- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Sekitar Majlis Perbarisan dan Rapat Raksasa

Must read

Hari Merdeka Peringkat Negeri Sarawak


Stadium Terbuka Miri pada tahun ini menjadi tumpuan seluruh masyarakat pelbagai kaum di Sarawak apabila terpilih menjadi lokasi bagi Perarakan dan Perbarisan Rapat Raksasa Hari Merdeka Sempena Perayaan Kemerdekaan Ke 50 Tahun Peringkat Negeri Sarawak pada 31 Ogos lalu.

Kira-kira 3,000 peserta yang mewakili 100 kontinjen dari seluruh Negeri telah mengambil bahagian dalam perbarisan tersebut.

Turut mengambil bahagian ialah sebuah kontinjen khas yang diwakili oleh 21 orang anak Sarawak yang dilahirkan pada 31 Ogos 1957.

Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Norkiah, Ketua Menteri, YAB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Datuk Amar Puan Sri Laila Taib, dua Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam dan Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Ak Numpang serta isteri masing-masing, menteri-menteri kabinet negeri serta para pegawai kanan kerajaan negeri telah hadir sama bersama-sama rakyat jelata pada acara yang penuh warna warni itu.


Bacaan ikrar selepas upacara menaikkan Jalur Gemilang


Kiri: Yang Dipertua Negeri Sarawak (bertopi) mengetuai nyanyian beramai-ramai lagu Jalur Gemilang
Kanan: Stadium bergema dengan teriakan ‘Merdeka!’ yang dilaungkan sebanyak tujuh kali


Kiri: Perbarisan lintas hormat membawa Jalur Gemilang oleh kontinjen Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
Kanan: Orang ramai tidak melepaskan peluang menyaksikan kemeriahan sambutan


Kiri: Rela berpanas…Sebahagian daripada 100 kontinjen yang mengambil bahagian dalam Rapat Raksasa kali ini
Kanan: Segak dan berdisiplin…semangat para peserta perbarisan yang harus dihargai



Turut mengambil bahagian…Kontinjen Ketua Masyarakat Miri

“Walaupun
hanya dalam tempoh 44 tahun sahaja mencapai kemerdekaannya dalam
Malaysia, namun Sarawak tidak ketinggalan dari segi pembangunan
berbanding negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia yang sudah
merdeka sejak 50 tahun lalu.”

“Sarawak sudah banyak membangun dalam
Malaysia. Kita harus mengucap syukur kerana dapat menikmati keadaan
aman tanpa kacau-bilau, senang daripada miskin, maju dari ketinggalan
di belakang serta mempunyai sikap boleh berjuang sendiri tanpa
bergantung kepada bantuan orang lain.”

“Modal insan adalah lebih
penting daripada modal wang kerana ketika ini wang boleh bergerak ke
mana-mana mengikut arah tenaga mahir yang merupakan modal insan.
Sehubungan itu golongan intelektual perlu menumpukan kemahiran dan
kepandaian mereka untuk membangunkan negara.”

– Dipetik
daripada intipati ucapan YAB Ketua Menteri ketika berucap pada Majlis
Perbarisan dan Rapat Raksasa Hari Merdeka Peringkat Negeri Sarawak 2007
di Stadium Terbuka Miri.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article