- Advertisement -spot_img
4,829
published news
and counting

Ikan Terubok Sebuyau

Must read

Oleh Mohd Irwan Morni

Ikan
terubok Sarawak merupakan antara daya tarikkan pelancong terutamanya dari tanah
Semenanjung Malaysia. Bagi pelancong yang datang ke Kuching,sudah pastinya
mereka tidak akan melepaskan peluang untuk mencari ikan terubok di pasar Satok,
Kuching. Ikan terubok sudah menjadi salah satu ikon untuk Sarawak kerana ikan
ini boleh didapati dengan murah hanya di Kuching sahaja.

Akan
tetapi tahukah anda bahawa ikan terubok yang terdapat di pasar Satok itu bukan
datangnya dari Sarawak? Ikan terubok yang terdapat di pasar Satok adalah ikan
terubok yang diimport dari Thailand, Myanmar dan India yang dibangga-banggakan oleh
kita kerana ikan terubok itulah yang mendapat permintaan tinggi dari pelawat dari
tanah Semenanjung Malaysia.

Persoalannya
sekarang adakah Sarawak mempunyai ikan terubok? Sarawak sememangnya masih
mempunyai ikan terubok dan ini kebanyakkannya terdapat di daerah kecil Sebuyau
yang terletak kira-kira 300 kilometer ke timur bandar raya Kuching.

Ikan
terubok yang terdapat di Sebuyau mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
Jika kita boleh mendapatkan ikan terubok masin yang terdapat di pasar Satok
dengan harga murah, ikan terubok di daerah kecil Sebuyau pula dijual dengan
harga yang tingga sehingga mencecah RM30 seekor.

Ikan
terubok di sini dijual segar dan tidak dimasinkan dan kebiasaannya akan dikukus
untuk mengekalkan rasa manisnya.

Bagi
penduduk tempatan, ikan terubok dikategorikan kepada dua jenis iaitu ikan
terubok hulu dan ikan terubok laut. Ikan terubok hulu mempunyai rasa yang
berlemak manakala ikan terubok laut mempunyai rasa yang agak manis sedikit.

Pilihan
tetap pada ikan terubok hulu kerana ikan terubok hulu ini agak besar dan biasanya
didapati dengan telurnya sekali. Telur ikan terubok dijual lebih mahal berbanding
dengan harga ikan terubok itu sendiri.

Selain
ikan terubok, daerah kecil Sebuyau juga terkenal dengan udang galah. Di sini anda boleh mendapatkan udang galah
dengan harga yang agak murah berbanding harga di Kuching.

Kalau
anda berkesempatan berkunjung ke daerah kecil Sebuyau, pastikan anda tidak
terlepas peluang untuk mencuba kedua-dua keistimewaan Sebuyau ini.

Keramahan
masyarakat di daerah Sebuyau juga sudah pastinya akan memikat hati anda dan di sini
juga anda akan melihat kesepakatan kaum antara Melayu, Cina dan Iban yang tiada
tolok bandingannya.

Oleh
itu, jangan tunggu lagi jom kita
jalan-jalan ke Sebuyau, Semuanya ada di sini.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article