad Nawawi Pegawai
Daerah Mukah selaku Pengerusi Pemadam Daerah dan juga Ketua Konvoi yang
seterusnya diikuti dengan penyampaian Jalur Gemilang kepada Pemanca Tuan Hj.
Shamsuddin bin Hossien.

Lepas
mula pula telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Abdullah Jamil, Residen Bahagian
Mukah

Sementera
itu di Dalat dimulakan pada jam 11.30
pagi sejurus ketibaan rombongan Kembara Merdeka 2007 dari Mukah. Antara aktiviti yang disediakan ialah
ceramah khas oleh Lans Koperal Detektif Tan anak Bili, Dektektif Jabatan
Siasatan Jenayah serta persembahan tarian Poco-poco.

Rombongan
Kembara Merdeka seterusnya meneruskan perjalanan ke Matu kira-kira jam 1.30
petang.

Rombongan
Kembara Merdeka Belia Benci Dadah 2007, Mukah tiba di Matu kira-kira jam 4
petang. Ketibaan rombongan ini disambut oleh Y.B Abu Seman Jahwie ADUN N.38 Jemoreng dan pegawai Daerah Matu.

Setibanya di
Matu, para peserta telah dibawa mengelilingi pekan Matu dan sekitar kampung di
daerah Matu dengan diiringi oleh Konvoi Bermotosikal dari Matu.

Aktiviti
diteruskan pada sebelah malamnya di Dewan Pejabat Daerah Matu iaitu Malam
Semarak Merdeka Belia Benci Dadah. Peserta konvoi bermalam di rumah panjang
Melanau Kampung Sok.

Pada
29 Ogos 2007 aktiviti dimulakan seawal jam 7 pagi iaitu sesi bergambar bersama
penduduk rumah panjang Melanau Kampung Sok dan penyampaian cenderahati daripada
PEMADAM Mukah kepada ketua rumah panjang Kampung Sok.

Sekitar
jam 8 pagi konvoi bergerak ke Pejabat Daerah Matu untuk acara lepas mula
kembara merdeka ke Daro. Acara ini
telah disempurnakan oleh Y.B Abu Seman Jahwie ADUN N.38 Jemoreng

Kira-kira
jam 11.30 pagi konvoi tiba di Dewan Kemas Daro dan telah disambut oleh Y.B
Morni Suhaili ADUN N.37 Daro, Pegawai
Daerah Daro dan Pegawai Penerangan Daro. Pada sebelah petangnya peserta kembara
telah mengagih dan melekat jalur gemilang pada kenderaan yang melalui Dewan
Kemas Daro. Pada sebelah malammya
diadakan pula persembahan hiburan.

Pada hari terakhir kembara (30 Ogos
2007) aktiviti dimulakan pada jam 7 pagi dengan senamrobik seterusnya diikuti
dengan acara memotong kek sempena menyambut kelahiran anak-anak merdeka yang
lahir pada 31 Ogos.

Kira-kira
jam 9 pagi, konvoi Kembara Merdeka bergerak ke Mukah dan telah dilepas mula
oleh Tuan Hj Jamalie Hj Busri, Pegawai Daerah Daro.




Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article