Program Sekolah Sejahtera atau “Healthy School” yang diperkenalkan Dewan Bandar Raya Kuching Utara (DBKU) perlu diperluaskan sehingga ke insitusi pengajian tinggi, tempat kediaman seperti taman perumahan dan kampung bagi memastikan ia memberi kesan yang menyeluruh ke arah matlamat Bandar Raya Sejahtera, demikian menurut Datuk Bandar Kuching Utara, Abang Mohamad Atei Abang Medaan.
Beliau berkata demikian sewaktu merasmi Majlis Pengiktirafan dan Penganugerahan Tadika dan Sekolah Sejahtera di Auditorium DBKU pada 31 Oktober yang lepas.
Melalui program tersebut yang diperkenalkan pada tahun lepas, beberapa aspek yang diambil kira seperti kebersihan premis, persekitaran, keselamatan makanan, pengurusan sampah dan kitar semula dinilai dan diiktiraf dengan menggunakan standard yang ditetapkan.
Beliau yakin sekiranya pendedahan awal kepada persekitaran ini dilaksanakan seawal peringkat tadika dan sekolah, kita tidak akan berhadapan dengan cabaran bagaimana untuk mendidik generasi muda menghargai alam sekitar serta menyumbang ke arah bandar raya sejahtera.
Menurutnya semua pihak perlu peka terhadap persekitaran dan memainkan peranan serta bekerjasama mengatasi cabaran yang menjejaskan usaha ke arah mencapai bandar raya sejahtera.
Program Sekolah Sejahtera telah dimulakan pada tahun 2006 yang pada peringkat permulaannya melibatkan sebanyak 34 buah tadika (Jabatan Kemajuan Masyarakat) KEMAS telah dilawat dan diberi penilaian.
Ia berjaya mengabungkan kerjasama pelbagai agensi dari segi merancang dan melaksanakan program ini antaranya Pejabat Pelajaran Gabungan Kuching, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Kesihatan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak.
Antara matlamat utama program ini ialah untuk mewujudkan persekitaran yang sihat, selamat dan kondusif kepada pelajar.
Ia turut bertujuan mengenalpasti serta melakukan penambahbaikan kepada persekitaran di samping mendedahkan tanggungjawab yang perlu dipikul bersama.
Pada tahun 2006 menyaksikan Tadika Kampung Semerah Padi Fasa 2 telah menjadi johan bagi anugerah tersebut.
Sambutan yang mengalakkan turut menyaksikan program ini diperluaskan ke sekolah rendah dan sekolah menengah pada tahun berikutnya (2007) yang melibatkan sebanyak 81 buah tadika, 34 buah sekolah rendah dan 21 buah sekolah menengah terlibat dalam program pada kali ini. Pada majlis tersebut, Datuk Bandar telah menyampaikan beberapa anugerah antaranya Anugerah Sekolah Menengah Sejahtera Terbaik (SMK ST Thomas), Anugerah Sekolah Rendah Sejahtera Terbaik (SK Rancangan Perumahan Rakyat Fasa 1, Jalan Astana) dan Anugerah Tadika Sejahtera Terbaik (Tadika Tunku Putra). Tiga anugerah lain, iaitu Anugerah Landskap Sekolah Terbaik, Anugerah Tandas Sekolah Terbaik dan Anugerah Kelab Pencinta Alam Sekitar Sekolah Terbaik dimenangi oleh SMK ST Thomas manakala Anugerah Program Jom Kitar Semula Sekolah Terbaik ( SJK Chung Hua No.6) dan Anugerah Kantin Sekolah Terbaik (SMK Tunku Abdul Rahman) Terdahulu, pada majlis yang sama Pengetua SMK ST Thomas, Encik Wong Hiong Foo berkongsi kejayaan yang merangkul (empat) anugerah, berkata ia bukanlah mudah seperti yang disangka kerana ia melibatkan kerjasama menyeluruh daripada semua pelajar, guru dan ibu bapa. Hasilnya, pada kali ini, sekolah tersebut meraih empat (4) anugerah antaranya Anugerah Landskap Sekolah Terbaik, Anugerah Tandas Sekolah Terbaik, Anugerah Kelab Pencinta Alam Sekitar Sekolah Terbaik dan Anugerah Sekolah Menengah Sejahtera Terbaik. Menurutnya lagi, bagi mencapai kejayaan tersebut pengurusan sekolah telah merangka pelan lima (5) tahun untuk mewujudkannya suasana sejahtera tersebut melalui PBSS (Program Bersepadu Sekolah Sihat). Jelasnya lagi, beberapa perkara telah dipertingkatkan untuk mencapai tahap “sejahtera” antaranya faktor fizikal dari segi kebersihan tandas, penyediaan kantin sekolah dan kemudahan tempat letak basikal bagi pelajar. Sekolah tersebut juga prihatin terhadap alam sekitar dengan melaksanakan beberapa projek kompos dan program kitar semula yang dilaksanakan melalui Kelab Pencinta Alam. Malah sekolah tersebut juga mesra pelawat dengan beberapa kemudahan disediakan antaranya papan tanda khas untuk pelajar dan ibu bapa dan kemudahan tempat menunggu bagi ibu bapa. Selain kemudahan perpustakaan, ia turut memiliki 10 pusat sumber berlainan mengikut matapelajaran memberi keselesaan kepada pelajar untuk mengulangkaji pelajaran. Salah satu perkara yang menarik mengenai sekolah ini adalah aspek keindahan landskap dan taman yang menghimpunkan 160 jenis spesis tumbuhan. Pengenalan program doktor muda yang dilaksanakan di sekolah ini turut menjadikan sebahagian daripada pendedahan awal kepada aspek kesihatan. Selain akademik, ia turut memfokuskan kepada keseimbangan aktiviti ko-kurikulum serta mewujudkan sukan tumpuan (sukan elit) bagi menyerlahkan keupayaan sekolah tersebut dalam sukan tertentu dan melahirkan pelajar yang aktif. Menurutnya, usaha ini dilakukan bagi mewujudkan suasana kondusif kepada pelajar, di samping meningkatkan motivasi dan semangat guru dan pelajar untuk mencapai kecemerlangan. Tidak mustahil jika keadaan ini dipertahankan, menurutnya ia mampu mewujudkan perasaan kepunyaan dan bangga terhadap sekolah mereka.

Info
Bilangan Tadika dan Sekolah dalam kawasan DBKU
• Tadika KEMAS P.193 – 24 buah
• Tadika KEMAS P.194 -18 buah
• Tadika Perpaduan -12 buah
• Tadika Swasta -27 buah
• Sekolah Rendah – 34 buah
• Sekolah Menengah – 21 buahInfo Ringkas
Program Sekolah Sejahtera adalah lanjutan daripada Program “Catch Them Young” yang telah dilaksanakan sejak tahun 1993 bertujuan mendidik generasi muda supaya peka terhadap persekitaran
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
You must sign in to vote