Aspek kecemerlangan sistem pendidikan kita, lebih khusus lagi pada peringkat sekolah mampu di ukur melalui penggunaan pendekatan kualiti
Malah, ia turut menuntut kepada kesediaan kita menerima sebarang perubahan untuk kebaikan bersama.
Perkara ini dijelaskan Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Negara, Dato’ Nik Zainiah Nik Abd Rahman ketika Majlis Menandatangani Surat Ikatan Usahasama Program Kecemerlangan Pendidikan Peringkat Negeri Sarawak baru-baru ini (25 September lepas).
Menurutnya kecemerlangan sistem pendidikan turut mempengaruhi penghasilan modal insan yang ingin kita lahirkan.
Seterusnya, ini adalah faktor penting menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan daya saing negara.
Menurutnya, untuk meletakkan sistem pendidikan negara kita setanding dengan negara lain serta mencapai tahap “sekolah cemerlang” ia turut memerlukan penerapan budaya kualiti dan produktiviti, pembentukan pemikiran positif di samping daya saing tinggi.
Selain itu, jelasnya lagi ia juga perlu memiliki semangat bersepasukan tinggi, inovatif dan kreatif, di samping perlu melaksanakan pengurusan masa dan kewangan yang efisien.
Sekolah terbabit juga tambah beliau perlu memperkenalkan “Performance Scorecard” ,Indeks Petunjuk Prestasi dan melaksanakan inisiatif kualiti.
Mengambil contoh, apa yang pernah dilaksanakan Kerajaan Australia, ia mengiktiraf kecemerlangan kualiti pada peringkat sekolah lagi dengan memperkenalkan beberapa Anugerah Kualiti Khas sejak dari tahun 2003 lagi.
Hasilnya, lahirnya beberapa buah sekolah yang mempunyai amalan terbaik dan mempunyai pencapaian terbaik dalam usaha penambahbaikan kualiti yang boleh dicontohi oleh sekolah lain.
Sebagai contoh, Seaford School, South Australia (Pemenang Anugerah Kualiti 2007) yang berjaya menjadi sebuah sekolah menengah yang berinovasi setelah mengalami penstrukturan semula kepimpinan menggunakan kaedah kualiti seperti Radar Chart.
Kaedah tersebut berjaya mengumpulkan segala data yang boleh dikenalpasti dan menyelesaikan beberapa isu berkaitan.
Kini, sekolah tersebut menunjukkan peningkatan dari segi akademik, peningkatan kemasukan pelajar, meningkatkan persepsi ibu bapa dan pelajar terhadap sekolah tersebut.
Manakala Princes Hill Primary School, Victoria (Pemenang Anugerah Kualiti 2006), menonjol dari segi usaha penambahbaikan melalui projek “Engaging boys in learning through play and project work”, menggunakan pendekatan mengabungkan permainan dan pelajaran pada tahun pertama persekolahan tersebut.
Pendekatan tersebut berupaya menyesuaikan keadaan murid yang baru menempuh alam persekolahan dan telah terbukti mampu meningkatkan kemahiran murid terhadap pembelajaran.
Jika dilihat dari segi lebih luas lagi, pencapaian dalam bidang pendidikan juga adalah faktor utama yang dinilai dalam menentukan daya saing sesebuah negara.
Malah lebih penting lagi, mengikut statistik yang dikeluarkan IMD turut mengambil kira pencapaian dari segi pendidikan dalam Faktor Infrastruktur dalam menilai prestasi daya saing 55 negara dunia.
Antara kriteria yang digariskan ialah perbelanjaan awam terhadap pendidikan, perbelanjaan awam terhadap pendidikan per kapita, nisbah murid-guru (sekolah menengah dan rendah), pengambilan pelajar sekolah menengah, pencapaian pendidikan tinggi.
Selain itu, menurutnya, penilaian pendidikan seperti subjek matematik, pemindahan ilmu pengetahuan, pengurusan kewangan dan celik ekonomi.
Jelasnya, dalam persaingan dunia globalisasi sekarang, kita bukan sahaja perlu melihat pertumbuhan dalaman tetapi sebaliknya melihat juga kemampuan kita bersaing dengan negara-negara luar.
Ini perlu kerana, kita, perlu mengetahui adakah kita berada pada kedudukan terbaik dan apa pula yang sebaliknya.
Berkaitan dengan majlis tersebut, dua (2) buah sekolah menengah sekitar Bandar Raya Kuching telah terpilih iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Petra Jaya Kuching dan Sekolah Menengah Kebangsaan Matang Jaya Kuching.
Kedua sekolah tersebut terpilih daripada 1,438 buah sekolah yang terdapat di Sarawak pada tahun 2007 (1,262 sekolah rendah dan 176 sekolah menengah)
Antara matlamat program tersebut ialah membangun kecemerlangan pendidikan sekolah melalui pelaksanaan program-program peningkatan produktiviti dan kualiti ke arah menjadikan sekolah yang produktif dan berdaya saing.
Sekolah terbabit akan menjadi contoh dan model untuk diikuti oleh sekolah yang lain di negeri ini.
Menurut beliau, antara aktiviti yang akan diadakan dalam projek perintis tersebut ialah Seminar Kesedaran P&Q (Produktiviti dan Kualiti), Program Peningkatan Kualiti seperti Program Persekitaran Berkualiti di Sekolah (Program Amalan 5S, Latihan Penggunaan 7 Alat Kualiti untuk tujuan penyelesaian masalah, Kem Q, Projek Innovative and Creative Circle (ICC) di Peringkat Sekolah melibatkan guru dan pelajar dan Sharing Session.
Setakat ini, menurut beliau satu sesi taklimat telah diadakan pada 15 & 16 Ogos 2007.
Jelasnya lagi, apa yang diharapkan melalui program ini ialah ia mampu menerapkan budaya produktiviti dan kualiti di kalangan guru dan pelajar di sekolah yang terpilih, di samping berusaha meningkatkan prestasi produktiviti dan kualiti sekolah bagi mencapal status sekolah cemerfang.
Apa yang paling penting, menurutnya mereka mampu menerapkan ciri inovasi dan kreativiti di kalangan guru dan pelajar dalam menjalankan tugas harian sekolah.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, Dr. Haji Julaihi bin Haji Bujang, Pengarah NPC Wilayah Sarawak, Abdul Latif Haji Abu Seman dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Petra Jaya Kuching, En, Abdul Radzak Ismail dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Matang Jaya, Puan Hajjah Saftuyah Haji Adenan.
Info
Sekolah Menenqah Kebangsaan Petra Jaya, Kuching

- Pencapaian akademik agak membanggakan dan aktif dalam bidang kokurikulum. PMR (62-59%), SPM (90.60%) bagi tahun 2006.
- Menjadi benchmark dalam aspek keceriaan, pengurusan kurikulum, pengurusan kewangan dan pengurusan pejabat.
- Naib Johan Anugerah Kuallti Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kategori Sekolah Menengah di Sarawak pada tahun 2005
- Sasaran: Menjadi Sekolah Cemerlang di Peringkat Negeri pada. tahun 2009.
Sekolah Menengah Kebangsaan Matang Jaya
- Pencapaian akademik agak membanggakan. PMR, –74.31%, SPM 96.96% dan STPM 94.94% bagi tahun 2006.
- Aktif dalam kokurikulum dan memenangi beberapa pertandingan peringkat Bahagian, Daerah, Negeri dan Kebangsaan.
- Sasaran: Sekolah Kluster 2009, Sekolah Harapan Negara 2010, Sekolah Cemerlang 2016 dan Sekolah Gemilang 2020.
Statistik Berkaitan
Laporan World Competitiveness Year Book 2007
Prestasi Daya Saing Malaysia :
Daya Saing | Kedudukan | Indeks | ||
2007 | 2006 | 2007 | 2006 | |
Keseluruhan | 23 | 22 | 74.1 | 70.1 |
Pencapaian Ekonomi | 12 | 10 | 58.0 | 56.3 |
Kecekapan Kerajaan | 21 | 19 | 57.5 | 53.0 |
Kecekapan Perniagaan | 15 | 19 | 67.5 | 54.7 |
Infrastruktur | 26 | 27 | 50.9 | 45.2 |
Kedudukan Daya Saing Malaysia dalam Pendidikan
Negara | 2007 | 2006 | 2005 |
USA | 13 | 11 | 11 |
Singapura | 11 | 13 | 14 |
Hong Kong | 25 | 22 | 21 |
Denmark | 2 | 2 | 4 |
Switzerland | 7 | 9 | 7 |
Malaysia | 31 | 26 | 31 |
Sumber: IMD, WCY 2007
Jurutera berkelayakan (dalam pasaran buruh)
Negara | 2007 | 2006 | 2005 |
USA | 6.60 | 6.73 | 7.20 |
Singapura | 7.84 | 7.44 | 7.56 |
Hong Kong | 6.25 | 6.90 | 6.74 |
Denmark | 6.20 | 6.80 | 7.37 |
Switzerland | 7.20 | 7.18 | 7.48 |
Malaysia | 7.16 | 6.95 | 6.34 |
Sumber :IMD WCY 2007 – Berdasarkan Tinjauan Pendapat mengikut indeks 0 hingga 10
Pemindahan Ilmu Pengetahuan (wujud di antara universiti dan syarikat)
Negara | 2007 | 2006 | 2005 |
USA | 6.33 | 7.05 | 6.55 |
Singapura | 7.04 | 6.74 | 6.24 |
Hong Kong | 5.55 | 5.91 | 5.45 |
Denmark | 5.75 | 6.11 | 7.37 |
Switzerland | 7.12 | 6.68 | 6.33 |
Malaysia | 6.14 | 5.92 | 4.48 |
Sumber :IMD WCY 2007 – Berdasarkan Tinjauan Pendapat mengikut indeks 0 hingga 10
Sistem Pendidikan (sistem pendidikan memenuhi keperluan ekonomi yang kompetitif )
Negara | 2007 | 2006 | 2005 |
USA | 5.31 | 5.65 | 5.74 |
Singapura | 8.04 | 8.04 | 7.37 |
Hong Kong | 5.06 | 6.52 | 5.79 |
Denmark | 6.68 | 6.75 | 6.06 |
Switzerland | 7.52 | 7.26 | 6.77 |
Malaysia | 6.29 | 6.28 | 5.54 |
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
You must sign in to vote